Thursday, 30 January 2014

Sultan Melaka Setuju Anwar MB Melaka


Terkini Seorang Lagi Aktivis Pas Kelantan Dipecat!!


Hot! PKR The Untold Story

Kemelut dalaman ni dah lama, sejak ada perempuan persis rosmah di bawah ketiak MB tan sri khalid. Beliau bernama Faekah Husin. Bertugas sbg SU Politik MB. Kemudian dilantik sbg pengarah di pelbagai agensi kerajaan.
Faekah juga cukup kamceng dgn presiden wan azizah. Konflik bermula apabila Faekah atas nasihat Azizah, dilantik mjadi Setpol pada MB. Anggota parti baik pkr dap dan pas yg ingin mencari rejeki di selangor kebanyakan dihalang faekah. Segala tender dan pengerusi GLC masih dimonopoli oleh kroni UMNO.
Azmin paling lantang dlm mengkritik sikap fuck-e-kah (haha) dan juga sikap lepas tangan MB. Akhirnya Azmin dituduh gilakan jawatan MB.
Anwar mengambil keputusan utk menjadi penasihat ekonomi selangor dengan harapan dapat meredakan suasana tp Anwar tidak mampu menolak permintaan Azizah yg mohon supaya tidak menganggu faekah.
Konflik bertambah slps pru 13, azizah menghantar nama khalid sbg mb trus pada sultan tanpa merujuk azmin selaku pengerusi keadilan selangor. Anwar pujuk azmin jgn melenting. Maka anwar meletakkan saifudin nasution (SU Agung Pkr) sebagai Chief of Staff di bangunan SUK Selangor dan rafizi di tingkat bangunan suk utk pantau segala tender dan kewangan selangor.
Apapun tindakan anwar dapat dihidu faekah. Walaupun MB setuju dgn anwar ttg saifudin dan rafizi, faekah spt tidak merestui. Maka setelah 3 bulan, rafizi dan saifudin tidak dpt akses ke pejabat kerana takde tmpt khas bg kedua2nya. Ofis tidak disediakan. Akhirnya mereka tergantung tanpa tali.
Klimaksnya 
1) apabila isu Projek Langat 2 (takungan air) yg ditentang hebat oleh PR, diterima bulat2 oleh MB. Projek itu dibawah kerajaan pusat. Rumors, faekah dapat kamsen (wallahualam). 
2) Perbadanan Kemajuan Selangor (PKNS) 
Sblm PRU 13, Azmin sbg one of the board director. Beliau cc kereta rasmi dan segala hak milik pkns atas alasan kerajaan skrg adalah caretaker memandangkan dun telah dibubarkan. Slps pru, kontrak azmin tidak disambung semula. Azmin mohon penjelasan. Alasan yg diterima adalah kerana azmin telah memulangkan segala hak milik ???
)
Maka tuduh menuduh berlaku antara pkns dan pjbt mb. Mb kata pengurus besar pkns yg memecat tanpa pengetahuan MB. SU PKNS keluar kenyataan menafikan. Mesy. Exco Selangor yg menhantar surat supaya memecat azmin. Mana mungkin Pengurus Besar memecat Board Director? 
Maka tembelang dah pecah. Surat tu atas arahan pejabat faekah.
Anwar got furious with this issue. Akhirnya tiada jalan lain utk menyelamatkan keadaan. Political Calamity is near. Jika anwar tidak mengambil langkah drastik maka selangor akan ditimpa musibah sptmana berlaku di kedah dan terengganu akibat konflik dalaman tak berkesudahan. Hanya dapat perintah 1 penggal.
Anwar jumpa beberapa org adun utk beri laluan. Hanya Yb CC Lee shj yg menyatakan kesanggupan melepaskan jawatan adun. CC Lee juga merupakan bendahari AMK Msia. Nik Nazmi juga diminta melepaskan jawatan sblm anwar jmpa cc lee. Atas alasan nik nazmi adalah timbalan speaker dan jawatan itu masih kekal walaupun resign sbg adun. Makna nya tak rugi la nik nazmi klu buat mcm tu. Tp oleh kerana nik nazmi org kuat MB, ada kata Azizah pun backing nik nazmi. Maka cc lee yg sanggup berkorban.

Terkini Gambar Gerombolan Bangla Menuju Kajang


Wednesday, 29 January 2014

Mat Sabu Mohon Pas Sokong Dsai Dun Kajang

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa ahli parti Islam itu supaya merapatkan barisan dan memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang nanti.

Mohamad yang juga mesra dengan nama Mat Sabu membuat gesaan itu ketika ada suara-suara dalam PAS yang mempertikaikan kewajaran ADUN Kajang daripada Parti Keadilan Rakyat, Lee Chin Cheh letak jawatan dengan alasan "demi kepentingan politik".

Beliau menegaskan Pemuda PAS tidak akan memulaukan kempen pilihan raya kecil Kajang biarpun Pemuda PAS Selangor mengancam akan berbuat demikian.

"Itu pandangan peribadi mereka," katanya kepada wartawan dalam satu sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR pada Rabu.

Mat Sabu menambah pandangan peribadi ahli PAS tidak mencerminkan pendirian rasmi parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi adalah antara pemimpin kanan PAS yang lantang membidas PKR dan menyifatkan tindakan mengkhianati pengundi sebagai satu perbuatan haram.

"Saja-saja letak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main-main saja!" tulis Nasruddin di laman Facebooknya pada Selasa.

Kata beliau, pilihan raya kecil bukan medan untuk menguji kekuatan atau populariti, jauh sekali medan untuk menyingkirkan rakan seperjuangan — merujuk kepada krisis dalaman PKR Selangor.

Chin Cheh mengosongkan kerusinya melalui sepucuk surat yang diserahkan kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin dengan alasan bagi membolehkan parti memilih orang lain untuk berkhidmat dengan lebih baik.

Tindakannya mengejutkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dan mendapat kecaman banyak pihak termasuk badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan anggota PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan spekulasi berhubung kekosongan kerusi DUN Kajang dan kedudukan Menteri Besar Selangor.

Beliau memberitahu Harakah Daily bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sehingga kini tidak pernah membincangkan isu berhubung kedudukan jawatan itu sebaliknya hanya isu kekosongan DUN Kajang.

"Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya.

"Oleh kerana DUN Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," katanya.

Tambah beliau, siapa pun yang dinamakan oleh PKR, calon itu akan disokong oleh Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga pengerusi Pakatan Rakyat Selangor pada Selasa mengumumkan Anwar sebagai calon bagi kerusi DUN Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 5 Februari ini bagi menentukan kedudukan kerusi itu dan seterusnya menetapkan tarikh penamaan calon dan pilihan raya.

Surat Terbuka Untuk PM


Untungla Kajang Dapat Pemimpin Dunia!!