KUALA LUMPUR - PKR akan menyiasat sama ada benar Adun tunggalnya di Kelantan, Mohamad Roslan Puteh mematuhi arahan parti agar tidak berada atau memberi sokongan terhadap pembentangan usul Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Dun Kelantan, hari ini.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, PKR sebelum ini telah mengarahkan Mohamad Roslan agar tidak menyertai atau berada pada sesi pembentangan usul hudud yang diluluskan hari ini.
"Arahan sudah dikeluarkan agar Adun kami di sana (Dun Kelantan) tidak berada atau menyertai sesi pembentangan usul Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah.
"Bagaimanapun kita akan siasat sama ada benar beliau berada di sana atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Parlimen, hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook tetap dengan pendirian tidak menyokong serta mengecam tindakan Pas yang melanggar konsensus nasional Pakatan Rakyat dengan meluluskan hukum hudud di Kelantan hari ini.
"Kita (Pakatan Rakyat) akan bermesyuarat Isnin ini untuk menentukan proses tindakan lanjut," katanya.
Hari ini, Dun Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015. Menurut laporan, kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.
Kesemua 12 anggota dewan daripada BN turut menyokong rang undang-undang itu.
Turut menyokong, kesemua 31 anggota dewan daripada Pas dan seorang Adun Guchil dari PKR, Mohamad Roslan Puteh.
HOME
▼
Pages
▼
Thursday, 19 March 2015
PKR siasat Adunnya Sokong Hudud Kelantan!!
19 Mac 2015
Pkr memang byk masalah.adun layak bada dlm dewan,dia suruh keluar. Nanti bila dah diluar,mati mati minta masuk.siap dgn saman. Bahaya pkr . Hudud,benda baik teruskan.jgn buat sekerat jalan.
ReplyDelete