HOME

Pages

Thursday, 12 March 2015

Definisi Baru Hutang Luar Malaysia!!

HUTANG LUAR MALAYSIA

Sesiapa sahaja akan berasa takut apabila mendengar perkataan hutang. Apatah lagi jika jumlahnya beratus billion.

Apabila dilaporkan hutang luar Malaysia meningkat tiga kali ganda daripada RM196 bilion kepada RM740 billion, maka ramailah yang membuat anggapan bahawa kerajaan telah berhutang terlalu banyak dalam masa setahun ini.

Kerajaan ‘bail-out’ 1MDB. Kerajaan beli pesawat peribadi. Kerajaan boros. Kerajaan bayar kos basuh rambut isteri PM. Kerajaan itu dan kerajaan ini. Benarkah?

Pertama- apakah yang dikatakan sebagai hutang luar negara?

Ianya merujuk kepada hutang yang diambil di dalam mata wang selain Ringgit Malaysia seperti Euro, USD, Yen daripada bank luar negara, kerajaan luar dan juga institusi kewangan seperti Bank Dunia dan IMF.

Hutang ini adalah hutang yang bukan sahaja diambil oleh kerajaan, bahkan hutang yang diambil oleh syarikat awam, pihak swasta, dan individu.

Ini bermakna hutang luar negara bukanlah 100% hutang kerajaan.

Kedua- mengapakah jumlah ini naik sebanyak tiga kali ganda?

Ini kerana standard laporan kewangan antarabangsa dalam mentakrif ‘hutang luar negara’ telah berubah.

Jika dahulu ia hanya merujuk kepada hutang kerajaan dan swasta, tetapi kini ia turut merangkumi hutang yang dijamin oleh kerajaan.

Bahkan sekuriti Ringgit terbitan bank seperti bon dan sukuk yang dipegang oleh orang luar juga dianggap sebagai hutang luar negara.

Oleh yang demikian- definisi hutang telah diluaskan skopnya.

Maka tidak hairanlah begitu banyak perkara yang dahulunya tidak dianggap hutang luar negara, tetapi sekarang digelar sebagai hutang luar negara.

Ketiga- mengapakah kadar hutang ini naik mendadak pada tahun lepas dan bukan tahun sebelumnya?

Ini kerana standard baru tersebut baru sahaja diperkenalkan pada tahun lepas.

Keempat- tetapi tidakkah ini bermakna hutang luar negara kerajaan tetap tinggi kerana menjadi penjamin hutang? Hutang tetap hutang.

Ya, hutang memang tetap hutang. Tetapi ada beza hutang yang diambil dengan hutang yang dijamin.

Hutang yang diambil adalah seperti kerajaan meminjam dana Bank Dunia bagi projek pembangunan ekonomi. Ini adalah hutang yang ‘real’.

Dalam contoh bon terbitan 1MDB yang dijamin oleh kerajaan, ini adalah hutang yang dijamin. Sebelum ini ianya tidak dimasukkan ke dalam hutang luar negara, tetapi kini ia diambil kira.

Samalah halnya dengan bon terbitan Petronas dan MRT yang dijamin oleh kerajaan.

Walaupun begitu, kadar hutang yang bertambah ekoran peraturan baru ini hanyalah bersifat di atas kertas. Ianya begitu kerana hakikatnya ini adalah hutang 1MDB, Petronas dan MRT.

Analoginya seperti seorang bapa yang menjadi penjamin PTPTN 3 orang anaknya. Dalam mengira kekayaan bersih (net worth) bapa itu, kita perlulah mengambil kira jaminan hutang anak-anaknya.

Tetapi adakah ini bermakna si bapa tersebut benar-benar telah 'kurang kaya' disebabkan jaminan hutang anak-anaknya? Atau kekurnagan kekayaan beliau adalah bersifat di atas kertas?

Beginilah juga halnya dengan hutang luar negara Malaysia.

Apapun, menjadi penjamin hutang bukanlah sebab utama mengapa kadar hutang luar negara kerajaan bertambah. b

Sebaliknya, dua per tiga daripada kenaikan ini adalah berpunca daripada rakyat asing yang membeli/memegang produk sekuriti Ringgit negara. Ini tidaklah menghairankan jika kita lihat betapa banyaknya terbitan sukuk dan bon untuk membiayai projek pembangunan seperti MRT.

Untuk perbandingan sama ada hutang luar negara Malaysia adalah tinggi ataupun tidak, kita boleh banding bezakan dengan negara-negara lain.

Di Singapura, hutang luar negaranya adalah RM3.13 trillion. Korea Selatan pula adalah RM1.13 trillion. Indonesia, adalah RM927 billion.

Kita boleh mengagak berapa trillion hutang luar negara bagi negara seperti UK, Jepun, Germany, Perancis, Brazil, Turki dan lain-lain. Hutang luar negara Malaysia masih munasabah dan normal.

Jadi, jika hutang luar negara ini naik disebabkan definisi hutang yang sudah diperluaskan dan jumlah hutang tersebut adalah hutang semua pihak, berapakah jumlah sebenar hutang luar negara yang diambil oleh kerajaan sahaja?

Pada 2014, hutang Malaysia adalah RM582.8bil. Daripada jumlah ini, 97.1% atau RM566.1bil adalah hutang di dalam negara. Selebihnya iaitu RM16.8bil atau 2.9% adalah hutang kerajaan di luar negara.

Adakah jumlah ini tinggi?

Saya serahkan kepada pembaca untuk menilai.

4 comments:

  1. Lain kali eloklah kerajaan tak usah buat hutang,tak perlu buat pembangunan,kerana buat pembangunan pun orang DAP yg maki hamun kerajaan juga yg kaya.90% perbelanjaan kerajaan masuk poket geng DAP,kita yg sokong kerajaan dari hentaman DAP habuk pun tarak,buat business pun ciput je yg dapat sebab semua bahan yg di perlukan utk business mereka yg supply.

    ReplyDelete
  2. Terdapat statistik salah di artikel atas, sila rujuk perenggan terakhir.

    Mengikut Bank Negara Malaysia (Economic and Financial Data for Malaysia), Pada 2014, hutang Malaysia adalah RM582.8bil. Daripada jumlah ini, RM414.7bil adalah hutang di dalam negara. Selebihnya iaitu RM168.2bil adalah hutang kerajaan di luar negara. Bukannya RM16.8bil, harap betulkan agar tidak kelirukan pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf , hutang saya 45ribu dgn PTPTN. Name dah black list :'(

      Delete
  3. hutang mesti bayar

    ReplyDelete