KOTA BHARU - Balasan buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam, akibat perlakuan jijik menunjukkan aksi lucah pada ibu sendiri, tahun lalu.
Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad ke atas tertuduh, Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, selepas dia mengaku bersalah.
Tertuduh didakwa pada tuduhan dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan ibunya itu dengan perkataan dan beraksi lucah di hadapan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang di sini, pada jam 8 malam, 20 Disember.
Dia juga dihukum penjara dua tahun selepas mengaku menyebabkan cedera ke atas ibunya yang juga seorang guru berusia 55 tahun itu dengan menggunakan batang kayu penyapu pada jam 6.30 petang, 21 Disember.
Hukuman diarah berkuat kuasa serentak daripada tarikh dia ditahan. Nik Habri dalam keputusannya turut memberi amaran kepada tertuduh bahawa dia akan dikenakan sebat jika perkara sama berulang.
“Perbuatan kamu sangat teruk. Seperti kata pendakwa, tidak tahu apa yang kamu fikirkan sampai sanggup menunjukkan perbuatan yang pelik (lucah) kepada ibu sendiri.
“Kamu wajib meminta maaf dengan ibu kamu. Walaupun dia yang mahukan hukuman penjara ini tetapi dia masih melantik peguam bagi mewakili kamu dan itu bermakna dia masih sayang kamu,” katanya.
Tertuduh diwakili peguam bela, Latifah Ariffin yang memohon hukuman penjara minimum dikenakan berikutan tertuduh sudah menunjukkan rasa insaf dan kesal terhadap kesalahan itu dengan mengaku bersalah.
Mohammed Nor Alief Abdul Maleq ditahan pada 21 Disember 2013 dan kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 24 Disember serta berada dalam tahanan sepanjang tempoh tersebut. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.
Sinar Harian sebelum ini, melaporkan seorang guru menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual oleh anak sendiri. Akibatnya, dia mengalami lebam bahagian kiri paha, lengan dan belakang badan.
HOME
▼
Pages
▼
Wednesday, 19 February 2014
Terima balasan aksi lucah depan ibu
Tarikh: February 19, 2014
No comments:
Post a Comment