HOME

Pages

Monday, 19 October 2015

Rakyat Kelantan Mahu Husam Hadir Mesyuarat!!

Husam oh Husam

Kepada Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Husam Musa 
YDP PAS Kawasan Kubang Kerian
ADUN Salor

Bismillah, 
Sejak kebelakangan ini, saya lihat Dato' amat ghairah menulis surat terbuka kepada kerajaan Negeri Kelantan yang di pimpin oleh PAS. Saya kagum dengan sikap Dato' yang amat kreatif di dalam melontarkan persoalan kepada Kerajaan Negeri. Akan tetapi, saya ada beberapa kemusykilan terhadap KETELUSAN Dato' di dalam menegur Kerajaan Negeri Kelantan.

Antara yang menjadi persoalan saya dan juga ramai netizen yang lain, kenapa Dato' lebih gemar menulis secara terbuka ?

Saya cuba mencari jawapan. Malah tidak keterlaluan, saya juga pernah menyuarakan persoalan ini kepada Dato' sendiri melalui mesej yang di hantar ke nombor peribadi milik Dato', tetapi malangnya saya di 'block' oleh Dato'. Saya juga menjadi bingun, kenapa dan mengapa Dato' begitu sensitif dan emosional terhadap mesej yang di hantar oleh saya sebagai ahli biasa sehingga memaksa Dato' untuk 'block' saya. Di sini ketelusan Dato' menjadi persoalan buat saya. Jika benar Dato' berdiri untuk memperbetulkan keadaan, kenapa perkara sekecil ini pun Dato' sudah melenting ? Dato' gah menulis surat terbuka supaya ia nya menjadi viral di kalangan pelayar media sosial, akan tetapi apabila persoalan lain pula di lontar kepada Dato', Dato' dengan penuh emosi 'block' orang yang tidak 'sebulu' dengan Dato'. Juga saya di maklumkan, ramai facebookers juga di 'block' oleh Dato' sehingga mereka tidak lagi boleh meninggalkan komentar di setiap ruangan pos Dato'. Di makah ketelusan Dato' ?

Saya juga menjadi hairan, bagaimana seorang YDP Pas Kawasan tidak menyuarakan setiap masalah yang berbangkit melalui mesyuarat perhubungan PAS negeri. Ini menjadi pelik kerana, dalam banyak-banyak YDP PAS Kawasan, hanya Dato' seorang yang gemar menulis di Facebook. Saya tertanya-tanya, di manakah Dato' sewaktu mesyuarat di jalankan ? tidakkah setiap YDP Pas Kawasan merupakan ahli perhubungan PAS negeri. Tidakkah dengan membawa masalah ini kepada perhubungan negeri, segala persoalan akan terjawab ? tidakkah Dato' lupa bahawa YAB Menteri Besar juga merupakan ahli perhubungan negeri ? Juga, sama seperti YB Ustaz TMB dan juga para YB Exco. Malah mesyuarat BBC yang di adakan khas untuk menjawab persoalan yang di timbulkan oleh Dato' juga Dato' tidak hadirinya. Di sini sekali lagi ketelusan Dato' teruji. 

Ada yang mengatakan bahawa Dato' tidak menerima panggilan mesyuarat. Saya sekali lagi pelik, setiap surat yang di keluarkan akan hantarkan kepada Dato' dan ada yang di hantar terus 'by-hand'. Mengapa timbul isu terbabit ? atau ia sekadar wayang yang ingin mengatakan bahawa Dato' tidak di jemput ? saya juga menjadi musykil, usrah pimpinan tetap di adakan tiap-tiap bulan yang mana jadual nya tetap sama sejak daripada Almarhum Tok Guru lagi, mengapa Dato' tetap juga menguzurkan diri ? malah sudah lama Dato' tidak hadirinya, mengapa Dato' begitu ? tidakkah Dato' lupa, usrah merupakan antara medan terbaik untuk kita melontar masalah rakyat ? sekali lagi saya meragui ketelusan Dato'.

Saya bertambah hairan , di saat PAS mengadakan himpunan yang besar seperti FASTAQIM, kelibat Dato' selaku YDP PAS Kawasan dan mantan Naib Presiden PAS tidak kelihatan. Di manakah Dato' pada waktu itu ? saya menjadi terkejut, himpunan BERSIH 4.0 di Kuala Lumpur boleh pula Dato' hadiri tetapi himpunan yang di anjurkan oleh parti yang Dato' sertai iaitu PAS yang di katakan oleh Dato' sebolehnya ingin mati bersama PAS, tidak pula Dato' hadiri. Malah di kala kemuncak himpunan itu, Dato' boleh pula menulis surat berkaitan isu YIK. Saya kira, jika Dato' hadir ke himpunan itu, keberangkalian Dato' untuk berjumpa dengan Exco yang berkenaan amatlah tinggi dan Dato' boleh ajukan terus kepada Exco terbabit. Tetapi, surat terbuka juga yang di pilih oleh Dato' seakan menunjukkan Dato' takut untuk berdepan dengan sahabat-sahabat Dato' sendiri !

Juga, saya meneliti sidang media Dato' Wan Rahim pada 07/09/2015 di Kota Bharu yang menyebut 

"kita ni Holding Court kepada Dato’ Husam ni. Kita menunggu KUBU ini sehingga dia balik. Kalau dia balik ini, kita ni, akan ada ‘wave’ ataupun akan ada gelombang baru di negeri Kelantan"

Adakah kata-kata di atas menunjukkan setiap perkara yang berlaku ini di bawah rancangan Dato? mengapa Dato' Wan Rahim selaku PENGERUSI AMANAH Kelantan boleh memberikan kenyataan begitu ? apakah kebenaran di sebalik kata-kata Dato' Rahim ?

Juga saya terkejut dengan kenyataan Dato' Rahim di dalam sidang media yang sama

"Itu you kena Tanya Dato’ Husam lah sebab semua itu bawah dia sebab dia yang ‘monitoring’". Adakah serangan kepada Kerajaan Negeri dan siri ponteng mesyuarat Dato' juga di bawah 'monitoring' Dato ?

Saya cabar Dato', jika benar kenyataan Dato' Wan Rahim ini slah, MOHON saman beliau kerana Dato' gemar saman-menyaman ini. Tetapi kenapa Dato' membisu di atas kenyataan Dato' Wan Rahim ini.

Ini bertambah-tambah keraguan saya terhadap ketelusan Dato'.

Saya selaku ahli PAS, menggesa Dato' untuk HADIR di setiap mesyuarat dan juga usrah bulanan pimpinan bagi Dato' huraikan persoalan yang di bawa oleh Dato' sendiri. Saya juga berharap Dato' menjadi seorang yang AMANAH terhadap JAWATAN Dato' selaku YDP Kawasan dan juga jujur di dalam melontarkan persoalan. Saya faham, penulisan surat terbuka ini tidak lebih ingin menonjolkan diri juga sebagai alat untuk meraih simpati. Saya kira, Dato' usahlah berdalih lagi. Saya ulangi cabaran saya supaya Dato' hadir mesyuarat perhubungan dan berhadapan lah dengan sahabat Dato' secara bersemuka. Usah-usahlah mengambil jalan 'pengecut' dengan hanya pandai menulis, tetapi takut bersemuka. 

Sekian.


No comments:

Post a Comment