HOME

Pages

Tuesday, 29 October 2013

Benarkah pertolongan GHAIB untuk PAS telah tiba?!! #PRKSGLIMAU #BeraniHijrah


 
Klik untuk paparan lebih jelas
Kalau ada di kalangan pembaca yang masih ingat lagi, pekan Sungai Limau ini agak terkenal dengan kisah gerai misteri tepi bendang tidak berapa lama dahulu. Sesiapa yang bernasib baik, dapatlah bertemu 'pelayan' cantik yang akan melambai-lambai dari tepi jalan untuk menarik pemandu kereta yang bertuah untuk berkunjung dan "menjamu selera" di gerai terbabit. Hanya mereka yang bertuah sahaja yang akan dapat peluang merasai pengalaman unik seumpama ini.
 
Namun, pengalaman itu bukanlah sesuatu yang mustahil lagi buat kita semua. Sempena musim pilihanraya yang melanda Sg. Limau, sesiapa sahaja kini mampu merasai sendiri pengalaman misteri yang sering menyelubungi pekan tersebut selama ini. Malah, kami sendiri bertuah kerana dapat menyaksikan dan merakamkan sendiri salah satu fenomena luar biasa terbabit.
 
Sebelum ini kami juga pernah mendedahkan beberapa fenomena misteri yang hampir serupa ketika kempen PRU lalu:
 
 
 
 
Gambar paling atas dirakamkan ketika kami melalui markas PKR di PDM Dulang Kecil kira-kira jam 10.30 malam semalam. Pada mulanya kami menyangkakan yang ceramah tersebut baru bermula dan hadirin masih belum tiba. Tetapi, setelah seketika apabila realiti mulai menggigit logik akal, barulah kami tersedar yang ceramah tersebut sebenarnya diadakan untuk penyokong dan pengundi GHAIB PAS. Ini adalah kerana ketika itu si penceramah sedang bersemangat berhujah selain kami sendiri amat yakin bahawa fenomena tersebut terjadi bukannya disebabkan kerana pengundi DUN Sg. Limau sudah BERANI HIJRAH.
 
 
 
 
Walaupun kami tidak berapa pasti mengapa kali ini PAS sampai memerlukan pertolongan alam GHAIB untuk memenangi PRK di kubu mereka sendiri, namun ada yang berbisik kepada kami, semuanya berpunca kerana berita di atas. Mungkin pengalaman di Manik Urai, Galas dan PRU-13 telah mengajar PAS sesuatu yang mungkin kita semua boleh lihat? Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment