HOME

Pages

Tuesday, 18 February 2014

YOU FILE DIVORCE, I WILL DESTROY YOU !


Gambar Hiasan : Kenangan
Semua pasti terkejut dengan cerita hangat seorang isteri yang sebelum ini sering digambarkan bersama keluarga bahagia dan gembira, secara tiba-tiba memohon cerai. Tapi iniah hakikatnya, setakat ini belum ada cerita yang paling tepat dengan keadaan yang sebenar menurut sumber langsung dari istana bukit segambut ini;
Apabila seorang isteri yang sudah nekad untuk memohon cerai melalui sistem mahkamah, pastinya keinginan untuk bercerai telah sampai ke tahap yang tidak boleh dibendung lagi. Tambahan pula, jika isteri tersebut mempunyai banyak risiko untuk digadaikan. Isteri ini bukan calang-calang wanita dan ibu, tetapi bakal hilang karier politiknya, malah bakal mengganggu gugat perjuangan keluarganya. Menurut khabar dan sumber rapat si isteri ini, dia telah merayu dengan baik untuk dilepaskan sebelum anak pertama mereka lagi. Tetapi ego si suami terus mahu memenjara ibu ini ke dalam belenggu yang tiada kesudahan.Malah selepas dikurniakan anak pertama dan kedua si isteri masih memohon dilepaskan. Kisah ini juga disahkan daripada kawan-kawan sekerja si suami. Benarlah, hati tidak boleh dipaksa.
Apabila si isteri di tuduh dengan pensyarah, si suami tidur, membisu tidak melakukan apa-apa tindakan untuk melindunginya. Di manakah si suami ketika isterinya memerlukan pembelaan? Mungkin kerana saiz suami yang kecil membuatkan keberaniaannya tidak cukup jantan. Bagaimana tidaknya, selepas 10 tahun berumah tangga mereka masih duduk di rumah bapa mertua. Kos hidup percuma. Tidak perlu fikirkan bil apa-apa pun. Ceritanya, semuanya di tanggung samada oleh si isteri atau pun bapa mertua. Si isteri menggunakan duit sendiri untuk menanggung semua kos membesarkan anak. Suami manapun pasti tidak akan melepaskan isteri dengan faedah sebegini. Malah, si isteri banyak ke luar negara urusan kerja, si suami dapat melancung percuma, dapat makan dengan pembesar-pembesar. Manusia mana yang mahu melepaskan nikmat percuma seperti ini?
Gambar Hiasan : Che Gu Bard dan Rakannya
Paling sedih dan menyayat hati ada sumber rapat istana bukit segambut mengatakan si suami mengugut si isteri dan berjanji akan memastikan nama isteri tercemar jika tuntutan cerai terus dibuat. Malah, si suami khabarnya akan pastikan hak penjagaan anak tidak akan diberikan kepada isteri. Pastilah si isteri takut. Si suami menggunakan kaedah ini untuk memastikan si isteri terus akur dan tetap dalam perkahwinan. Si isteri tidak sanggup lagi terperangkap dengan ugutan dan mengorak langkah, mengambil risiko kehilangan karier politik serta risiko kehilangan hak penjagaan anak. Dengar nya ayat dari si suami kepada si isteri, “You file divorce, I will destroy you.” Kejam!
Isteri jika sudah sampai ke mahkamah tuntut cerai, jika mereka yang faham agama pasti mengerti bahawa adalah haram bagi suami tidak membenarkannya. Mengapa perlu sampai ke mahkamah? Suami sepatutnya memberikan lafaz dengan cara baik, tidak perlukan media dan sensasi serta selesaikan di luar sahaja. Cukuplah malukan isteri. Si isteri harapan rakyat untuk negara, berikanlah ketenteraman peribadi kepadanya. Cukuplah seumur hidupnya berjuang untuk bapa nya. Masa kamu sudah tamat. Lepaskanlah isteri dengan cara baik. Jangan seksa mentalnya lagi.
Jika tak sanggup kehilangan semua, pasti ramai di luar boleh menjamin kehidupan kamu. Tetapi itulah, sumbernya si suami bekerja lumayan dengan gaji yang besar sebagai profesional di tengah pusat Kuala Lumpur. Apalah susahnya sangat, muka tampan, pasti ramai gadis lain yang lebih sesuai dengan si suami yang boleh dijadikan hambanya.
Sumber : Zaman Raksaksa.

Tiada ulasan:


No comments:

Post a Comment