Jurucakap Otai Reformasi, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu berkata, mereka khuatir Himpunan Maruah Melayu berunsurkan perkauman berdasarkan perkataan 'darah' dalam motonya iaitu 'Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku'. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2015.
Jurucakap kumpulan itu, bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu berkata, mereka khuatir himpunan itu berunsurkan perkauman berdasarkan perkataan "darah" dalam motonya iaitu "Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku".
Beliau juga gusar dengan logo program itu yang menampilkan bayang individu bertanjak dengan melompat sambil menghunuskan parang, serta lokasi himpunan itu akan berlangsung, iaitu di Bukit Bintang dan Jalan Petaling di ibu
Bukit Bintang dan Jalan Petaling merupakan tempat tarikan pelancong di ibu kota yang didominasi peniaga berbangsa Cina."Kami minta ketua polis negara, menteri dalam negeri dan perdana menteri ambil tindakan segera sebelum himpunan ini berlangsung dan melibatkan unsur perkauman dan keganasan.
"Sebelum ia merebak ke tempat lain, eloklah mereka bertindak segera," katanya pada sidang media di pagar Masjid Jamek, Kuala Lumpur petang ini.
Liu turut menamakan presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) Mohd Ali Baharom dan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos sebagai penganjur himpunan itu.
Mereka kemudian beredar menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membuat laporan polis berkenaan perkara itu.
Turut hadir pada sidang media itu Adun Hulu Selangor Saari Sungib serta kira-kira 20 individu lain yang sebelum itu melakukan solat hajat di Masjid Jamek itu.
Ali yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, sewaktu dihubungi The Malaysian Insider, menafikan himpunan itu akan bertukar menjadi satu isu perkauman.
"Mereka pergi bukan untuk bergaduh. Mereka hanya pergi untuk melihat-lihat Jalan Petaling, Bukit Bintang dan Plaza Low Yat.
"Mereka juga tidak akan turun dengan membawa keris atau parang. Mereka akan turun membawa payung kerana Kuala Lumpur sekarang ini cuacanya panas," katanya.
Ali baru sahaja disiasat polis ekoran ucapannya yang didakwa berbaur hasutan di hadapan Plaza Low Yat sewaktu satu insiden di pusat barangan digital itu baru-baru ini.
Jamal sewaktu dihubungi menafikan beliau merupakan penganjur utama himpunan tersebut namun berikrar akan turut serta bersama 18,000 orang peserta bagi menjayakannya. – 5 September, 2015.(TMI)
Komen kita :
Kenapa Cina boleh kenapa Melayu tak boleh?
Kenapa kamu Cina ketakutan?
Kenapa beri alasan kawasan Petaling Street dan Bukit Bintang kononnya kawasan pelanconga, apakah kawasan Jalan TAR dan Dataran Merdeka bukan kawasan pelancongan?
Kepada PDRM jangan layan mainan psikologi orang-orang Cina ini. Ingat mereka pijak gambar Hj Hadi dan gambar PM? Ingat mereka menghina agama Islam dan orang Melayu!
Kenapa kamu Cina ketakutan?
Kenapa beri alasan kawasan Petaling Street dan Bukit Bintang kononnya kawasan pelanconga, apakah kawasan Jalan TAR dan Dataran Merdeka bukan kawasan pelancongan?
Kepada PDRM jangan layan mainan psikologi orang-orang Cina ini. Ingat mereka pijak gambar Hj Hadi dan gambar PM? Ingat mereka menghina agama Islam dan orang Melayu!
Kepada orang-orang Melayu, adakah kamu takut kepada Ronnie Liu?
Adakah kamu mengalah dengan mainan psikologi Cina Komunis bentuk baru ini?
No comments:
Post a Comment