HOME

Pages

Wednesday, 24 April 2013

#TukarKelantan : [VIDEO] Nik Aziz Terlalu Berpolitik Abaikan Pengundi Sendiri #PRU13 #BetterNation #BoLaWei #GelombangMerah

Sebelum itu kita lihat artikel dari sahabat penulis Double-Y mengenai perkara ini dahulu. Beliau bersama sahabat yang lain telah turun padang memantau keadaan sekeliling kampung tersebut. Lihat artikel beliau Siri 1 dan Siri 2 
Sungguh menyedihkan apabila penulis sendiri pula yang memantau keadaan sekeliling di Kampung Pulau Gajah, Sabak yang dipenuhi oleh sampah sarap dan seolah-olah kampung yang tidak terurus. Mana wakil rakyatnya? 
Dimanakah peranan yang dimainkan oleh wakil rakyatnya? Dengar khabar wakil rakyatnya adalah Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz. Ingatkan kawasan di bawah Nik Aziz ni terbela, tetapi hanya indah khabar dari rupa. Hanya tahu meraih simpati bila tiba masa mengundi sahaja, tetapi tidak menjalankan tugas. 
Dalam PRU13 ini kita 'toksir' undi Nik Aziz lagi dah. Wakil rakyat yang tidak menjaga kebajikan pengundinya. Nik Aziz diibaratkan 'Menang sorak, tapi kampung tergadai'. Kasihan kepada anak kecil yang tak bersalah ini. Hidup mereka ibarat merempat di tanah sendiri tanpa bantuan dari pihak yang sepatutnya. 
Selepas seminggu..
Lihatlah, rumah ini diibaratkan seperti reban. Hanya berbumbungkan getah tikar yang terbuang dan berdindingkan dengan bumbung rumah terpakai. Dimana Nik Aziz dan Kerajaan PAS Kelantan?? Adakah orang seperti ini tidak layak mendapat rumah kos rendah, ataupun rumah yang lebih baik dari ini dari Kerajaan PAS Kelantan dan Nik Aziz sebagai wakil rakyatnya?

Nik Aziz tidak salurkan apa-apa bantuan kepada pengundi beliau? Adakah dengan keadaan rumah sebegitu rupa masih tidak layak untuk menerima peruntukan dari wakil rakyat ataupun Kerajaan PAS kelantan untuk menyelenggara rumah tersebut?
Semasa penulis bersiar-siar di Kampung Pulau Gajah, penulis sempat bertemu mesra dengan pasangan warga emas yang tinggal dalam sebuah rumah yang usang. Penulis bertanyakan tentang bantuan yang diterima oleh mereka. Tapi malangnya, mereka tidak menerima apa-apa bantuan dari wakil rakyat mereka iaitu Nik Aziz dan dari Kerajaan PAS Kelantan. 
Inilah kezaliman kerajaan PAS Kelantan. Hanya memikirkan perut sendiri dan kroni-kroninya sahaja. Tetapi nasib rakyat terbiar begitu sahaja tanpa terbela oleh pihak yang sepatutnya turun padang dahulu.
Adakah layak untuk kita memberi undi kepada Nik Aziz yang hanya tau untuk meraih undi sahaja, tetapi tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk menjaga kawasannya sendiri. Fikir-fikirkanlah.

KREDIT TO KAKIRAYAUKB

No comments:

Post a Comment