PUTRAJAYA - Satu rang undang-undang khas untuk menangani ancaman
militan termasuk kumpulan IS akan dibentangkan di Parlimen, Mac ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, langkah itu diambil susulan daripada perbentangan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tahun lalu.
"Selain itu pindaan terhadap undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Hasutan (1984) turut akan dibentangkan pada sesi Parlimen yang bermula 9 Mac ini," katanya.
Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) bagi bulan Januari di sini hari ini.
Beliau berkata, rang undang-undang itu amat perlu agar kerajaan mempunyai kemampuan yang lebih ampuh untuk menghadapi ancaman pada bila-bila masa.
Katanya, kerajaan memandang serius ancaman-ancaman itu dengan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan ini.
"Saya berharap kita semua berwaspada dan menjauhi anasir-anasir yang boleh menganggu-gugat keharmonian dan keamanan yang kita rasai sekarang," katanya.
Mengulas mengenai pindaan Akta Hasutan dan Sosma, Nancy berkata, ia masih di tahap perbincangan dan belum diperhalusi lagi.
Dalam perkembangan lain, Nancy berkata, Sistem Insolvensi Bersepadu (INSIST) yang dibangunkan oleh BHEUU diwujudkan secara dalaman bagi Modul Kebankrapan dan Modul Perakaunan.
Katanya, pembangunan INSIST turut mendapat khidmat rundingan daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi menguruskan sistem kebankrapan dan likuidasi yang bersepadu serta menjadi sumber rujukan utama maklumat kebankrapan dan penggulungan syarikat.
"Fasa 2 pembangunan INSIST akan diteruskan dengan pembangunan Modul Perkhidmatan dan Integrasi INSIST antara agensi kerajaan lain," jelas beliau. - Bernama

No comments:
Post a Comment