Perasmian Perumahan kekal mampu milik untuk penduduk Kuala Krai - Foto oleh Khiru Shaleh |
KUALA KRAI (29/01/2015) - Kalangan mangsa banjir di Manek Urai Lama yang rumah mereka dihanyutkan arus banjir baru-baru ini kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Persekutuan mengotakan janji membina rumah baharu untuk mereka bermula hari ini.
Seorang penduduk, Rohani Abdul Majid, 71, bersyukur kerana kerajaan
cepat membina semula kediaman untuk mangsa bencana itu bagi membolehkan
penduduk menjalani kehidupan seperti biasa.
"Saya tak dapat nak gambarkan perasaan apabila mendapati rumah yang
didiami sejak berpuluh tahun dihanyutkan air kira-kira 50 meter sehingga
terdampar di atas rumah jiran.
"Namun saya bersyukur kerana merupakan antara mangsa terawal menerima
bantuan pembinaan rumah kekal yang dilancarkan kerajaan bulan ini," kata
Rohani ketika ditemui pemberita pada program tinjauan mesra Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai Lama di sini hari ini.
Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menanggung kos baik pulih
rumah mangsa banjir yang rosak di semua negeri terjejas banjir dengan
peruntukan antara RM5,000 hingga RM10,000 mengikut kadar kerosakan.
Najib, dalam perutusan khas berhubung perkembangan ekonomi semasa dan
kedudukan kewangan negara baru-baru ini, antara lain berkata peruntukan
tambahan RM500 juta disediakan sebagai bantuan permulaan untuk kerja
baik pulih dan program kebajikan mangsa banjir di negeri yang terlibat
banjir.
Ia sebagai tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhan RM787 juta.
Sementara itu, seorang lagi penerima Wan Nordin Wan ismail, 51, berkata
beliau melihat sendiri rumahnya yang diperbuat daripada papan,
dihanyutkan air deras banjir pada hari ketiga bencana itu berlaku.
"Saya yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai Lama yang
terletak kira-kira 50 meter dari rumah, hanya mampu melihat beberapa
rumah termasuk kediaman saya dihanyutkan air deras pada waktu petang
hari ketiga banjir melanda kawasan ini.
"Saya tak sempat nak selamatkan barangan dalam rumah kecuali membawa
dua buah motosikal, itupun kedua-dua kenderaan itu turut tenggelam dalam
air. Saya bernasib baik kerana motosikal dapat digunakan selepas
dibaiki," katanya.
Pesara guru, Mohamad Noh Hassan, 65, berkata walaupun banjir tersebut
menyebabkan beliau kehilangan tempat tinggal, namun itu tidak mematahkan
semangatnya untuk terus menetap di situ.
"Semuanya ketentuan Ilahi dan saya redha. Saya akan terus menetap di
sini kerana tapak rumah merupakan tanah pusaka daripada keluarga sebelah
isteri," katanya. - Bernama
eluasan 1,300 kaki persegi yang berharga RM48,000,
diperbuat daripada konkrit dan mempunyai tiga bilik tidur, satu ruang
tamu, satu ruang makan, satu bilik air dan sebuah tandas. -SINAR
No comments:
Post a Comment