HOME

Pages

Tuesday, 13 March 2012

Nik Aziz tidak terkejut Shahrizat berundur

DIPETIK DARI SINAR HARIAN Mohd Zailani Abd Rahman
12 Mac 2012
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu berundur dari Kabinet awal bulan depan bukan sesuatu yang mengejutkan.

Menurutnya, langkah Sharizat yang juga  Ketua Wanita Umno itu, tidak lebih  hanya untuk mengumumkan tidak menyambung khidmat sebagai senator.

“Pada saya, ia bukan satu pengumuman yang mengejutkan memandangkan ia hanya berkuat kuasa apabila tamat tempoh sebagai ahli Dewan Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment