HOME

Pages

Friday, 14 February 2014

Pemimpin PKR dan Pas jumpa bincang masalah petang tadi


MAKLUMAT TERBARU                                                                       

Abdul Aziz Kadir
Adaperkembangan terbaru senario politik di antara Pas dengan PKR Kelantan hari ini. Petang tadi katanya telah berlangsung pertemuan pimpinan tertinggi kedua-dua parti di Kota Bharu. Pertemuan itu katanya atas pemintaan PKR diketuai sendiri oleh Perusuhjaya Pas, Ahmad Yaakub dan Pengerusi PKR Abdul Aziz Kadir di pihak PKR.

Lain-lain pemimpin hadir dalam pertemuan itu ialah Setiauasaha Badan Perhubungan Pas, Zulkefli Mamat, Hassan Mahmod dan Bendahari Pas, Hanifa Ahmad. Manakala dipihak PKR turut hadir Timbalan Pengerusi PKR Kelantan, Amran Abdul Ghani, Adun Guchil Roslan Putih dan Prof Shahrum Ibrahim.

Pertemuan itu diperecayai adalah ekoran pertelingkahan mengenai beberapa isu termasuk kouta perlantikan PBT, Penghulu dan Penyelia Dun.

PKR kurang setuju dan kesal dengan tindakan menarik balik perlantikan Ramlan Mat sebagai Penyelia Dun Kuala Balah yang berkhidmat belum pun sampai setahun. Penarikan itu dibuat minggu lalu menyebabkan PKR Jeli telah berarak ke rumah Ahmad Yaakub untuk meminta penjelasan.

Penarikan balik itu dikira melampau kerana ia tidak menjaga maruah Ramlan. Katanya cadangan menarik balik perlantikan itu adalah atas usaha ketua Pas Jeli yang mengidam untuk bertanding di Dun Kuala Balah dalam pilihan raya akan datang. Ketua Pas Jelilah dikatakan menjadi master mind.

Pertemuan hari ini katanya tidak membincang banyak isu tetapi tertumpu kepada isu penyelia Dun Kuala Balah saja. Ahmad dikatakan menerima pandangan dan menangguhkan penarikan balik itu. Bagaimana pun keputusan sama ia akan diserahkan semula kepada PKR, bergantung sejauh mana ia telah dilaksanakan.

Sekiranya surat perlantikan penyelia baru telah disrahkan kepada pihak Pas, mungkin penarikan balik itu kekal dan ada mekanisme untuk dipertimbangkan.

Kesediaan Ahmad untuk menangguhkan perkara itu menunjukkan MB itu sedia berbincang dan menerima pandangan umum agar pendekatan lunak diambil oleh Pas terhadap PKR. Terdapat sesetengah pemimpin Pas yang merendah-rendahkan kehadiran PKR di Kelantan menyebabkan ia menyinggung hati ahli PKR. Tindakan itu juga dianggap sebagai tindakan 'buta kayu' dalam politik.

Misalnya seorang pemimpin Pas berdolak dalih untuk tidak memberi jawatan penyelia kepada PKR kerana kalau bertanding pun akan kalah juga. Sikap begini menunjukkan sikap egois pemimpin berkenaan dan jelas ianya tohor ilmu politik dan buta sifir politik.

Perbincangan hari ini juga dikatakan sedikit tegang namun masih dikira ok, dan ia akan disambung minggu depan?

Semoga amalan pertemuan dan berbincang seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menyelesaikan masalah berbangkit. Dan pimpinan tertentu PKR juga jangan mudah melemparkan masalah dalam media baru khasnya Fb kerana tindakan itu merumitkan keadaan dan boleh membekahkan pergaduhan sesama sendiri. [wm.kl.8:05 pm 11/02/14]

No comments:

Post a Comment