HOME

Pages

Friday, 13 March 2015

Pencuri Pecah Masuk Pejabat Dua Wakil Rakyat DAP


Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 4:47 PM

  (Ubah saiz teks)

SIBU: Pencuri memecah masuk pejabat dua wakil rakyat DAP, anggota Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng dan Anggota Dewan Undangan Negeri Dudong Yap Hoi Leong, di Jalan Aman di sini pada Khamis malam.

Kejadian itu disedari seorang petugas yang tiba di pejabat berkenaan pada pukul 8 pagi ini.

Penjenayah dipercayai mengumpil jeriji logam dan pintu untuk masuk ke pejabat itu dan melarikan sebuah komputer meja lama dan sebuah komputer riba.

Ketua polis Sibu ACP Mohd Kamal Kordi yang dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan tentng kejadian itu dan mengarahkan anggotanya menjalankan penyiasatan.

No comments:

Post a Comment