HOME

Pages

Thursday, 24 October 2013

#PRKSGLIMAU : JAMIL KHIR (UMNO) BUAT SKANDAL DI MEKAH - APA NI?





Sesuatu yang tak sedap nak didengar. Apalah nak jadi pada Menteri Agama UMNO seorang ni? Ketika Barisan Nasional (BN) giat berkempen memenangi hati pengundi di Sg Limau dia pulak buat hal. Perbuatannya yang terbongkar pasti menyakitkan hati penyokong-penyokong PAS dan juga rakyat di Sg Limau serta Parlimen Jerai yang akan terkesan dengan kelakuan Jamil Khir dan Tabung Haji (TH) terhadap jemaah kita sepanjang berada di Mekah .

Perbuatan Menteri Agama dan pihak UMNO ini pasti tak akan dilupai rakyat. Apa tidaknya cuba kita perhatikan apa yang diusahakan bersama oleh Jamil Khir dan TH terhadap jemaah kita setiap tahun. 
  • TH memperuntukkan RM100 juta sebagai subsidi kepada jemaah haji.
  • TH mengenakan tambang RM 9,980.00 kepada setiap jemaah haji (kos sebenarRM15,150.00)
  • RM5,170.00 subsidi dan bonus setiap jemaah haji
  • RM11 juta tajaan ubat dan peralatan lain yang diberikan pada jemaah Malaysia
  • Peningkatan dividen + bonus simpanan TH setiap tahun. Iaitu 5.5% pada tahun 2010, 6% (2011) dan 8% (2012)
  • Menyediakan 1,000 petugastermasuk 120 sahabat TH di Tanah Suci untuk membantu para jemaah
  • Menyediakan 15 buah tempat penginapan yang selesa untuk jemaah
  • Menyediakan ribuan khemah dan persekitaran yang selamat untuk jemaah haji berwukuf di Arafah
  • Hasil hubungan baik kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab Saudi, syarikat Malaysia;Primier Composite Technologies mendapat kontrak membina ruang bertingkat untuk bertawaf (mahtab).
  • Projek pembinaan jam besar di Mekah mengadap Baitullah
  • TH menjadi model pengurusan ekonomi terhebat di dunia Islam
  • Di Kedah pula, TH  membina Kompleks Haji di Alor Setar bernilai RM86 juta bertaraf 4bintang 
  • Merintis penerbangan terus dari lapangan terbang Alor Setar ke Tanah Suci
  • Melalui Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seramai 200 orang jemaah mendapat tajaan mengerjakan ibadah haji. Jumlah tersebut meningkat kepada 400 orang(2012) dan 800 orang (2013)

Menara Jam di Mekah adalah sebahagian hasil kerja anak-anak Malaysia. Apakah mungkin hanya dengan slogan dan teriakan semata-mata Malaysia boleh mendapat kontrak pembinaan jam ini?

Jemaah haji kita juga mendapat layanan yang cukup baik dari Menteri Agama ini di Mekah sehinggakan beliau sanggup berkorban waktu ibadahnya hanya untuk melawat jenazah seorang jemaah yang meninggal dunia di tanah suci. Ini juga merupakan tugas jihad seorang Menteri terhadap rakyatnya di luar negara.

Pengerusi Tabung Haji; Datuk Abdul Azeez Rahim sedang menyantuni keluarga waris jemaah haji yang meninggal di Tanah Suci. Foto ihsan Perak Today

Di tanah air sahabatnya; Datuk Abdul Azeez MP Baling pula bertungkus lumus melawat dan menyantuni keluarga-keluarga allahyarham jemaah haji kita yang meninggal syahid di Tanah Suci malah siap memberi pelbagai bantuan jariah bagi menjaga kebajikan si waris. Ini merupakan satu tanggungjawab korporat Tabung Haji dan sebagai tanda simpati beliau sebagai Pengerusi Tabung Haji. Ini membuktikan bahawa niat baik harus dibuktikan melalui perbuatan bukan sekadar menjual slogan dan mencanang janji semata-mata . 

Sebagai Menteri Agama Jamil Khir dan kerajaan UMNO juga tak lupakan kebajikan para jemaah haji kita di Tanah Suci. Melalui usaha jihad ekonomi bersama kumpulan Felda Global Venture (FGV), sebuah hotel bertaraf 5 bintang iaitu The Safwah Royale Hotel bernilaiRM200 juta berjaya dibina di Mekah. Manakala Restoran Felda D’Saji diberi kontrak menyediakan catering untuk para jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.


Hotel Safwah Royale Orchid -  lambang keteguhan perniagaan Felda di Tanah Suci - amat dicemburui oleh Lim Guan Eng dan para chauvinist-rasis yang sentiasa mempertikaikan kenapa Felda terlalu sibuk dengan urusan bina dan beli aset di luar negara tetapi tidak fokus kepada penanaman kelapa sawit semata-mata.

Inilah jihad fisabilillah yang dilaksanakan oleh kerajaan BN yang prihatin terhadap syiar dan kebajikan Islam. Bukan slogan nak jaga kebajikan semata-mata, tetapi sekali lagi ia dibuktikan dengan gerak kerja yang tersusun dan perlaksanaan yang berterusan. 


Pada tahun 2010,  Nik Aziz begitu teruja dan berbangga menginap di Hotel Safwah Royale Orchid, Mekah milik Felda Global Venture (FGV) yang diterajui oleh pemimpin dan kerajaan UMNO / BN


Maka memang layaklah kepimpinan Datuk Seri Jamil Khir sebagai Ahli Parlimen Jerai terus diberi sokongan padu oleh penduduk di DUN Sg Limau supaya mereka akan turut merasai rahmat dan nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan BN dan UMNO di Kedah. 

Lebih mudah kiranya DUN Sg Limau diwakili oleh UMNO/Barisan Nasional sama seperti di Parlimen Jerai, DUN Guar Cempedak dan DUN Gurun. Senang juga untuk penduduk DUN Sg Limau nanti merasai nikmat pembangunan apabila kerajaan negeri diterajui oleh sebuah parti yang sama. Cukup-cukup dan sudah-sudahlah yang lepas-lepas. Sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk kita berhijrah kalih undi kat BN pulak


Mukhriz - Pemimpin yang sentiasa istiqamah dan baik dalam perjuangan yang wajib diberi mandat dan sokongan oleh rakyat Kedah termasuklah memilih wakilnya di DUN Sg Limau


Kepada jemaah haji Sg Limau diucapkan selamat pulang ke tanah air, semoga mendapat haji yang mabrur. Kepada jemaah haji Sg Limau juga yang mungkin merupakan penyokong-penyokong PAS, marilah kita meneruskan jihad kita untuk melakukan perubahan dengan berhijrah jiwa raga kita untuk kalih memilih Barisan Nasional sebagai pemimpin dan ADUN baru Sg Limau. Semoga niat dan perbuatan hijrah kita diberkati Allah s.w.t. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment