KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyuarakan sokongan terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan. Baginda menzahirkan hasrat tersebut ketika bertitah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan ke 13 sebentar tadi.
"Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.
"Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-ALLAH," titah Baginda sebentar tadi.
Selain menyentuh mengenai hudud Baginda juga mengharapkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi membina rumah kekal untuk mangsa banjir perlu diteruskan dan dipertingkatkan.
"Beta harap rumah-rumah itu dapat disiapkan dalam kadar yang sesuai supaya kehidupan mereka kembali normal," titah Baginda lagi.
Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Amar menganggap titah Sultan Kelantan sebagai pembakar semangat untuk merealisasikan hukum hudud di negeri ini.
Menurutnya, sebagaimana yang dijadualkan kerajaan negeri tetap akan membentangkan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dun Kelantan 18 Mac ini.
"Dengan titah Tuanku tadi kita lagi bersemangat, harap mendapat sokongan 100 peratus daripada semua yang hadir nanti," katanya kepada media.
HOME
▼
Pages
▼
Monday, 16 March 2015
Sultan Kelantan sokong hudud dilaksana
16 Mac 2015
No comments:
Post a Comment