Saturday 25 April 2015

EDISI #PRKPERMATANGPAUH : ANTARA 2 NENEK, MAKCIK MAIMUN LEBIH MULIA DARI WAN AZIZAH

http://mymassa.blogspot.com/2015/04/edisi-prkpermatangpauh-antara-2-nenek.html?m=1

EDISI #PRKPERMATANGPAUH : ANTARA 2 NENEK, MAKCIK MAIMUN LEBIH MULIA DARI WAN AZIZAH

Ingatkah lagi anda kepada Makcik Maimun atau lebih dikenali dengan Tok Mun?

MyMassa tiba-tiba teringat kepada Tok Mun apabila seorang lagi nenek bertanding Pilihan Raya, Wan Azizah. Beza antara Tok Mun dan Wan Azizah, Tok Mun bertanding kerana kerana ingin bersuara DEMI RAKYAT manakala Wan Azizah bertanding demi suara SUAMINYA, Anwar Ibrahim.

Poster lama Tok Mun dan poster lama Wan Azizah di Kajang untuk ingatkan kita Wan Azizah adalah ADUN Kajang.

MyMassa pelik lagi hairan, mengapakah NENEK seperti Wan Azizah mahu memegang dua jawatan wakil rakyat? Tidak cukupkah jawatan ADUN Kajang yang dipegangnya sehingga dia begitu tamak untuk memegang jawatan AHLI PARLIMEN pula?

Jika dilihat, masalah utama DUN Kajang iaitu banjir kilat masih belum selesai. Saban hari, penduduk Kajang mendambakan wakil rakyat barunya, Wan Azizah untuk berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah rakyat malangnya Wan Azizah lebih pentingkan diri dan keluarganya.

Perjuangan dan modal politiknya hanya berkisar kepada kisah SUAMI dan KELUARGANYA. Malam tadi ketika diumumkan sebagai calon, tiada cerita lain yang diucapkan kecuali kisah Anwar dalam penjara.

Barangkali Wan Azizah lupa bahawa Anwar bukanlah sosok yang boleh dijual lagi. Cukup-cukuplah jaja kisah basi Anwar Ibrahim. Cubalah belajar dari Tok Mun yang ikhlas berkempen seorang diri demi memperjuangkan rakyat yang ingin diwakilinya.

Kepada pengundi Permatang Pauh, kali ini cubalah 'pinjamkan' kerusi Parlimen kepada calon UMNO-Barisan Nasional. Jika anda mendengar Wan Azizah buka cerita pasal Anwar, ingatlah bahawa nenek tua ini mungkin terlupa bahawa yang ingin diwakili dalam Parlimen adalah penduduk Permatang Pauh dan bukannya suara Anwar Ibrahim!

*Elok UMNO pasal lagu ni masa berkempen. SUDAH CUKUP SUDAH......

Friday 10 April 2015

RINGKASAN SOAL JAWAB KHAS BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

#PMjawab Kerajaan sudah lakukan terlalu banyak untuk rakyat. Banyak komitmen kerajaan laksanakan: PM

#PMjawab Antara projek manfaat kepada rakyat; bekalan air dan elektrik, lebuhraya, latihan keusahawanan, bantuan kepada SME: PM

#PMjawab Banjir di Kelantan, kita akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan bagi membantu rakyat di sana: PM

#PMjawab Walaupun Tun M mengkritik, itu pandangan peribadi beliau. Saya masih yakin kita boleh menang pada PRU akan datang: PM

#PMjawab Kerajaan perkenalkan POTA demi menjaga negara dari pengganas. Kita adakan elemen pencegahan bagi menyekat sesuatu keganasan berlaku

#PMjawab PM mahu Ketua Audit Negara sahkan jika ada wang 1MDB digunakan untuk membuat filem oleh anggota keluarganya seperti yang didakwa

#PMjawab Kes Altantuya 2008 & saya sudah bersumpah bahawa saya tidak mengenali Altantuya serta tidak terlibat langsung. Tiada bukti langsung

#PMjawab Tiada salah simpan wang di Cayman Island kerana ada hutang di luar. Wang itu akan dibawa balik: PM

Akta Hasutan Bukan Dimansuhkan Tetapi Di Tambah Baik Mengikut Keadaan Semasa. Kali Terakhir Akta Ini Disemak Pada Tahun 1948.

Saya Hormat Tun,Saya Tak Bagi Tun Datang Rumah,Saya Datang Rumah Tun.Dalam Pertemuan Tidak Pernah Tun Bangkitkan Soal Altantuya. Tun Minta Dua Perkara Batalkan BR1M dan laksana Jambatan Bengkok.- Najib Razak

#PMjawab Sekarang adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan GST: PM

#PMjawab PM tegaskan beliau perlu membuat keputusan berdasarkan tanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan parti UMNO

#PMjawab Meskipun harga minyak jatuh, ekonomi negara tetap utuh dan berjaya menarik pelabur serta transformasi negara: PM

#PMjawab Jika ada kekurangan dalam pentadbiran saya, saya akan buat penambahbaikan dengan sokongan parti & rakyat: PM

Saya Sudah Arahkan Siasatan Rapi Keatas 1MDB, Termasuk Audit Luar Dan Dalam Serta PAC,Jika Benar Ada Salah Guna ,Saya Tidak Akan Pertahankan Sesiapa Sahaja. Ahli Lembaga Pengarah Dan CEO 1MDB Sudah Membuat Pertemuan Dengan Tun Mahathir Untuk Menjelaskan Segala Dakwaan Tun.