Tuesday 29 April 2014

DIAM-DIAM PAS SUDAH KEMPEN SELURUH NEGARA LAKSANA HUDUD TANPA DAP


Sessi Brain Stroming Jawatankuasa Penerangan PAS Pusat

Dr Hatta Ramli Bentang Isu Hudud : Tidak Mengharapkan Kaum Cina Lagi

Monday 28 April 2014

Bibit Penyatuan Islam Makin Hampir


Sunday 27 April 2014

Gambar Yang Buat Anwar Ibrahim Semakin Stress Dengan Pas!!







Friday 25 April 2014

MESYUARAT SULIT PAS: TETAP LAKSANA HUDUD WALAU DIHALANG DAP, TIDAK TOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO



Dalam satu pertemuan sulit dengan Jawatankuasa Penerangan PAS seluruh negara, Pengarah Jawatankuasa Penerangan Negeri-Negeri (JPN) seluruh negara bersama S/U dan AJK JPN seluruh negara yang diadakan di sebuah resort di Negeri Sembilan minggu lalu, beberapa keputusan penting dalam pertemuan itu telah diputuskan dan dirumuskan oleh Dr. Hatta Ramli dan Dr. Dzulkifli Ahmad sebagai Pengarah Strategik PAS Pusat. 

Berkenaan dengan isu Hudud dua ketetapan telah diputuskan seperti di bawah:- 

Pertama, PAS sebenarnya tidak mengharapkan undi kaum Cina terutama bila melihatkan isu pelaksanaan Hukum Hudud yang ditentang oleh pemimpin DAP.

Kedua, PAS tetap akan laksana Hudud dan tidak tahu samada akan bergabung dengan UMNO. Walau bagaimanapun, jika UMNO sanggup terima cadangan untuk melaksanakan Hudud, PAS bersedia untuk berbincang.

Bersambung esok ... Dr. Dzulkifley turut mengumumkan peruntukan dari PAS sebanyak RM300,000 kepada setiap ADUN dan RM500,000 kepada setiap Parlimen untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perang saraf. 

Juga esok, begitu juga PAS tidak ada kepercayaan dan tiada harapan kepada PAS Sabah dan PAS Sarawak.

Pesawat 'dirampas' penumpang mabuk


Pesawat 'dirampas' penumpang mabuk
Gambar menunjukkan pesawat Virgin Australia terpaksa mendarat kerana disyaki 'dirampas' ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke Bali, Indonesia. - Foto Ihsan Instagram

SEBUAH pesawat Virgin Australia 'dirampas' ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke Bali, Indonesia.

Rampasan pesawat dilakukan oleh seorang penumpang mabuk.

Dalam insiden itu, penerbangan VA41 - Boeing 737 yang meninggalkan Australia kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan) terganggu apabila salah seorang penumpang yang mabuk memaksa untuk masuk ke dalam kokpit.

Juruterbang terbang terpaksa menghantar signal rampasan pada jam 1.05pm sementara anak kapal mengawal situasi.

Pesawat itu mendarat pada 2.43pm (waktu Bali) dan kini berada di selatan lapangan terbang Ngurah Rai Denpasar.

Polis Bali telah menahan penumpang berkenaan. - Yahoo News

APA LAGI AIRASIA MAHU, LAIN KALI JANGANLAH MAIN UGUT !


Perkembangan terminal KLIA2 menunjukkan MAHB telah mengendalikan latihan Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), yang merupakan percubaan untuk merangsang aspek kefungsian dan operasi sejak awal Februari. ORAT akan dilaksanakan lagi pada 30 April.

Semalam pula ICAO telah memberikan keputusan bahawa KLIA2 selamat digunakan. Operasi penerbangan di KLIA2 akan bermula pada 2 Mei. Beberapa syarikat penerbangan murah antarabangsa seperti Malindo Air, Cebu Pacific Air, Tiger Airways Singapore, Lion Air dan Mandala Airlines Indonesia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat itu akan memulakan operasi di klia2 menjelang 9 Mei.

Lain pula dengan cerita AirAsia. AirAsia sebagai sebuah penerbangan tambang murah perlu belajar berterimakasih dan menghormati, malahan perlu mengenang semula masa mereka mula-mula merangkak memohon lesen penerbangan, meminjam kapal terbang MAS dan diberi ehsan kemudahan oleh MAHB supaya mereka boleh untung. Hutang kepda MAHB berjuta-juta ringgit pun tidak dipungut!

Kini, selepas mendapat untung yang banyak AIRASIA sering menunjukkan ego dan keras kepalanya. Terkini tidak mahu berpindah ke KLIA2 dengan memberi beberapa alasan yang "penting diri sendiri". AIRASIA janganlah mengugut kerajaan atau MAHB untuk meminta pengecualian itulah, pengecualian inilah, tak payahlah AIRASIA pura-pura mengemis meminta pengurangan cukai itulah, meminta penghapusan cukai inilah. Jadilah syarikat yang tahu mengenang budi, bilamana diarah berpindah janganlah mengugut dan keras kepala.

Kita tahulah AIRASIA menanggung banyak kerugian yang tidak diumumkan kerana kerugian laluan antarabangsanya di beberapa negara, kita tahulah hutang AIRASIA semakin meningkat kepada MAHB, kita fahamlah AIRSIA berhutang banyak dengan bank untuk membeli pesawat baharu, bukan kita hendak membunuh AIRASIA, kita hanya minta AIRSIA janganlah bersikap degil dan tidak mahu keluar wang satu sen pun untuk pindah ke KLIA2.

Tak kanlah barang-barang logistik AIRSIA di LCCT pun nak suruh kerajaan yang bayar, tak kanlah nak free saja.

AIRASIA telah diberi peluang dibantu oleh kerajaan tetapi apabila AIRSIA tidak menepati janji untuk mengambilalih dan menguruskan MASWing untuk memberi perkhidmatan luar bandar kepada penduduk Sabah Sarawak. Apabila AIRSIA melihat tidak ada keuntungan dan kapalterbang tidak diselenggara dengan baik, AIRSIA tanpa malu mengembalikannya semula kepada kerajaan. 

Perkara kedua, Walaupun perjanjian penyatuan MAS-AIRASIA tidak dilaksanakan tetapi Tony Fernandes sudah untung besar kerana MAS terpaksa sponsor Queen Park Rangers (QPR). Tuan-Tuanlah tahulah siapa dia pemilik QPR, untung lagi dia.

Kini, apabila Perdana Menteri campurtangan, baharulah AIRASIA terketar-ketar nak pindah ke KLIA2.

Soalan terakhir, orang-orang penting AIRASIA seperti Tony Fernandes, Kamarudin Meranun dan lain-lainnya, ada kemahiran kah dalam bidang keselamatan bangunan, keselamatan landasan, keselamatan penumpang pandai-pandai nak komen KLIA2? Mereka ada sijil kursuskah?

RUMUSANNYA, Kita mestilah bersifat Nasionalis lah Patriotik lah, ada masa kita melihat diri kita atau bisnes kita, tetapi ada masa juga kita mesti lihat Negara kita Malaysia. 

Kalau kerajaan tidak bekerjasama, sudah tentu AIRSIA rugi besar macam urusan niaganya di Indonesia? Dumm.

Thursday 24 April 2014

ANWAR INGAT CITARASA OBAMA SEPERTI CITARASA AL GORE BOLEH DI-REMOTE CONTROL


Anwar Ibrahm sekali lagi gelabah ketika lawatan Presiden Amerika OBama semakin dekat. Tuduhan terkini Anwar kononnya Najib menekan Obama supaya tidak bertemu dengannya. Wah begitu berkuasa Najib boleh menekan kuasa besar. 

Anwar sebenarnya bermimpi, lawatan Obama adalah lawatan negara, bukan lawatan untuk menyokong Anwar supaya tidak dipenjarakan. Anwar ingat Obama sama seperti Al-Gore yang boleh diremote control.

Anwar seringkali terbang ke Washington atau ke pejabatnya di Illinois, Anwar Ibrahim Consultant. Tidak pernahkan melobi untuk bertemu Obama di sana? Atau Obama tidak hingin bertemu dengannya? 

Anwar menuduh Najib sudah bersetuju untuk menandatangi TPPA, sedangkan di dalam aturcara rasmi tidak ada satu pun acara menandatangani TPPA. Dalam perbincangan mereka, sudah tentulah ada perbincangan berkisar isu ekonomi, politik dan keselamatan serantau. Anwar sudah lama tiada dalam kerajaan, sungguh ketinggalan zaman view Anwar. Kasihan Anwar dia sering fikir dia tahu semua, wal hal dia sedang bermain dengan igauan silam sebagai TPM.

Kepada Anwar, kamu duduk diamlah di Istana Segambut kamu itu. Belajar ada malu. Kenapa nak terhegeh-hegeh sangat kalau orang tak mahu jumpa. Sedarlah diri, kamu bukan Perdana Menteri pun, elok kamu selesaikan isu Hudud dalam PR sebelum meletup.


Obama bukan AlGore. Obama mempunyai isteri manakala AlGore mempunyai ramai kekasih gelap. Obama bukan kaki gay, tetapi AlGore ahli kumpulan dan pengasas NGO Gay Amerika, Obama tidak ada skandal, AlGore mempunyai banyak skandal sehingga isterinya pun tercerai. Jadi, Anwar faham-fahamlah citarasa Obama tidak kepada kamu Anwar, sebaliknya AlGore memang citarasa kamu.


Wednesday 23 April 2014

Gambar Yang Membuatkan DSAI Marah Pas Kelantan!!


Tuesday 22 April 2014

Welcome Pengurus Baru Manchester United!!


Anwar Tarik Diri


Monday 21 April 2014

ANWAR MOHON MAAF KEPADA NAJIB, APA SUDAH JADI?


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini yang Ketua Umumnya Anwar Ibrahim, menyatakan rasa kesal dan menarik balik tuduhan parti itu sebelum ini yang mendakwa FELDA yang berada di bawah pentadbiran DS Najib pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang perniagaan dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
“PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. PKR juga mengakui dan menerima bahawa Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.
“Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk ‘Dua Ribu Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat’ pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.
“PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu,” kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun kepada UMNO-Online hari ini.
Mohd Hafarizam, peguam yang mewakili FELDA berkata penghakiman persetujuan telah dicapai di antara FELDA dan pihak PKR yang diwakili Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution, yang bersetuju dengan terma-termanya, membawa kepada pengakuan kesal PKR, mengakui dan menerima bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.
“Dengan adanya penghakiman persetujuan hari ini maka ia jelas membuktikan bahawa segala tuduhan terhadap Felda berhubung penjualan minyak kepada Israel hanyalah semata-mata fitnah yang dilakukan pembangkang dan akhbar-akhbar milik pembangkang,” tegasnya.
Namun begitu, Mohd Hafarizam menambah saman malu FELDA terhadap enam lagi defendan iaitu Mazlan Aliman, Datuk Mustapha Ali, Ahmad Lutfi Osman, Taufik Yahya, Mohamad Arif Atan, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, yang mana keenam-enam defendan ini merupakan ahli Pas dan juga pemegang jawatan di dalam parti Pas, penerbit kepada akhbar Harakah,ketua pengarang dan juga pencetak akan tetap diteruskan.
“Dan hakim hari ini juga telah menetapkan tarikh 30 April ini sebagai hari keputusan berhubung saman malu FELDA terhadap keenam-enam defendan tersebut.
“Bagimanapun setakat ini PAS dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa FELDA tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut,” katanya.
Pada Disember 2012, Berita Harian melaporkan Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK), Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan diberi tempoh 14 hari untuk menarik balik kenyataan fitnah terhadap FELDA, yang dituduh menjual minyak sawit kepada Israel.
Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Samad, berkata notis tuntutan berkenaan sudah dihantar kepada pihak terbabit menerusi peguam Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Beliau berkata, tindakan sama juga diambil terhadap PKR yang bertanggungjawab menerbitkan Suara Keadilan.
“Tuduhan fitnah ini menjatuhkan imej FELDA sebagai konglomerat antarabangsa. Jika mereka gagal berbuat demikian, FELDA akan mengarahkan peguam meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang diberikan ini,” katanya.
Isa merujuk kepada laporan muka depan akhbar Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang bertajuk ‘Najib Mesra Israel’ dan muka depan akhbar Harakah milik PAS, bertajuk ‘Minyak Sawit Jual Ke Israel’ diterbitkan pada 26 hingga 29 November 2012.
Sementara itu, pada 20 Mac lalu, Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar.
Selain ganti rugi, Mohamad dan Mustafa juga diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad.
Wan Ahmad sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Mohamad dan Mustafa kerana merujuk beliau sebagai dalang konspirasi memberikan kad pengenalan untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Sabah.
Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 5 Mac, Wan Ahmad telah menamakan Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, ketua editornya Ahmad Lutfi Othman dan penulis yang Aziz Muda sebagai defendan.
Tajuk : (Anwar( merujuk kepada (PKR) diketuainya. (Najib) merujuk kepada (FELDA) yang dibawah pentadbirannya.

PICTURE OF THE MONTH




Firman Allahu Subhanawataala :
وَلا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
"Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya.

"Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik." {Surah At-Taubah Ayat ke-84}
Berdasarkan hadis Anas bin Malik, katanya: Satu jenazah melintasi Rasulullah SAW, lalu baginda berdiri. Diberitahu padanya: “Itu jenazah Yahudi”.

Baginda bersabda: “Sesungguhnya kita hanya berdiri untuk malaikat”. Direkod oleh Nasai (no: 1929).
 
Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya: Nabi SAW ditanya: “Apabila jenazah kafir melalui kita, adakah kita berdiri?” Jawab baginda: “Ya, berdirilah.

Sesungguhnya kamu bukan berdiri untuk jenazah itu, tetapi berdiri kerana membesarkan yang mencabut roh-roh”. Direkod oleh Ahmad (no: 6573), dinilai sahih oleh Hakim (no: 1320), dan Ibn Hibban (no: 3053).

Sunday 20 April 2014

Mazlan Aliman Menipu Lagi?!!

RAKYAT DI KOTA BHARU BOLEH TUNTUT SEMULA BAYARAN LETAK KERETA YANG SEBENARNYA PERCUMA !


TIDAK DINYATAKANKAN DALAM MANA UNDANG-UNDANG KECIL!
PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI TEMPAT LAIN DIKELANTAN DIDAPATI TIDAK MENGUTI LEVI TEMPAT LETAK KERETA !

Kepada seluruh penduduk Kelantan di Kota Bharu, apakah ini khabar berita baik kepada anda? Apakah selama ini sepatutnya anda tidak perlu membayar apa-apa levi letak kereta kerana tidak termaktub pung di dalam Undang-Undang Kecil di dalam Undang-Undang Negeri Kelantan? Kepada orang Kota Bharu, Kelantan, Silakan menuntut hak anda ! 

Dua menteri besar bakal ditukar?


  • Dua menteri besar bakal ditukar?
1 / 1
SHAH ALAM - Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat menerusi ruangan pojoknya, Bisik-Bisik Awang Selamat mendakwa pentadbiran Umno-Barisan (BN) yang ditadbir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal membuat pertukaran dua menteri besar tidak lama lagi.

Bagaimanapun Awang Selamat dalam kolumnya itu, tidak menamakan menteri besar mana dan dari negeri mana yang dimaksudkan.

"Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai.

"Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus," tulis Awang Selamat sepertimana yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Awang Selamat turut menyatakan sokongan terhadap usaha berkenaan kerana baginya, perubahan tersebut mampu menyuntik kesegaran dalam pentadbiran negeri.

"Awang berpendapat memang perlu ada peralihan bagi menyuntik kesegaran dalam tampuk pentadbiran negeri tertentu.

"Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu," katanya.

Untuk rekod, Umno-BN kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan menteri besar dari parti tersebut  iaitu dari Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Benz Ali Merapu Lagi!


Saturday 19 April 2014

SATU KELUARGA 10 BERANAK DARI KG , BACHOK DIHALAU KERANA TERIMA BR1M !!!



BACHOK – Satu keluarga 10 beranak di Kampung Changgung, di sini terpaksa pasrah kepada takdir apabila diusir dari rumah milik saudara sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Esah Ya , 50, mendakwa, dia bersama suami, Che Mohd. Nor Che Mamat, 53, dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yang juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.

Akibatnya, mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kampung Nipah, dekat sini.

“Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halau. Tapi hubungan kami dengan tuan rumah memang renggang sejak suami saya menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini."

“Selepas itu segala-galanya berubah. Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil,” dakwa Esah ketika ditemui di sini, kelmarin.

Esah memberitahu, rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yang kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kepada ibu saudaranya yang berusia 68 tahun.

Katanya, sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) berjumlah RM500 pada Isnin lepas, sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.

“Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain,” dakwanya.

Sehubungan itu, Esah amat berharap untuk mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi membina rumah sendiri di atas tanah mereka yang berdekatan.

Friday 18 April 2014

PAS ANWARINAS DI KELANTAN GELAR KARPAL PEJUANG ISLAM



Mungkin ini adalah kesan tarbiyah DAP kepada PAS hingga soal agama dipermain-mainkan. Hukum hakam agama tidak diendahkan demi mengikut telunjuk si kapir musyrik harbi.

Firman Allah swt dalam surah At Taubah ayat 17 bermaksud:

"Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran dari mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka".



Thursday 17 April 2014

Gempar Gambar Yang Tidak Akan Dikeluarkan Pembangkang!!




Gambar keluarga mangsa ferry karam di korea Selatan yg di tempatkan dalam dewan .Saya pasti penyokong pembangkang di Malaysia tidak berminat untuk share gambar ini kerana takut orang membandingkan dengan layanan yg di berikan oleh MAS kepada kelaurga mangsa MH370
Perdana Menteri Korea ( bercermin mata ) kena baling dengan botol air waktu melawat keluarga mangsa ferry karam

Karpal Singh Dengan Karam Singh pon bertukar!!


Hudud Semakin Mudah?!



Semoga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya. Alhamdulllah dengan kesatuan aqidah UMNO-PAS dan ketiadaan Karpal saya percaya laluan makin dipermudahkan!


Adakah kematian Karpal satu hikmah bagi membolehkan UMNO-PAS bekerjasama untuk laksanakan hudud? Moga dimakbulkan!


Jahil tahap maksimum pembangkang bacakan Al-Fatihah untuk Karpal? Ini satu penghinaan kepada mendiang Karpal yang menganut kepercayaan Sikhism dan tidak menerima Islam!


Pembangkang patut belajar menghormati mendiang Karpal dengan tidak terus mempolitikkan kematan beliau! Berilah penghormatan menurut agama dan kepercayaan mendiang Karpal

Wednesday 16 April 2014

ANWAR SEMAKIN ZALIM TIDAK ADA HATI PERUT



5 April lalu, majalah Southern Weekly memaparkan dakwaan kononnya, jika menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mampu menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS MH370 dalam tempoh satu saat.

Sebaik terbaca kenyataan dipetik oleh media utama dan alternatif, sesaat kemudian tercetus soalan di benak fikiran.

Satu lagi kelentong Anwar?

Begini huraiannya.

38 penumpang MH370, rakyat Malaysia. Andai benar Anwar mampu menyelesaikan misteri kehilangan MH370 dalam masa sesaat, bukankah kini waktu terbaik untuk dia membantu penumpang dan keluarga mereka? Jika tidak berhati perut sekalipun terhadap penumpang lain, tidakkah Anwar ingin meredakan kedukaan ditempuh oleh keluarga pak cik menantunya, Kapten Zaharie Ahmad Shah?

Klik di sini.

Anwar tatkala ditemu bual oleh CNN mengakui mengenali Zaharie dan mengesahkan kapten MH370 itu antara penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat.

Zalim Anwar membiarkan anak Zaharie, Aishah, 27 tahun, menanti huraian misteri berhubung pesawat dipandu oleh ayahnya, setakat ini enggan didedahkan oleh Ketua Pembangkang itu.

Tatkala diwawancara oleh majalah terbitan China itu, Anwar mengeluarkan kenyataan bersyarat. Dia kononnya akan mendedahkan misteri kehilangan MH370 SEKIRANYA bergelar Perdana Menteri.

Anwar tahu, impian itu hanya satu mimpi. Malang, kelukaan Aishah tidak akan terubat.

Bak bermimpi di siang hari, Anwar secara berterusan dijangka akan bercakap secara semberono biarpun dibidas oleh pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Klik di sini.

Hemat saya, selain Aishah, semua ahli keluarga penumpang MH370 wajar menuntut Anwar mendedahkan misteri kehilangan pesawat itu.

Penghulu Pas Amik BR1M 2 kali?!!


Ini Bukti Pas Berjaya Tarbiah Dap!!


Tuesday 15 April 2014

Punca sebenar lelaki lapor polis laungan azan masjid terlalu kuat


Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.



Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.





Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:

Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah