HOME

Pages

Thursday, 29 October 2015

Husam Sedia SoalJawab Dalam Sidang Dun

Sidang Dun:  NOTIS Soalan Dari Saya

Sikap demokratik YAB MB Kelantan sangat saya alu-kan.

Melalui kenyataan akhbar SUAnya yang disiarkan Harakahdaily, semua soalan yang diutarakan akan dijawab dalam sidang Dun terdekat.

Sefaham saya, kesudian menjawab itu meliputi soalan yang telah dihantar kepada SU Dun dan juga soalan di luar Dun yang belum terjawab, khususnya surat-surat yang saya kirimkan selaku Adun Salor.

SUA MB meminta Adun untuk bertanya apa sahaja dalam sidang Dun akan datang.

Setahu saya, peluang bertanya dan menjawab semasa sidang Dun adalah seperti berikut:

A. Kerajaan akan menjawab soalan lisan yang telah dihantar dalam tempoh satu jam setengah pada setiap hari sidang.

Lazimnya, tidak semua soalan tersenarai akan berpeluang dijawab kerana kesuntukan masa.

Semasa kerajaan menjawab tiap tiap soalan, Adun dibenarkan bertanya soalan tambahan, lazimnya dua soalan lagi.

Jika masih ada perkara yang ingin diketahui, ia terhalang dengan peraturan itu.

B. Semasa pihak kerajaaan menggulung atau Adun berucap, Adun lain dibenarkan bertanya soalan bergantung kepada tajuk yang sedang diucapkan dan kebenaran pihak yang sedang berucap.

C. Semasa perbahasan oleh Adun berkenaan sendiri.

D. Soalan bertulis. Jawapan yang akan diberikan juga bertulis.

Bagi soalan bertulis, saya telah menghantar lima soalan, iaitu had maksima bagi setiap Adun.

Mengenai janji Sua MB bahawa semua soalan akan dijawab dalam sidang ini, saya masih tertanya-tanya.

Adakah kerajaan akan menentukan satu-satu tajuk lalu bersedia dengan apa jua soalan spontan untuk dijawab?

Rasanya tidak begitu.

Mungkin Adun boleh bertanya ketika satu-satu isu sedang dijawab oleh kerajaan. Namun begitu, lazimnya jika soalan agak detail, kerajaan berdalih perlukan notis.

Saya memahami kalimat  NOTIS yang selalu digunakan baik di Parlimen atau Dun sebagai soalan dan pertanyaan hendaklah dihantar lebih awal dari masa menjawab.

Setelah memikirkan janji dan tawaran kerajaan serta tingginya  rasa inginkan jawapan dari berbagai perkara berkerajaan (bukan serangan peribadi), saya memutuskan untuk menyerahkan kepada MB soalan terdahulu atau soalan bernotis.

Ia akan memudahkan kerajaan.

Ia memberi peluang Adun mendapatkan jawapan.  

Kerajaan Kelantan akan dilihat amat demokratik.

Khususnya boleh mempamirkan kepada dunia kematangan amalan demokrasi. Iaitu Adun kerajaan seperti saya boleh berperanan untuk check and balance yang InsyaAllah akhirnya berguna untuk rakyat dan semua pihak, dunia dan akhirat.

Sejumlah soalan tambahan dengan notis ini, saya akan sampaikan satu salinan kepada MB sebelum sidang bermula. Satu salinan akan juga disampaikan kepada Pengerusi Pac Negeri Kelantan, kalau kalau ada aspek yang boleh diteliti oleh mereka.

Terpulang kepada kerajaan untuk menjawab pada masa yang sesuai sepanjang sidang itu.

Di samping saya mengekalkan pendirian saya bahawa setiap Adun boleh bertanya di luar dan di dalam Dun. Tidak ada peraturan bahawa Adun hanya boleh bertanya di Dun.

Apa lagi dengan konsep mas'uliyyah/accountability - setiap Adun mempunyai tanggungjawab dunia akhirat atas apa jua isu berkerajaan dalam rangka menjaga amanah dan maslahah pemerentahan.


Yb. Dato Hj. Husam Musa
ADUN Salor
16 Muharam 1437/29 Oktober 2015

NOTA:
Soalan-soalan ini tidak disiarkan di sini sebelum kerajaan menjawabnya.

Monday, 26 October 2015

Husam Musa Mahu Penjelasan Exco Kelantan

Mana Penjelasan?
Seseorang Exco Kelantan telah menafikan beliau ada berceramah di Kota Raja dalam sebelas hari ini, bermula dari 1 Muharam 1437H.
Namun tidak ada pula mana-mana Exco Kelantan ada menafikan kandungan ucapan yang tersebar luas di media sosial berkaitan isu ini.
Adakah dengan itu, kandungan ucapan itu di iyakan?
Tempat ucapan itu diucapkan adalah sampingan/secondary selagi mana kandungannya benar.
Samaada di Kota Raja atau di Kelana Jaya - itu mungkin umpanan bahasa untuk mengail respon.
Pokoknya, adakah Exco Penerangan telah menjawab dakwaan saya selama ini secara terbuka?
Sepanjang tulisan saya tentang tunggakan caruman YIK:
1. Angka saya tepat?
2. Kenapa berlaku tunggakan?
3. Bila akan dijelaskan?
Berkenaan isu-isu lain yang saya bangkitkan, ada juga pihak yang memberikan alasan tidak boleh diberikan penjelasan terbuka kerana dibimbangi menyentuh zaman pentadbiran TGNA.
Ini tidak benar.
Pemberian kawasan konsensi oleh KPK di bawah harga pasaran dibuat Disember 2014.
Kelulusan 5,000 ekar kawasan ladang dengan harga rendah dibuat April 2015.
Pemberian kawasan hutan simpan seluas 4,500 ha kepada syarikat orang yang sama berulang kali dibuat tahun ini.
Tebangan hutan secara haram di Ulu Sat berlaku selepas Tok Guru sudah meninggal.
Kekerapan lawatan ke luar negara dengan tuntutan luar biasa, itu pun mahu dikaitkan dengan TGNA?
Penjelasan adalah tugas.
Husam Musa
11 Muharam 1437/24 Oktober 2015

Monday, 19 October 2015

Rakyat Kelantan Mahu Husam Hadir Mesyuarat!!

Husam oh Husam

Kepada Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Husam Musa 
YDP PAS Kawasan Kubang Kerian
ADUN Salor

Bismillah, 
Sejak kebelakangan ini, saya lihat Dato' amat ghairah menulis surat terbuka kepada kerajaan Negeri Kelantan yang di pimpin oleh PAS. Saya kagum dengan sikap Dato' yang amat kreatif di dalam melontarkan persoalan kepada Kerajaan Negeri. Akan tetapi, saya ada beberapa kemusykilan terhadap KETELUSAN Dato' di dalam menegur Kerajaan Negeri Kelantan.

Antara yang menjadi persoalan saya dan juga ramai netizen yang lain, kenapa Dato' lebih gemar menulis secara terbuka ?

Saya cuba mencari jawapan. Malah tidak keterlaluan, saya juga pernah menyuarakan persoalan ini kepada Dato' sendiri melalui mesej yang di hantar ke nombor peribadi milik Dato', tetapi malangnya saya di 'block' oleh Dato'. Saya juga menjadi bingun, kenapa dan mengapa Dato' begitu sensitif dan emosional terhadap mesej yang di hantar oleh saya sebagai ahli biasa sehingga memaksa Dato' untuk 'block' saya. Di sini ketelusan Dato' menjadi persoalan buat saya. Jika benar Dato' berdiri untuk memperbetulkan keadaan, kenapa perkara sekecil ini pun Dato' sudah melenting ? Dato' gah menulis surat terbuka supaya ia nya menjadi viral di kalangan pelayar media sosial, akan tetapi apabila persoalan lain pula di lontar kepada Dato', Dato' dengan penuh emosi 'block' orang yang tidak 'sebulu' dengan Dato'. Juga saya di maklumkan, ramai facebookers juga di 'block' oleh Dato' sehingga mereka tidak lagi boleh meninggalkan komentar di setiap ruangan pos Dato'. Di makah ketelusan Dato' ?

Saya juga menjadi hairan, bagaimana seorang YDP Pas Kawasan tidak menyuarakan setiap masalah yang berbangkit melalui mesyuarat perhubungan PAS negeri. Ini menjadi pelik kerana, dalam banyak-banyak YDP PAS Kawasan, hanya Dato' seorang yang gemar menulis di Facebook. Saya tertanya-tanya, di manakah Dato' sewaktu mesyuarat di jalankan ? tidakkah setiap YDP Pas Kawasan merupakan ahli perhubungan PAS negeri. Tidakkah dengan membawa masalah ini kepada perhubungan negeri, segala persoalan akan terjawab ? tidakkah Dato' lupa bahawa YAB Menteri Besar juga merupakan ahli perhubungan negeri ? Juga, sama seperti YB Ustaz TMB dan juga para YB Exco. Malah mesyuarat BBC yang di adakan khas untuk menjawab persoalan yang di timbulkan oleh Dato' juga Dato' tidak hadirinya. Di sini sekali lagi ketelusan Dato' teruji. 

Ada yang mengatakan bahawa Dato' tidak menerima panggilan mesyuarat. Saya sekali lagi pelik, setiap surat yang di keluarkan akan hantarkan kepada Dato' dan ada yang di hantar terus 'by-hand'. Mengapa timbul isu terbabit ? atau ia sekadar wayang yang ingin mengatakan bahawa Dato' tidak di jemput ? saya juga menjadi musykil, usrah pimpinan tetap di adakan tiap-tiap bulan yang mana jadual nya tetap sama sejak daripada Almarhum Tok Guru lagi, mengapa Dato' tetap juga menguzurkan diri ? malah sudah lama Dato' tidak hadirinya, mengapa Dato' begitu ? tidakkah Dato' lupa, usrah merupakan antara medan terbaik untuk kita melontar masalah rakyat ? sekali lagi saya meragui ketelusan Dato'.

Saya bertambah hairan , di saat PAS mengadakan himpunan yang besar seperti FASTAQIM, kelibat Dato' selaku YDP PAS Kawasan dan mantan Naib Presiden PAS tidak kelihatan. Di manakah Dato' pada waktu itu ? saya menjadi terkejut, himpunan BERSIH 4.0 di Kuala Lumpur boleh pula Dato' hadiri tetapi himpunan yang di anjurkan oleh parti yang Dato' sertai iaitu PAS yang di katakan oleh Dato' sebolehnya ingin mati bersama PAS, tidak pula Dato' hadiri. Malah di kala kemuncak himpunan itu, Dato' boleh pula menulis surat berkaitan isu YIK. Saya kira, jika Dato' hadir ke himpunan itu, keberangkalian Dato' untuk berjumpa dengan Exco yang berkenaan amatlah tinggi dan Dato' boleh ajukan terus kepada Exco terbabit. Tetapi, surat terbuka juga yang di pilih oleh Dato' seakan menunjukkan Dato' takut untuk berdepan dengan sahabat-sahabat Dato' sendiri !

Juga, saya meneliti sidang media Dato' Wan Rahim pada 07/09/2015 di Kota Bharu yang menyebut 

"kita ni Holding Court kepada Dato’ Husam ni. Kita menunggu KUBU ini sehingga dia balik. Kalau dia balik ini, kita ni, akan ada ‘wave’ ataupun akan ada gelombang baru di negeri Kelantan"

Adakah kata-kata di atas menunjukkan setiap perkara yang berlaku ini di bawah rancangan Dato? mengapa Dato' Wan Rahim selaku PENGERUSI AMANAH Kelantan boleh memberikan kenyataan begitu ? apakah kebenaran di sebalik kata-kata Dato' Rahim ?

Juga saya terkejut dengan kenyataan Dato' Rahim di dalam sidang media yang sama

"Itu you kena Tanya Dato’ Husam lah sebab semua itu bawah dia sebab dia yang ‘monitoring’". Adakah serangan kepada Kerajaan Negeri dan siri ponteng mesyuarat Dato' juga di bawah 'monitoring' Dato ?

Saya cabar Dato', jika benar kenyataan Dato' Wan Rahim ini slah, MOHON saman beliau kerana Dato' gemar saman-menyaman ini. Tetapi kenapa Dato' membisu di atas kenyataan Dato' Wan Rahim ini.

Ini bertambah-tambah keraguan saya terhadap ketelusan Dato'.

Saya selaku ahli PAS, menggesa Dato' untuk HADIR di setiap mesyuarat dan juga usrah bulanan pimpinan bagi Dato' huraikan persoalan yang di bawa oleh Dato' sendiri. Saya juga berharap Dato' menjadi seorang yang AMANAH terhadap JAWATAN Dato' selaku YDP Kawasan dan juga jujur di dalam melontarkan persoalan. Saya faham, penulisan surat terbuka ini tidak lebih ingin menonjolkan diri juga sebagai alat untuk meraih simpati. Saya kira, Dato' usahlah berdalih lagi. Saya ulangi cabaran saya supaya Dato' hadir mesyuarat perhubungan dan berhadapan lah dengan sahabat Dato' secara bersemuka. Usah-usahlah mengambil jalan 'pengecut' dengan hanya pandai menulis, tetapi takut bersemuka. 

Sekian.


PAS Mungkin Mansuh Lafaz Taklik Kepada Wakil Rakyat Kelantan


Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 2:42 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA BAHARU: PAS tidak menolak kemungkinan akan memansuhkan penggunaan lafaz taklik cerai talak tiga ke atas isteri yang dikenakan kepada wakil rakyat di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu bergantung kepada pertimbangan yang akan dibuat dengan melihat keadaan semasa parti itu di Kelantan.

“Taklik ini khusus untuk (wakil rakyat) Kelantan, ia diperkenalkan apabilapada 1995, ketika PAS bersama Semangat 46. Waktu itu kita hanya tinggal satu kerusi lebih (dan) terdapat usaha pihak lawan untuk membeli wakil-wakil rakyat melalui politik wang.

“Kelantan negeri kita memerintah, kita lihat ia sudah kukuh, wakil rakyat kita pun sudah istiqamah, calon-calon kita pun sudah bermutu dan bernilai berbanding dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Ijtimak Ulama Nusantara 2015 di sini, Ahad.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Nasaruddin Daud. 

Abdul Hadi bagaimanapun berkata sumpah bai’ah yang menjadi teras perjuangan parti itu akan dikekalkan dan diteruskan dalam PRU akan datang.

“Alhamdulillah kita dapati wakil-wakil rakyat kita kini konsisten dan istiqamah, taklik ini kemungkinan akan dibuang, bai’ah diteruskan kerana ia teras yang penting,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan ramai berminat menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang diketuai bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Abdul Hadi berkata mana-mana pihak boleh membuat dakwaan tersebut.

“Sehingga kini tak ada sebaliknya apa yang kita dengar, di peringkat negeri ramai yang kembali kepada PAS,” katanya.

Lebih 2,000 ulama dari dalam dan luar negara dihimpunkan dalam Program Ijtimak Ulama Nusantara 2015 yang diadakan bagi memperkukuh dan menyelaraskan pemikiran alim ulama dan umat Islam Nusantara pada masa-masa akan datang.

Abdul Hadi berkata ijtimak ulama itu bagi menghidupkan budaya ilmu termasuk perpaduan dalam masyarakat khususnya untuk memperkenalkan Islam sebagai satu cara hidup.

"Ulama dianggap berpengaruh dalam masyarakat Islam kerana peranan merekasangat besar..sebab itu kita perlu satu gerakan secara kolektif dan bersatu," katanya.

AMAT MEMALUKAN BILA TERDAPAT AHLI PAS YG FANATIK TELAH MENGAYAKAN PAKAIAN KNIGHT TEMPLAR DI DALAM HIMPUNAN FASTAQIM




THE KNIGHTS TEMPLAR, PENGASAS FREEMASONRY 

Sebelum memulakan cerita, Admin paparkan dulu Firman Allah swt Ketika iblis enggan sujud pada nabi adam..dia berdailog dgn Allah.. surah isra 62-65

 'Iblis berkata..inikah orang yg Kau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Kau beri tangguh kpd ku hingga  hari kiamat, pasti akan aku sesatkan keturunan nya, kecuali sedikit sahaja . Allah berfirman...Pergilah, barangsiapa yg mengikuti kamu, maka neraka jahannam adalah balasan bagi  kamu semua,sebagai pembalasan yg setimpal.  Dan hasutlah mereka sedaya kamu dgn hasutan kamu dan kerah lah mereka dalam pasukan kamu, berkuda dan berjalan kaki dan bersyarikatlah kamu dgn harta dan anak pinak mereka dan buat lah perjanjian...sesungguhnya tidak lah yg dijanjikan iblis itu kecuali penipuan belaka. Sesungguhnya hamba2Ku, kamu tidak akan dapat menguasai mereka...... 

Ketika Allah swt menurunkan Nabi Adam as dan iblis laknatullah kebumi, Dia telah berpesan dlm surah Toha ayat 123.. 

'Turunlah kamu berdua bersama2.. sesama kamu bermusuhun..
Admin ketengahkan ayat2 ini supaya kita tidak kehilangan punca ketika melihat permusuhan dan peperangan yg melanda dunia, khususnya yg melanda umat islam...iblis tidak akan berhenti merosakkan keturunan Adam as hingga hari kiamat. Dan Admin paparkan juga perancangan iblis dan pasukan nya dari golongan manusa... hingga kini hampir2 mereka mengusai dunia... 

Ketika iblis merekrut manusia ke pasukan nya, dia tidak memilih manusia yg lemah malas dan dungu... dia pilih 'the best of people'...ikutilah kisah nya.. Asal usul tentera iblis yg tersusun rapi dari kalangan manusia.. 

The Knights Templar...

Kisah mereka mirip kisah  Qarun, sepupu nabi Musa as, yg pada awalnya seorang soleh yg zuhud...tetapi setelah Allah kurniakan kekayaan dan kekuasaan padanya, dia terus lupa diri, lupa Allah sehingga menyembah dewa2. 

Begitulah kisah The Knights Templar.. pejuang2 salib/crusaders yg datang dari Eropah ke Jerusalem..religious, zuhud sehingga mendapat gelaran..the poor fellow soldiers of christ, very 'pious, committed to the Holy War'...tetapi setelah dijanji dgn kekayaan dan kekuasaan, mereka lupa God, terus menyembah Lucifer, iaitu iblis laknatullah . 

The Knights Templar... penyembah iblis Siri Peperangan Salib telah bermula pada tahun 1099. Pada tahun 1118, sekumpulan tentera yang bernama The Knights Templar telah dibentuk. Mereka adalah pasukan tentera yang hebat.. bukan saja dlm bidang ketenteraan tetapi juga dlm bidang ekonomi (mereka pengasas sistem banking dan travellers cheque), perancangan masyarakat Jerusalem dan juga penyusunan keselamatan crusaders dan christian pilgrims yg datang dari Eropah...malahan kuda2 mereka juga sangat terlatih dalam peperangan. Mereka juga berjiwa kerahiban good christians...

Mereka akan berjuang bermati-matian ..demi mendapat syurga Tetapi sesuatu yang unik telah berlaku keatas kumpulan the Knights Templar ini, yang jarang kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemui “harta karun” yang tidak ternilai di bawah tanah ,tapak masjid Al-Aqsa. “Harta” tersebut adalah kitab2 sihir purba milik bani Israil yang diharamkan dan dirampas oleh Nabi Sulaiman as.. Mereka mengkaji  dan mempelajari simbol2 dan sihir-sihir purba Bani Israil...hasilnya menakjubkan mereka. Sihir-sihir tersebut sangat hebat, mereka dapat menembusi alam syaitan, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamal upacara penyembahan Iblis, Lucifer Mereka dapat berhubung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang masih dirantai. 

Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerjasama dgn Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya termasuklah membina Haikal Sulaiman. Singgahsana Dajjal apabila memerintah kelak.  “Dan mereka mengikut apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia...” (Al-Baqarah :102) 

Malang sekali bagi The Knights Templer.. Jerusalem akhirnya berjaya dirampas  kembali oleh tentera2 islam di bawah pimpinan Salahuddin al Ayubi.  The Knights Templar terpaksa pulang ke Eropah...terus mereka bina semula kekuatan dan penyembahan iblis di Eropah. Raja-raja dan gereja Eropah telah mengharamkan Knights Templar setelah amalan penyembahan Lucifer (anti-christ) terbongkar . Hampir semua ahli dan pengikut The Knights Templar ditangkap, disalib dan dibakar hidup-hidup Tetapi kita diajar di dalam sejarah kononnya mereka yang ditangkap itu adalah ahli saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman Kegelapan Eropah ( The Dark Ages). Segelintir dari mereka dapat menyelamatkan diri.

Kelahiran Freemasons Mereka berkumpul dan menyusun semula barisan dan menuukar nama menjadi “The Freemasons”. Mereka kembangkan keahlian dikalangan manusia terbaik dan mereka jalankan konspirasi mengulingkan semua raja-raja Eropah dan pihak gereja melalui revolusi...The French Revolution, The Russion Revolution... revolusi di Denmark, Hungary, Italy,Sweden, Autria, Rumania, Russia.Poland dll... Berlaku peperangan saudara yg trajis..Eropah dan soviet Union dibanjiri darah dan mayat manusia... penyiksaan dan pembunuhan kejam... Raja2 dan keluarga mereka dibunuh, padri2 gereja diseksa dan dibunuh, begitu juga rakyat yg disyakki setia pada raja dan agama... 

Setelah mereka hapuskan kuasa raja dan gereja, mereka bangunkan semula negara dgn sistem kerajaan baru ..The Democratic Goverment..kerajaan pilihan rakyat konon nya. Slogan mereka.. "By the people for the people " tetapi sebenarnya rakyat telah ditipu.Presiden dan kabinet yg mereka pilih sebenarnya adalah ahli2 Freemason. Maka lahirlah negara2 anti agama (komunisme), dan secular di Eropah dibawah pemerintahan pemimpin2 ahli freemason.. seperti yg ada sekarang.. 

Ahli2 freemason tumbangkan pemerintahan beraja dan sekali gus kuasa gereja..agar mereka berpeluang memegang tampuk pemerintahan negara.Yang menjadi mangsa kegilaan mereka adalah rakyat jelata.  Demi menutup konspirasi jahat mereka, mereka perkenalkan istilah “renaissance” dlm sejarah.. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat “mulia” dalam liputan sejarah. Tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah iblis, anti-christ. Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. 

Yahudi Eropah dijadikan kambing hitam/ scapegoat Haikal Sulaiman mesti didirikan untuk Dajjal...Mereka mesti dapatkan kembali Jerusalem..Siapa yg harus dijadikan kambing hitam?. THE JEWS OF COURSE !!  Orang2 Yahudi saja yg mahu tinggal diJerusalem Oleh itu, langkah pertama, orang-orang Yahudi perlu ditindas, ditekan, diseksa, sengsarakan hidup mereka... supaya mereka tersepit, terdesak dan ketika itu akan bersedia untuk mewujudkan negara sendiri, tidak merempat dinegara orang... 

HOLOCAUST dirancang...penyiksaan dan penyembelihan beramai2 bangsa yahudi Eropah oleh tentera Nazi dibawah pimpinan Adolf Hitler..Lebih 11 juta bangsa yahudi yg tidak berdosa telah dibunuh Diantara alat yg diguna adalah gas chamber dan incinerator..
 
Gerakan Zionis Setelah itu, kumpulan freemasons menubuhkan Gerakan Zionis...bertujuan  menyatukan kaum yahudi Eropah..mereka naikkan semangat kebangsaan Yahudi. Secara halus dan terancang,Yahudi Eropah dihasut.. untuk membina sebuah negara di Palestin, iaitu Israel Raya, supaya mereka tidak lagi dihina,ditindas di negara orang... Maka berhijrah lah kaum Yahudi kenegara baru....ISRAEL Selepas itu mereka dihasut pula supaya membina Haikal Sulaiman... walhal, di dalam Talmud terdapat larangan  bangsa Yahudi  membina Negara sendiri. Orang Yahudi telah dijadikan kambing hitam bagi menubuhkan Haikal Sulaiman untuk menyambut kedatangan  Al-Masih Ad-Dajjal. 

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : 

Majlis Keselamatan Negara Diperkukuh


image (1)
MO, KUALA LUMPUR, 19/10/2015 – Kerajaan kini dalam proses memperkukuh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai agensi barisan yang lebih efisyen dalam menyelaras dasar serta strategi keselamatan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah tersebut dibuat berdasarkan kepada keperluan semasa dalam berhadapan dengan ancaman keselamatan yang semakin berkembang.
“Adalah menjadi hasrat dan harapan kerajaan agar langkah-langkah transformasi MKN dapat dilaksanakan dengan sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi oleh semua pihak.
“Ini penting bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara dan dipertahankan rakyat,” katanya ketika menjawab soalan pertanyaan lisan dari Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) di sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Noor Ehsanuddin dalam persidangan hari ini meminta Najib menyatakan transformasi menyeluruh yang dibuat terhadap MKN.
Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan berkata, pihak kerajaan turut melaksanakan beberapa langkah pengukuhan melibatkan MKN.
“Ini termasuk menggubal Dasar Keselamatan Negara, meningkatkan keupayaan modal insan melalui penempatan pegawai berkemahiran dengan gred jawatan yang sesuai.
“Pihak kerajaan juga melakukan kajian semula mengenai fungsi dsn peranan MKN sebagai agensi yang melaksanakan dasar yang diputuskan,” katanya lagi.
Menurutnya, ia termasuk keperluan untuk mewujudkan suatu akta baharu bagi mewujudkan MKN secara perundangan sepertimana yang dilakukan di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, India, Jepun dan Thailand.
“Kerajaan juga akan meyemak semula arahan-arahan MKN dan peraturan tetap operasi MKN bagi memastikan arahan tersebut masih relevan dan boleh digunapakai sesuai dengan persekitaran semasa,” ujarnya lagi.
Sumber : SINAR

Saturday, 17 October 2015

Terkini Jawapan Balas Tuduhan Husam Musa Terhadap Kerajaan Negeri Kelantan.

Jumpa di Fastaqim ye tok wakil bertopeng!!

Dato Husam, bayangkan jika perkara tersebut berlaku: Bukan setakat guru YIK, tapi seluruh rakyat Kelantan bakal kaya.

1. Duit Jamnapari 2.55juta( syam ghaz). Kalau duit ini diberi kepada fakir miskin. Kalau dibahagi sejuta seorang paling tidak hampir 3 orang bakal bergelar jutawan. Kalau bagi bantuan mesin-mesin untuk peniaga kecil, puluhan ribu peniaga kecil dapat merasai.Bayangkan.

2. Duit harta karun. Setelah semua badan berautoriti nasihat tiada harta karun di palekbang. Dato tetap berdegil untuk mengorek. Berakhir dengan kerugian RM 200,000. Kalau duit ini diberi RM1000 seorang kepada pelajar kelantan di mesir dan sebagainya. Paling kurang 200 orang boleh merasai duit yang banyak.Bayangkan.

3. Duit depu. Modal anak pokok sahaja RM6X200,000= RM 1,200,000. Campur baja, gaji pekerja,bersih tanah. Boleh pergi sehingga RM2-3juta. Bayangkan duit-duit ini dibahagi kepada ibu tunggal dan anak yatim. Kalau bagi RM1000 seorang, hampir 3000 anak yatim dan ibu tunggal bakal mendapat manfaat. Bayangkan.

4. Duit Ekspo Cheng Ho. Berapa juta dihabiskan?( akan didetailkan) Jika dibagi kepada fakir miskin, berapa ramai yang akan dapat manfaat? Bayangkan.

5. Duit KGT. Jutaan ringgit dihabiskan(akan didetailkan). Bayangkan dibagi kepada petani dan perternak( kambing,lembu,ayam). Berapa ramai penternak berjaya bakal dihasilkan, berapa banyak boleh mengurangkan import daging negara. Bayangkan.

6. Lupakah Dato juga terlibat dalam merancang siri himpunan hijau sebelum pru 13. Free kah semua itu? Kepercayaan saya terhadap kejujuran Dato hanya tinggal 0.5% sahaja lagi.

7. Bayangkan jika semua perkara diatas berlaku, rakyat kelantan bakal kaya. Tapi semua itu dihabiskan begitu sahaja. Lupakah Dato?

8. Semoga berjumpa di himpunan Fastaqim

Rakyat Salor

Husam Serang Kerajaan Kelantan Disaat Himpunan Fastaqim Hari Ini.

RM 14.6 J TUNGGAKAN - GURU YIK MENDERITA ANDA BERGEMBIRA

Asalnya masalah guru-guru YIK tidak dalam senarai saya untuk dibangkitkan.

Selepas serombongan guru YIK datang mengadu hal kepada saya, saya terpaksa mengubah fikiran.

Saya terkejut melihat jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru sudah meningkat kepada RM 14.6 juta hingga September 2015!

Gaji guru dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi berkenaan. Ia menjadi tertunggak.

Bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014!

Sehingga September 2015, jumlah tunggakan caruman guru-guru kepada Koperasi Maik sahaja sudah berjumlah RM 5,188,381!

Ia menimbulkan banyak kerumitan kepada guru-guru pencarum dan koperasi juga. Tidak perlu untuk saya menyenaraikan semuanya di sini. (Saya bersangka baik MB dan TMB sudah pun membaca masalah dan kerumitan yang ditanggung oleh guru dan koperasi hasil berlakunya tunggakan)

Tunggakan juga berlaku kepada Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, KWSP - semua sekali 21  jenis potongan caruman yang tertunggak. Senarainya terlalu panjang.

Ia nampak serius. Ia menyusahkan guru-guru terbabit dalam banyak segi.

Ia menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang tenat.

Jika benar kewangan kerajaan negeri tenat, apa patut dibuat oleh pimpinannya?

Terus boros? Membazir? Bersuka hilai ke luar negara? Menjual aset negeri di bawah nilai pasaran?

Seminggu dua yang lalu, mudir YIK di bawa melawat Indonesia. Saya tidak berhasrat mengkritik para mudir atas lawatan ini kerana mereka mengeluarkan wang sendiri bagi menampung perbelanjaan.

Saya tertanya apa perlunya Exco dari portfolio lain dan Speaker turut sama? Bukankah itu memakan belanja? 

Jika belanja itu dijimatkan, sedikit sebanyak ia boleh menampung caruman yang tertunggak itu.

KE (Ketua Eksekutif) sebuah agensi baru pulang dari lawatan ke Moscow, selepas seminggu dua sebelumnya melawat Afrika Selatan.

Mudah-mudahan ada pelaburan dari Rusia dan untungnya boleh menampung tunggakan itu?

Cuba lihat negara mana lagi yang tidak dilawatinya?

Di tengah tukaran wang menjunam, 14 orang anggota kerajaan baru-baru ini melawat Jepun.

Kalau Tok Guru masih hidup, saya yakin seratus peratus lawatan itu tidak akan diluluskan.

Mana lebih mustahak, antara lawatan ke Jepun atau menjelaskan tunggakan caruman?

Pemuda parti kerajaan baru-baru ini mengadakan himpunan 10k di Pasir Puteh. Katanya tiga exco masing-masing menyumbangkan RM 100 ribu. Maknanya RM 300 ribu paling tidak, wang kerajaan hangus.

Jika RM 300 ribu itu didahulukan kepada YIK?

Saya tidak tahu berapa pula wang yang dibelanjakan untuk pelbagai himpunan yang lain sehari dua ini.

Adakah anda tidak terasa malu dan  segan dengan diri sendiri?

Husam Musa
Adun Salor
4 Muharam 1437/17 Oktober 2015

Friday, 16 October 2015

PENGURUSAN BENCANA NEGARA LEBIH BAIK DENGAN AGENSI BARU TAHUN INI !



KRONOLOGI PENGURUSAN BENCANA NEGARA LEBIH BAIK DENGAN AGENSI BARU! 


Negara ketika ini dilihat telah mula memasuki fasa musim tengkujuh. Seluruh negara kini mula menerima taburan hujan yang lebat selepas negara dilanda fenomena jerebu yang luar biasa pada tahun ini. 

Belajar daripada pengalaman tahun-tahun sebelumnya, Pihak Pengurusan Tertinggi Negara dilihat begitu bersedia dalam menyambut CABARAN musim TENGKUJUH yang masih belum diketahui lagi jangkaannya penghujung tahun ini. Jika kita melihat penghujung tahun lepas, ia adalah satu cabaran yang BESAR dan mencabar! 

Ini jelas dapat dilihat dengan keputusan Kabinet pada Julai 2015 yang meletakkan Pengurusan Bencana TIDAK LAGI dipertanggungjawabkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Seiring dengan keputusan tersebut, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) DIARAH MENGAMBIL ALIH peranan MKN selaku peneraju utama pengurusan bencana negara.

Pada Ogos 2015  , Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) secara rasminya ditubuhkan , di mana hal ehwal Pengurusan Bencana kini diletakkan di bawah tanggungjawab agensi baru tersebut. Agensi Pengurusan Bencana Negara ini akan mengurus sepenuhnya keseluruhan pengurusan bencana dari sebelum bencana , semasa berlaku bencana dan selepas berlaku bencana. 

Pada Oktober 2015, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi semasa dalam lawatan rasminya ke Amerika Syarikat menyatakan APBN yang baru ditubuhkan ini akan beroperasi mirip kepada urus tadbir Pusat Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA). Jika dilteliti kenyataan Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara CUKUP OPTIMIS dan BERSEDIA untuk menghadapi Sebarang Kemungkinan Bencana Besar pada Tahun ini!  

Semoga APBN dapat membawa satu elemen TRANSFORMASI dalam PENGURUSAN BENCANA NEGARA pada tahun ini dan di masa-masa hadapan!! 

TAHNIAH APBN!! 

Rakyat Prihatin 
Kelantan Darul Naim 

Surat Terbuka Penyokong Kerajaan Negeri Terhadap Husam Musa

Kepada YB Dato' Husam Musa 
ADUN Salor

Pagi tadi baru sahaja saya coretkan kata-kata penghargaan Dato' di atas kesudian Dato' untuk terus istiqomah di dalam perjuangan dan dengan kata 'sebolehnya ingin mati di dalam PAS'. Akan tetapi, kegembiraan saya tidak begitu lama nampaknya, Dato' kembali dengan surat terbuka Dato' yang saya entah kali ke berapa.

Saya cukup berbangga kerana YB Dato' mampu untuk menulis surat terbuka dengan begitu banyak dan punyai banyak waktu untuk mengkaji dan mengarang setiap surat yang di utuskan. Akan tetapi, apa yang medukacitakan,segala persoalan Dato' akan terjawab jika kiranya Dato' membuang segala ego dan keangkuhan Dato' dengan menghadirkan mesyuarat yang sudah berulang kali kita jemput Dato' dan terakhir lagi mesyuarat yang di buat khusus bagi membincangkan dakwaan Dato' iaitu pada hujung bulan lepas.

Dato' juga ada menyebut bahawa Dato' telah menegur secara dalaman dan sehiungga terpaksa menulis surat terbuka. Saya tertarik dengan ayat 'dalaman' yang di tulis oleh Dato'. Jika benar Dato' sudah menegur secara dalaman, bila dan siapa yang telah Dato' tegur itu ? dan pada peringkat mesyuarat manakah Dato' membuat teguran yang di katakan secara dalaman tersebut ?

Saya merasakan, cukup-cukuplah Dato' bermain politik sebegini. Tindakan Dato' menulis surat terbuka jelas menunjukkan Dato' seperti tidak menghadiri segala mesyuarat yang perlu bagi Dato' hadiri baik sebagai Adun yang menjadi ahli BBC Kelantan, malah juga sebagai ahli Perhubungan PAS Negeri kerana setiap persoalan dan masalah yang melibatkan pentadbiran akan di bincangkan ke dalam medium-medium tersebut. Kita lihat, ahli yang lain mampu bersuara dengan saluran yang betul, akan tetapi kenapa dan mengapa Dato' melintang arus dengan memilih jalan ini seakan Dato' ingin menonjolkan Dato' lah wira rakyat ?. Jika benar Dato' berada di pihak yang benar, saya cabar beberapa perkara antaranya ;

1- Menghadiri mesyuarat perhubungan negeri
2- Menghadiri mesyuarat BBC
3- Mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat di atas kapasiti sebagai ADUN.
4- MEMBUAT laporan kepada SPRM bagi membuktikan ketelusan di atas segala penulisan Dato'.

Saya membuat konklusi, jika Dato' dapat menghadiri segala mesyuarat yanng di jalankan itu, Dato' akan terjawab dengan segala persoalan yang bermain di minda Dato' andai benar Dato' inginkan satu kebenaran. 

Jadi dengan pendedahan video rakaman audio Dato' Wan Rahim yang mengatakan "Husam yang monitoring semuanya" saya menjadi keliru, adakah serangan Dato' dengan menulis surat terbuka ini merupakan salah satu saraf yang di maksudkan ?

Juga dalam rakaman tersebut, Dato' Wan Rahim ada menyebutkan "Ooo kita ni Holding Court kepada Dato’ Husam ni. Kita menunggu KUBU ini sehingga dia balik. Kalau dia balik ini, kita ni, akan ada ‘wave’ ataupun akan ada gelombang baru di negeri Kelantan". Apakah yang di maksudkan dengan 'holding court for Dato Husam?", dan juga apakah yang di gambarkan sebagai "Kubu ini sehingga dia balik"?

Adakah siri serangan Dato' ini mempunyai perkaitan yang di lafazkan oleh Pengerusi PAN Negeri Kelantan ini di dalam sidang media di Restoran Wau pada 7 September lepas ?

Cukup-cukuplah Dato'.

Sunday, 4 October 2015

DS NAJIB JAWAB ISU TERSEREMPAK PM ISRAEL


PM reply on Benyamin Netanyahu

Bukan saya jumpa .terserempak dekat pintu. Sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap. Bila kita keluar kita keluar waktu saya bila kita  menunggu kereta dia ada tepi tu .
Jadi dia salam dgn saya, saya salam dengan dia lah. Bukan ada apa-apa . bukan pertemuan. Terserempak . 

By Sheer coincidence i bumped into him at the entrance of united nations.ini boleh disahkan oleh menteri luar dan wakil duta di us dan permanent rep 
Boleh banyk org yg boleh sahkan ini bukan pertemuan tetapi secara kebetulan