HOME
Pages
Thursday, 27 August 2015
Tuesday, 25 August 2015
Terkini Husam Musa Terus Serang Kelantan
Monday, 24 August 2015
BERSIH 4.0 HANYA AKTIVITI MAKSIAT ADA KONDOM & LEBIH KEPADA MEMPERBODOH UMAT ISLAM
Friday, 21 August 2015
Thursday, 20 August 2015
Darul Ehsan Investment Group #DEIG Kebimbangan Kita
# DEIG AZMIN ALI THE TOP 10 RICH MAN IN ASIA: RM30B & RM7.65B!!
# DEIG AZMIN ALI THE TOP 10 RICH MAN IN ASIA: RM30B & RM7.65B
Fakta Azmin Sorok Duit #DEIG
KHALID IBRAHIM SEIRINGAN SARAWAK REPORT SAHKAN PENYELEWENGAN MAHA BESAR, AKAUN RAHSIA AZMIN ALI
2. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan syarikat RM2 itu milik Raja Shahreen dan Soffian Afendi, bukannya milik Menteri Besar Incorporetion (MBI). Patutlah Azmin kelam-kabut dan menggelabah dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
3. Nampaknya hari ini, kerajaan Selangor telah menjadi sangat korup dan tiada integriti lagi. Rakyat Selangor tiada pilihan, bangunlah di atas jalan, Selamatkanlah negeri Selangor. Tidakkah kamu sedar Wisma Yakin, Kompleks PKNS, Hotel Brisdale, Hotel Qualititysemuanya dilelong! Nasib baik padang MPKJ dapat diselamatkan daripada dijual!
4. Bangunlah, mari kita ke jalan raya selamatkanlah negeri Selangor dari Azmin Ali sebelum dia sempat mengambil wang RM7.65 Billion dan RM30 Billion itu. Patutlah Azmin kata tak tidor 2 bulan, rupa-rupanya sedang berfikir ke mana nak simpan wang-wang tersebut!
5. Azmin Ali sudah tidak kesah jika DAP dan GHB bersekongkol menjatuhkannya kerana yang lebih penting ialah wang berbillion itu sudah ada ditangannya. Sebab itulah Azmin tidak kesah membatalkan air percuma. Azmin sudah tak kesah jika rakyat marah kerana RM37.65 Billion sudah ada dalam tangan!
6. Sejak dahulu lagi, PKR adalah parti paling Korup, DAP dan PAS sama-sama bersubahat dan mendapat habuan masing- masing. Kerana itulah ADUN PAS Selangor sanggup keluar menyertai GHB untuk kekal menikmati wang kerajaan Selangor. Terbaru, penduduk di Kelang dikejutkan dengan pembelian rumah bernilai RM7 Jutaoleh YB Saari Sungip. Ianya didedahkan oleh blogger PAS sendiri.
7. DAP adalah parti yang double standard kerana di Pulau Pinang sekarang DAP menghapuskan satu demi satu kawasan Melayu. Lim Guan Eng sengaja menyembunyikan Dana Wang Perumahan Bumiputerasebanyak RM33.35 juta yang sepatutnya digunakan untuk membina rumah kos rendah kepada orang Melayu. Di Selangor, DAP menggadai tanah, lesen perniagaan dan menjual projek hartanah di Pulau Pinang kepada Ivory Properties, Consortium Zenith memberi lebihan RM2Billionwang projek terowong bawah tanah kepada Lim Guan Eng.
8. Kamu tahu kenapa Teoh Beng Hock mati membunuh diri?, kerana dia mengetahui beribu-ribu penyelewengan DAP oleh Ronnie Liu. Jawapannya dua, hidup atau mati. Teoh Beng Hock selepas bergaduh di dalam tandas dengan DAP, akhirnya memilih mati.
8. Kenapa TS Khalid Ibrahim mengamok di Dewan Undangan Negeri Selangor? Kerana Khalid tahu Azmin Ali sedang memindahkan wang RM7.65 Billion ke akaun rahsia Azmin. Termasuk RM30 Billion di tangan proksinya. Pertelingkahan terbuka bekas Menteri Besar YB Khalid Ibrahim dan Menteri Besar sekarang YB Azmin Ali adalah kerana Korupsi dan kegiatan mencuri wang yang mereka dua-dua mengetahuinya kerana masing-masing pernah dan sedang memegang kuasa.
9. Bukan sahaja Khalid Ibrahim mendedahkan perkara ini, Sarawak Report yang merupakan jaguh dedah-mendedah pun melaporkan atau telah confirmkan kedua2 penyelewenggan ini dilakukan oleh Azmin Ali.
Terima kasih Sarawak Report
TQ TS Khalid Ibrahim kerana kamu seiringan dedah-mendedahkan.
Sunday, 16 August 2015
Langkah Kajang Langkah Kecundang
KENYATAAN MEDIA
16 OGOS 2015
LANGKAH KAJANG, LANGKAH KECUNDANG
Alhamdulillah, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.
Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana Dato’ Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya.
Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.
Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.
Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta Dato' Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain.
Sama seperti kes Saman Fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.
Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Tidak dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat.
Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.
Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan “grassroots” dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan.
Permainan politik yang begitu dasyat ini hanya merugikan rakyat terutama di Selangor dimana isu-isu pokok telah diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancr sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur.
Sebagai seorang Ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih secara sah oleh rakyat, saya mahu berusaha untuk mewujudkan satu suasana politik yang menguntungkan rakyat. Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada barisan peguan saya Edmund Bon, Joshua Tay dan Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang telah diberikan,
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini.
Saya sedar ramai yang agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima pernyataan maaf dari para Defendan namun pada saya ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam.
Sekian Terima Kasih
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK &
ADUN PELABUHAN KLANG
Thursday, 13 August 2015
Terkini Husam Serang Kerajaan Pas Kelantan!!
Wednesday, 12 August 2015
CURRENCY WAR" : 14 NEGARA TERKENA TEMPIAS, INI JAWAPAN MALAYSIA
Dalam konteks negara kita, jangan terpedaya dengan kerja-kerja musuh-musuh negara kita yang memang mengambil kesempatan untuk menghalalkan niat mereka mengkucar-kacirkan negara, dan seterusnya bermimpian memerintah melalui keganasan di jalanraya.
Anda bertanya kenapa Ringgit Malaysia jatuh?, sebagai warganegara Malaysia yang baik kepada negara, mari buka minda
1) Kejatuhan harga komoditi global yang turut mendorong kejatuhan nilai matawang negara-negara lan yang bergantung kepada eksport komoditi.
2) Kejatuhan harga minyak duniayang merupakan antara sumber pendapatan negara
3) Tekanan daripada kenaikan nilai matawang Amerika Syarikatberikutan cadangan negara itu untuk meningkatkan kadar faedah
4) Keputusan Republik Rakyat China untuk menurunkan nilai matawang Yuan sebanyak 2% dan
5) Persepsi dan sentimen negatif berhubung isu 1MDB yang memberi kesan negatif kepada Indeks Bursa Malaysia dan nilai matawang ringgit
Situasi kejatuhan ringgit pada masa kini, masih lagi berada dalam keadaan terkawal berbanding krisis kewangan negara sekitar 1997 hingga 1998.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, faktor yang mendorong kepada krisis kewangan ketika itu semakin kukuh untuk masa kini.
“Secara asasnya keadaan sekarang lebih baik berbanding dahulu kerana ekonomi Malaysia terus berkembang dan mampan dengan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara masih di paras 4.5 hingga 5.5 peratus bagi 2015,” katanya kepada pemberita selepas menjadi panel bagi Forum Transformasi Syarikat Berkaitan GLC, di Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Abdul Wahid, dari segi kedudukan perdagangan kita hari ini semakin konsisten berbanding 1997 dan 1998 di mana negara mengalami defisit dagangan ketika itu.
“Rizab negara pula berjumlah RM392 bilion pada masa ini dan memadai untuk menampung 7.9 bulan import berbanding rizab yang ada pada 1997 dan 1998 yang hanya cukup menampung import bagi 3.2 bulan dengan jumlah RM117 bilion.
“Kadar pinjaman dalam kalangan sektor korporat juga adalah rendah dan tidak banyak daripada mereka yang terdedah dengan kadar mata wang asing, berbanding krisis kewangan sebelum ini,” katanya.
Abdul Wahid juga berkata, sistem perbankan kita juga lebih terurus dan mempunyai modal yang mencukupi dengan aset dan kecairan yang baik yang diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Tuesday, 11 August 2015
1MDB terus tumpukan pelan rasionalisasi
Dalam kenyataan hari ini, 1MDB berkata, tuduhan tersebut telah ditangani oleh 1MDB dalam pelbagai kenyataan, termasuk penjelasan terperinci mengenai aliran dana daripada pelaburannya dalam usaha sama dengan PetroSaudi International.
1MDB berkata, tuduhan kitar semula itu bukan sahaja menimbulkan fitnah ke atas 1MDB, tetapi turut memberi kesan kepada operasi hariannya.
"Kami juga memberi penjelasan, beberapa kali, mengenai rasional kami untuk nilai yang kami bayar dalam mengambil alih aset tenaga kami.
"Seperti yang kami jelaskan dalam kenyataan kami bertarikh 30 Jun, 2015, 1MDB percaya nilai yang kami bayar untuk aset-aset ini - yang mungkin melibatkan premium dalam keadaan tertentu, sebagai biasa apabila mengambil alih perniagaan lain - sejajar dengan potensi sedia ada dan yang akan datang.
"1MDB kini mahu terus menumpukan kepada kejayaan pelaksanaan pelan rasionalisasi kami, yang telah dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015," menurut 1MDB.
Sejak itu, 1MDB berkata, ia telah mencatat kemajuan, bermula dengan pembayaran semula pinjaman berjumlah US$975 juta (kira-kira RM3.6 bilion) dan pemeteraian lembaran jangka mengikat dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang akan membawa kepada pengurangan hutang syarikat kira-kira RM16 bilion.
"Kami turut melantik perunding hartanah bebas untuk menjana wang daripada tanah-tanah syarikat di Bandar Malaysia, Air Itam dan Pulau Indah," kata 1MDB.
Mengenai Bandar Malaysia, 1MDB berkata, pihaknya menerima minat daripada 40 syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menjadi rakan pembangunan bagi projek membabitkan 194.4 hektar (486 ekar) dan mereka kini dalam proses kajian terperinci.
1MDB juga kini dalam kajian terperinci dengan syarikat tempatan dan antarabangsa yang telah disenarai pendek bagi jualan pelaburannya dalam Edra Global Energy Bhd, katanya.
Katanya secara kolektif, tindakan oleh 1MDB ini akan mengurangkan hutang dengan ketara dan memastikan tiga aset terasnya mampan untuk tempoh jangka panjang, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy. - Bernama