Permintaan khas rakyat di Salor Kelantan supaya wakil rakyat mereka
sebelum ini yaitu Datuk Husam Musa agar dikapankan di Salor dan
dikebumikan di Putrajaya bakal menjadi kenyataan.
Gk bersama team KCW blog Tukar-Kelate dan Haikal, yang diketuai oleh
Sdr EA telah berjaya merakamkan kenyataan beberapa penduduk di Salor
mengenai keperibadian seorang pemimpin yang juga wakil rakyat disitu.
Kejadian yang telah lama berlaku ini semoga menjadi iktibar kepada semua
lebih-lebih lagi buat mereka yang ingin menjadi pemimpin dan
berdegar-berdegar mengaku untuk membantu rakyat.
Menurut salah seorang penduduk, Sulaiman Ahmad, ketika kejadian,
pemimpin berkenaan dalam perjalanan pulang kerumahnya dan melalui
kawasan kemalangan itu tanpa menghiraukan mangsa yang juga ayah kepada
pemimpin berkenaan.
Tanpa dapat dipastikan samada pemimpin berkenaan mengetahui ataupun
tidak mangsa kemalangan itu sebenarnya ayah kepada beliau, namun
penduduk tempatan mempersoalkan keperibadian beliau yang tidak
menghiraukan mangsa kemalangan itu.
Seorang lagi saksi kejadian, Azizah Awang Mat mempertikaikan tindakan pemimpin itu yang tidak mempedulikan mangsa kemalangan.
"Soal dia tahu atau tidak mangsa kemalangan itu ayah dia, itu soal
lain, kalaulah mangsa tu bukan ayah dia sekalipun, dia sepatutnya
memberhentikan kenderaannya dan turun membantu mangsa, kalau dia tu
benar seorang pemimpin yang baik".
Peristiwa kemalangan maut yang melibatkan ayah kepada pemimpin
tempatan ini hanyalah antara pembuka bicara kepada hasrat rakyat Salor 'Kapankan
Husam Di Salor Kebumikan Husam Di Putrajaya'.
Banyak lagi isu-isu lain yang melibatkan pemimpin ini akan diterbitkan
nanti untuk santapan seluruh rakyat khasnya pengundi di Putrajaya,
antaranya ialah pembelian 30 ekar tanah, sikapnya dari kecil lagi
gilakan populariti, bagaimana pemimpin ini meraih undi dengan 'pitis'
dan syurga, sikap pemimpin ini terhadap rakyat dan rakan baiknya sebelum
menang dan selepas menang pilihanraya, hubungannya dengan masyarakat
setempat, budaya fitnah dimasjid, serta rakaman video pengakuan bekas
orang kanan pemimpin ini dan beberapa orang muslimah yang terlibat dalam
permainan kotor pemimpin berkenaaan.
BACA LAGI DISINI http://gelombangkick.blogspot.com/2013/04/video-kapankan-husam-di-salor-kebumikan.html?spref=fb
No comments:
Post a Comment