Wednesday, 2 April 2014
KENAPA ANWAR DAN SEKUTU AMERIKANYA MINAT SANGAT DENGAN CHINA?
13:39
No comments
Sejak dari tahun 2009,
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sekutunya, bekas
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore dilihat ‘sangat berminat’
terhadap negara China.
Catatan Anwar di laman peribadinya, anwaribrahimblog pada 14 Mac 2009 menunjukkan
Ketua Pembangkang itu sudah berbincang subjek negara China sebagai
salah satu topik perbincangan dengan Al Gore di London.
Perbincangan lebih serius tentang negara China disusuli pada September 2009.
“Arakian, dalam perjalanan 13 jam ke New York dari Dubai, saya harus membaca sebanyak mungkin terutama mengenai China kerana subjek ini menjadi tema diskusi dengan mantan Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore dan beberapa teman nanti. Nasib baik kami diberi penganjur tiket kelas pertama, waduh selesa sekali!
“Dengan membekalkan bahan rujukan terpilih, saya terus menelaah rencana ilmiah yang rencam, di antaranya:
China’s Strategic Ambition in Asia (Aaron Friedberg);
Reframing China Policy – The Carnegie Debates (karya berasingan oleh Dan Blumenthal, Wing Thye Woo dan Barry Naughton);
China: Country Report (Economist Intelligence Unit) dll. rencana pendek,” tulis Anwar di lamannya, dalam tajuk,”Terbang, Buku dan Filem.”

Tiga hari selepas Anwar
dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati
bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari
Azlan, pada 10 Mac, Al Gore menghantar perutusan mengecam sistem perundangan Malaysia.
Kecaman Al Gore itu
mengesahkan mereka sangat rapat hinggakan apa yang berlaku terhadap
Anwar di Malaysia, Al Gore yang berada di AS akan segera bertindak
balas.
Persoalannya, kenapakah Anwar dan Al Gore ‘sangat berminat’ terhadap negara China ?
Laman ini pernah bertanyakan Profesor Dr Chandra Muzaffar berkaitan persoalan tersebut :
Kenapa
pemuka-pemuka Zionis seperti Paul Wolfowitz, Madeline Albright, William
Cohen memilih Anwar sebagai proksi mereka di Malaysia ?
Saya berpendapat, dalam
soal peralihan kuasa global yang sedang berlaku sekarang, baik dari
Barat ke Timur, dan mungkin ada negara-negara lain, termasuk negara
China akan bakal pengganti Hegemony AS.
Ini adalah satu trend yang berlaku sekarang ini.
Sudah tentu, AS tidak mahu melepaskan gengamannya menguasai dunia. Mereka mahu terus kekal menjadi pegawal dunia.
Dan untuk mencapai objektif itu, mereka memerlukan individu-individu yang boleh membantunya dalam proses tersebut.
Dalam konteks Asia Tenggara, mereka perlukan pemimpin-pemimpin yang boleh membantu AS memantau ataupuncheck control secara tidak langsung terhadap kemunculan China yang bakal menjadi pesaing mereka.
Mereka perlukan individu-individu seperti itu yang boleh memainkan peranan tersebut.
Kalau kita tengok pada
polisi Dr. Mahathir, dan sebelum itu, Tun Razak, mereka benar-benar
memahami peranan negara China dalam konteks global.
Tun Razak membuka jalan
kepada China, dalam hubungannya dengan Asia Tenggara pada tahun 1974.
Dr. Mahathir pula mempertingkatkan hubungan dengan China.
Polisi itu menguntungkan negara kita dalam beberapa hal termasuk kelapa sawit dan sebagainya.
Dr. Mahathir memahami realiti ini dan beliau tidak mahu Selat Melaka itu dikawal oleh kuasa-kuasa asing.
Selat Melaka adalah hak tiga negara yang dianggap littoral states, negara-negara yang berhampiran dengan selat ini adalah Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Singapura memang memihak
kepada AS. Tetapi Malaysia, polisi kerajaan negara ini tegas dari dulu
sampai sekarang bahawa Selat Melaka adalah hak kita.
Saya berpendapat, isu Selat Melaka adalah penting kerana ia di antara perairan yang paling penting di dunia.
Sudah tentu mereka, di
AS mahu seorang pemimpin yang memihak kepada kepentingan mereka
terutamanya dalam soal politik Selat Melaka, politik rantau ini, dan
masa depan rantau ini dalam konteks perhubungan dengan negara China.
Itulah sebabnya, mereka mahukan individu seperti Anwar untuk memain peranan tersebut.
Dulu pun kita sudah
tahu, mereka tidak senang dengan Dr. Mahathir kerana beliau tegas dalam
soal kedaulatan Malaysia terutamanya dalam konteks Selat Melaka.
Itu adalah hak kita, kedaulatan kita.
Jadi, kalau ada pemimpin yang boleh berkompromi ataupun permainannya yang orang lain tidak nampak…
Alternatif kepada Tun Dr. Mahathir ?
Ya..ya.. Kalau kita
tengok Perdana Menteri kita sekarang ini, Datuk Seri Najib, dalam soal
hubungan dengan negara China begitu tegas.
Hubungan negara kita dengan negara China baik kerana beliau mewarisi polisi bapanya, Tun Razak.
Dalam Dialog Shangri-La
di Singapura, Datuk Najib ditanya tentang hubungannya dengan China.
Beliau kata, beliau tidak menganggap China sebagai ancaman. Beliau
anggap negara China adalah sebagai satu peluang dari segi perdagangan.
Kalau kita lihat dari
segi sejarah, China memiliki tentera laut yang paling hebat sebelum
sejarah zaman moden, terutamanya dalam Dinasti Ming.
Laksamana Laut China
pada masa itu, Laksamana Cheng Ho belayar dan menjalinkan hubungan
dengan negara-negara lain. Memang luar biasa kebijaksanaan Cheng Ho.
Diakui oleh sarjana-sarjana. Tapi adakah dia cuba menguasai dan
menakluki wilayah orang lain ? Tak pernah.
Tak pernah?
Tak pernah. Sampai
sekarang kalau kita kaji rekod China, mereka tidak menakluk wilayah
orang lain walaupun mereka begitu kuat pada waktu itu. Mereka tidak
menakluk negara-negara Asia Tenggara termasuk Melaka.
Kalau kita kaji rekod sejarah hubungannya dengan Kepulauan Melayu, pada keseluruhannya baik.
Dan rekod-rekod itu,
yang saya selalu khabarkan kepada kawan-kawan, kalau kita benar-benar
kaji rekod-rekod China itu, kita akan dapati bahawa merekalah yang
mula-mula mengakui tentang kewujudan Kesultanan Melayu.
Merekalah yang mula-mula merekodkan tentang sejarah kawasan ini, bila wujudnya istilah Melayu dan sebagainya.
Jadi, dari segi itu,
saya fikir, penting untuk kita menjaga hubungan ini dan saya bimbang
jika ada orang lain yang mempunyai rancangan-rancangannya tersendiri.
Maksudnya ?
Ya, yang akhirnya
berkompromi kedaulatan, kemerdekaan kita… kerana kita sudah tahu dalam
isu-isu tertentu pun, apa pendiriannya yang sebenarnya.
Selanjutnya, sila baca wawancara bertajuk “Dr Chandra : Apa Agenda Anwar Tentang Politik Selat Melaka ?,” bertarikh 30 Jun 2011.
AIDC
: Prof pernah menyebut tentang ‘kuasa sebenar’ yang memerlukan Anwar
sebagai proksi mereka di Malaysia. Boleh prof. hurai lanjut.
Dr Chandra : Kuasa sebenar ataupun istilahnya dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘deep state’
perlukan Anwar kerana matlamat utama mereka adalah untuk menguasai
dunia. Ini juga matlamat Zionis yang memang berhubung kait dengan ‘kuasa
sebenar’.
Penguasaan dunia dalam
konteks Asia Tenggara dan Asia keseluruhannya. Bermakna, mereka
memerlukan beberapa sekutu dalam konteks pertembungan kepentingan dengan
China.
Mereka memerlukan
beberapa sekutu. Bukan sekadar kawan tetapi sekutu yang mereka boleh
percaya, yang dianggap sebagai sebahagian daripada strategi mereka.
Itulah sebabnya mereka memerlukan seorang seperti Anwar kerana mereka mempercayainya.
Kita tahu, Anwar pernah dilantik sebagai ketua yayasan yang dinamakan Foundation for the Future pada tahun 2005.
Yayasan ini bertujuan
mengembangkan kononnya demokrasi di Asia Barat, tetapi mereka pilih
seorang daripada Asia Tenggara untuk memimpin yayasan itu, jadi amat
jelas, matlamat mereka itu.
Jika mereka tidak percayakan Anwar, mereka tidak akan pilih seorang daripada Asia Tenggara untuk memenuhi agenda mereka itu.
Foundation for the Future adalah
badan yang ditubuh oleh individu tertentu di AS yang dihubung kait
dengan Dick Cheney dan anaknya Liz Cheney dan mereka pula melantik Anwar
Ibrahim dari Malaysia sebagai ketua.
Nampak perkaitan itu.
Sebab itulah saya menganggap, Anwar sebagai individu yang mereka
percayai, yang diperlukan oleh ‘kuasa sebenar’, sebagai sekutu mereka
dalam konteks politik Asia.
Mengikut kaca mata mereka, Anwar amat penting dalam konteks politik Asia dengan China.
Penting dalam politik Asia dengan China ?
Ya. Diperlukan dalam
soal politik Asia dengan China. Dalam soal itu, mungkin ‘kuasa sebenar’
kurang yakin dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Mungkin kerana hubungan
baik Najib dengan China. Hubungan sudah bermula dari legasi bapanya, Tun
Razak dan diteruskan lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir memperkukuhkan hubungan dua hala tersebut sebagai sesuatu yang dianggap unsur kekal dalam hubungan luar negara.
Kalau kita renung
kembali, apa yang berlaku dalam sejarah hubungan Melaka-China, faktor
hubungan baik inilah yang membolehkan Melaka berkembang sebagai empayar.
Sejarah mencatatkan yang menjadi seteru Melaka adalah kerajaan Siam, sebelum itu, Majapahit.
Namun, apabila Melaka
bergantung dengan China, negara besar itu pula melindungi Melaka. China
ketika itu, menganggap Melaka sebagai sahabat akrab mereka dan dengan
keakraban itulah yang membantu Melaka wujud sebagai satu pusat
perdagangan dan politik yang penting di Asia Tenggara.
Jadi, kalau kita rujuk sejarah, kita akan tahu bahawa hubungan Malaysia dengan China sangat penting.
Namun, dalam dunia moden hari ini, dalam konteks ‘kuasa sebenar’ AS, mereka menganggap China itu sebagai sasaran mereka..
Kenapa mereka sasarkan China ?
China sedang berkembang. Sedang muncul sebagai satu kuasa besar.
Dari segi ekonomi, China adalah penggerak ekonomi dunia pada masa ini. AS sendiri bergantung dengan China dari segi perdagangan.
Seluruh dunia tahu perkara ini bahawa China yang memegang, apa yang disebutkan sebagai treasury bill iaitu
sebuah negara yang memegang sebahagian besar daripada perhutangan AS.
Itulah sebabnya China amat penting dalam ekonomi dunia dan AS.
Dalam masa sama, mereka,
yakni ‘kuasa sebenar’ juga bimbang dengan kemunculan China. Walaupun
China tidak boleh mengatasi AS dari aspek ketenteraan, namun mereka tahu
dari segi kuasa ekonomi dan diplomasi, kedudukan China sedang
meningkat.
Mereka tidak mahu sebuah
negara lain menjadi kuat, yang mampu menyainginya, yang mempunyai
jumlah penduduknya yang begitu besar dan moden dari beberapa segi.
Mereka tidak mahu negara yang sedemikian rupa akan mencabar kedudukannya.
Maksudnya di Asia, China bakal beri persaingan kepada AS ?
Ya, dalam soal ekonomi
adalah China. Selain China, satu lagi negara adalah Korea dan mungkin
akan muncul pada masa depan, Vietnam.
Ini semua boleh dianggap
sebagai pendekatan-pendekatan politik strategik yang diaturkan oleh
‘kuasa sebenar’ kerana matlamat mereka mahu terus menguasai dunia.
Bagi mereka, mereka mahu terus menguasai.
SIASATAN MENDAPATI PENUMPANG MH370 "BERSIH" DARIPADA EMPAT ELEMEN
13:37
No comments
Kuala Lumpur, 2 April - Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi, tetapi masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata siasatan terhadap 227 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 itu mendapati mereka "bebas" daripada empat elemen itu.
"Mereka didapati bersih daripada empat (elemen) itu. Ia (adalah) menurut prosedur (siasatan) kami sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemantapan kualiti pasukan polis di sini hari ini.
Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan berdasarkan empat elemen itu terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
Khalid berkata setakat ini polis telah merekodkan kenyataan daripada lebih 170 individu berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu dan menurutnya polis akan merekodkan lebih banyak kenyataan.
Khalid berkata polis tidak akan mendedahkan sebarang maklumat hasil siasatan insiden itu kerana ia akan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
"Maafkan saya, terdapat perkara yang kami tidak boleh dedahkan kepada anda; bukan saya tidak mahu dedahkannya kepada anda tetapi kami tidak boleh berbuat demikian. Kerana ia adalah penyiasatan jenayah, sedang berjalan; kami belum memuktamadkan segalanya dan kami masih menunggu laporan daripada pakar di luar negara dan dalam negara.”
"Anda perlu faham. Saya fikir kami amat konsisten (tentang siasatan). Siapa tahu, mungkin akan ada pendakwaan kemudiannya. Jadi, ini akan menjejaskan kes pendakwa raya sekiranya kami mula mendedahkan hasil penyiasatan kami," katanya.
- BERNAMA
Pas Kelantan boleh laksana hudud
09:29
No comments
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
2 April 2014
SEMALAM penulis berkesempatan pulang ke kampung
halaman di Kelantan dan singgah di sebuah kedai kopi pinggiran bandar
Kota Bharu. Terdengar perbualan hebat meja bersebelahan mengenai
perlaksanaan hudud di Kelantan.
Seorang daripada mereka dengan nada gembira menyuarakan rasa syukur membaca laporan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menegaskan di Parlimen Khamis lalu bahawa kerajaan yang diterajui parti Barisan Nasional tidak pernah menolak hudud sebagai hukum ALLAH, bahkan menurut Jamil Khir, Kerajan Pusat bersedia menyokong sekiranya ada negeri-negeri yang sudah bersedia untuk melaksanakan hudud.
Sebenarnya pendirian kerajaan mengenai hudud sebagaimana yang dipertegaskan Jamil Khir ini adalah rentetan soalan yang ditanya Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa dan disokong Ahli Parlimen Barisan Nasional Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican dalam perbahasan itu.
Kenyataan itu menjelaskan pendirian kerajaan mengenai hukum hudud, bahkan mampu merungkai persepsi terhadap Umno dan kerajaan yang selama ini dituduh menolak hukum hudud, malah tidak kurang juga pihak yang sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum kafir dan murtad kepada kepimpinan Umno.
Jangan pula kita menafikan atau buat-buat lupa mengenai fakta yang menunjukkan bagaimana wakil-wakil rakyat Barisan Nasional selaku pembangkang di Kelantan turut menyatakan sokongan apabila Enakmen Jenayah Syariah Kelantan mula-mula dibentangkan di Dewan Undangan Negeri pada 1993.
Namun selepas itu enakmen hanya tinggal enakmen tanpa ada usaha serius untuk digazetkan bagi tujuan perlaksanaan. Aktivis Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd Zawawi Awang dilaporkan Utusan Malaysia pada 16 November 2013 turut mendakwa, Sultan Kelantan telah berkenan menandatangani Kanun Jenayah Syariah II selepas Dun luluskan pada 1993, namun tidak dilaksanakan sehingga sekarang.
Itu pun hanya selepas 23 tahun dipersoalkan rakyat, kerajaan Pas sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai mengenai perlaksanaan hudud di Kelantan.
Ironinya Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan sendiri pernah menyuarakan bahawa Kelantan hakikatnya sudah bersedia sepenuhnya melaksana hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan Pas Kelantan menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat.
Kenyataan ini dibuat Ketua Hakim Syarie negeri Datuk Daud Mohamad ketika menjadi ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud pada Oktober 2012 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.
Beliau malahan turut menegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.
Tegas beliau juga kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya lantang bercakap mengenainya pada waktu-waktu tertentu kerana ia boleh menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan Pas dalam melaksanakan hudud.
Sering kali juga Pas menuding jari kepada Umno yang didakwanya menghalang perlaksanaan tersebut.
Namun dengan perkembangan mutakhir sebagaimana pendirian kerajaan yang ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Khamis lalu, rakyat tentunya ternanti-nanti apakah Pas bersedia membawa usul di Parlimen bagi meneruskan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II yang didakwa mendapat sekatan Kerajaan Persekutuan.
Lebih menarik untuk kita juga ingin melihat reaksi teman-teman pakatan pembangkang, terutamanya DAP dan PKR mengenai isu ini. Apakah Karpal Singh sudah berjaya didakwahkan Pas untuk kembali meyakini kepentingan perlaksanaan hukum Islam di bumi Malaysia yang merupakan Negara Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.
Walau apa pun pendirian DAP dan PKR dalam isu hudud ini, sebagai parti yang memperjuangkan hudud, pemimpin Pas kini sudah boleh sujud syukur dengan jaminan Kerajaan Pusat yang dulunya didakwa sebagai halangan utama perlaksanaan hudud di Kelantan.
Mungkin kerajaan Pas Kelantan boleh jadi model negeri pertama melaksanakan hudud di Malaysia. Sudah tentu dengan kepakaran yang ada pada barisan ulama Pas, hudud mampu dijalankan dengan jayanya apatah lagi selepas lebih 20 tahun Enakmen Syariah (Hudud) diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Sebenarnya Pas juga boleh mendapatkan kepakaran pakar perlembagaan Dr Aziz Bari yang kini merupakan pimpinan PKR yang pernah menyuarakan bahawa tiada keperluan untuk Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.
Justeru tiada lagi kekangan dan halangan besar untuk Pas mulakan langkah melaksanakan hudud kerana bukan sahaja Kerajaan Pusat bersedia mendukung, malah Perlembagaan Persekutuan juga tidak perlu dipinda.
Apa yang penting hudud seharusnya tidak lagi menjadi bahan momokan politik murahan. Sebaliknya suatu iltizam untuk benar-benar melaksanakannya oleh setiap pemimpin politik beragama Islam tanpa mengira parti. Mudah-mudahan Pas dapat menyegerakan perlaksanaan hudud di Kelantan dan menjadi model kepada yang lain.
* Penulis adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Tuesday, 1 April 2014
Pelaksanaan Projek Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai Bukti Janji Ditepa
16:39
No comments
Pembinaan lebuh raya itu, katanya adalah antara tujuh janji diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat Kelantan dalam lawatannya ke negeri itu pada 20 Jan tahun lepas.
“Ini bukti jelas apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam lawatan ke Kelantan sebelum pilihan raya (umum ke-13) dulu kita laksanakan, walaupun ia dibuat secara berperingkat-peringkat, pastinya kita tidak akan buat setakat itu sahaja, kita akan buat hingga selesai lebuh raya ini,” katanya di sini.
Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai bagi pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok di sini, hari ini.
Projek lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 km dengan anggaran kos RM1.8 bilion. Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini, sepanjang tujuh kilometer melibatkan kos RM168.5 juta, merupakan fasa pertama daripada tiga fasa pembinaan.
Pembinaan pakej 1B dijangka disiapkan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada April 2017.
Muhyiddin berkata walaupun mengambil masa untuk menyiapkan sepenuhnya lebuh raya itu, kerajaan persekutuan akan tetap menyiapkannya kerana ia sudah lama diidam-idamkan oleh rakyat Kelantan.
“Projek seperti ini sudah lama diidam-idamkan oleh orang Kelantan sebab itu Perdana Menteri buat komitmen dan kita laksanakan,” katanya sambil menambah bahawa lebuh raya itu bebas bayaran tol (percuma).
Ditanya mengenai cadangan kerajaan Pas Kelantan yang juga mahu membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, Muhyiddin berkata kerajaan negeri menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk pembinaan lebuh raya itu, yang jajarannya disediakan oleh kerajaan pusat, bagaimanapun setakat ini tidak ada perbincangan mengenai cadangan itu.
“Saya diberitahu ada fasa pembangunan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, kita harap mereka boleh laksanakan tetapi bahagian di bawah kerajaan pusat telah kita laksanakan, terserah kepada kebijaksanaan kerajaan negeri untuk laksanakan,” katanya.
Beliau berkata pelaksanaan projek pembinaan lebuh raya itu sehingga siap melibatkan tempoh masa Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan persekutuan tidak menghalang kerajaan negeri untuk melaksanakan projek infrastruktur di negeri itu malah beliau menyokong usaha itu demi faedah rakyat.
Mengenai pelaksanaan enam lagi projek pembangunan yang diumumkan perdana menteri sebelum ini, beliau berkata pelaksanaannya adalah mengikut keperluan dan keutamaan dan perdana menteri akan membuat keputusan mengenai perkara itu.
Enam projek itu adalah pembinaan stadium baharu, masjid terbesar, perumahan rakyat, sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus Bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek bagi menyelesaikan masalah air.
Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Muhyiddin yang sedang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kelantan, berkata dalam RMK-10 kerajaan persekutuan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk membiayai 116 projek pembangunan di Kelantan dan sebanyak 77 daripada jumlah projek itu telah siap sepenuhnya.
“Baki 39 projek kini dalam pelbagai peringkat seperti reka bentuk, perolehan dan juga dalam pembinaan,” katanya.
Katanya 50 daripada 116 projek pembangunan itu melibatkan projek jalan dan jambatan.
“Tanggungjawab kerajaan persekutuan ini tidak hanya terbatas kepada pembinaan atau menaik taraf jalan sahaja, malah bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM26 juta setahun bagi menyenggara 1,261.22km jalan persekutuan sedia ada di Kelantan,” kata Muhyiddin.
Beliau berkata projek seumpama itu merupakan contoh bukti kerajaan persekutuan sentiasa peka terhadap kehendak rakyat dalam usahanya untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat di seluruh negara.
Katanya pembinaan lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai itu, merupakan sebahagian daripada projek Central Spine Road (CSR) di bawah pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), apabila siap akan membuka satu lembaran baharu dari segi rangkaian hubungan, aksesibiliti dan mobiliti di Kelantan.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Taklimat MH370: PR dakwa menteri 'lari'
15:16
No comments
Taklimat MH370: PR dakwa menteri 'lari'
-
Azmin Ali
Menurut Azmin, perkara ini jelas terbukti apabila pada asalnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berjanji untuk mengadakan pertemuan antara Hishammuddin dan Ahli Parlimen PR bagi membincangkan perkara tersebut malam ini, namun sebaliknya berlaku.
"Semalam Shahidan berjanji untuk mengadakan pertemuan bersama Ahli Parlimen PR malam ini.
"Namun pagi ini kami dapat maklumat bahawa Hishammuddin telah ke Hawaii untuk menghadiri satu mesyuarat dengan Markas Pasifik Amerika Syarikat berkenaan isu MH370.
"Ini bermakna Hishammuddin seolah-olah cuba 'melarikan diri' untuk mengadakan pertemuan dangan pimpinan PR," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada taklimat tersebut akan tetap berlangsung atau tidak seperti yang dijadualkan.
Dalam perkembangan sama, Azmin turut menjelaskan banyak percanggahan maklumat yang berlaku antara kenyataan Shahidan dan Hishammuddin dalam isu MH370 ini termasuklah untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan diRaja (RCI) bagi menyiasat secara menyeluruh tragedi MH370.
"Shahidan kata akan ditubuh RCI selepas kotak hitam ditemui, tetapi keesokkannya Hishammuddin menjelaskan pula RCI tidak akan ditubuhkan sekiranya kotak hitam ditemui.
"Jadi di situ kita lihat banyak percanggahan maklumat berlaku.
"Oleh itu, bagi kami pemimpin BN perlu memberi kenyataan yang selari dan bertanggungkawab untuk mengembalikan keyakinan rakyat," katanya.
Hishammuddin mulai bermesyuarat di Hawaii hari ini hingga 3 April.
Mesyuarat akan dikendalikan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel.
DEWAN RAKYAT MESTI SEGERA ISYTIHAR PARLIMEN PERMATANG PAUH & BUKIT GELUGOR KOSONG KATA KARPAL SINGH
09:15
No comments
Ahli parlimen DAP Bukit
Gelugur, Karpal Singh, 74, mendakwa beliau dan Ahli Parlimen Permatang
Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 67, telah hilang kelayakan sebagai ahli
parlimen di Dewan Rakyat atas kesalahan yang berbeza di mahkamah.
Karpal dilaporkan FMT berkata berdasarkan perkara 53 Perlembagaan Persekutuan, beliau dan Anwar telah hilang kelayakan untuk berada di Dewan Rakyat.
“Memandangkan sabitan dan hukuman saya dan Anwar, Dewan Rakyat perlu bertindak di bawah Perkara 53 (1) Perlembagaan Persekutuan.
“Ini bermakna kedua-dua
kami tidak boleh berdiri (sebagai ahli parlimen) hilang kelayakan
sehingga mahkamah memutuskan rayuan kami,”katanya.
Karpal Singh pada 11 Mac lalu,dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu.
Anwar Ibrahim pada 7 Mac lalu,dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Menurut Perlembagaan
Persekutuan, seseorang Ahli Parlimen itu boleh hilang kelayakannya jika
didenda lebih dari RM2,000 atau dihukum penjara lebih dari setahun.
Berdasarkan peruntukan
undang-undang itu, Karpal mahu Dewan memberikan kata putus mengenai
kedudukan mereka sebagai ahli Parlimen.
Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said dilaporkan bnbbc.my membenarkan
Karpal untuk terus berada di dalam Dewan kerana Speaker, Tan Sri
Pandikar Amin Mulia belum mengeluarkan sebarang arahan.
Malah menurut Ismail, kelayakan mereka juga masih kekal selagi mahkamah peringkat tertinggi belum membuat keputusan.
“Jelas di sini Karpal
menyedari sebagai ahli parlimen tugasnya adalah pembuat dasar
undang-undang namun dalam masa yang sama sebagai peguam, beliau perlu
akur dan patuh kepada keputusan badan kehakiman.
“Berbanding dengan Anwar
yang langgar semua perundangan malah cuba berlagak menjadi hakim
apabila cubaannya untuk menggugurkan ayat di dalam alasan penghakiman
gagal baru-baru ini.
“Inilah yang membezakan mentaliti dua identiti tersohor dalam dunia pembangkang,”ulas portal itu.
Pada 29 Mac lalu, Karpal Singh meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dikenakan terhadapnya selesai.
Timbalan pengerusi parti itu Tan Kok Wai, yang juga Ahli Parlimen Cheras, akan menjadi pemangku pengerusi.
Dalam satu kenyataan
yang dikeluarkan Karpal berkata, beliau tidak dapat memegang jawatan
Pengerusi Kebangsaan DAP, sehingga sabitan itu diketepikan atau
dikurangkan denda di bawah RM2, 000.
“Dalam keadaan ini, saya
secara terbuka mengumumkan bahawa saya, sementara menunggu rayuan saya
kepada Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telah
difailkan, saya mengundurkan diri sebagai pengerusi DAP.
“Sementara itu, timbalan pengerusi, Tan Kok Wai, akan bertindak pengerusi,” katanya.
Sementara itu, Anwar pada 29 Mac disahkan bertanding jawatan Presiden PKR berlawan dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pengesahan pencalonan Anwar dan Azizah diumumkan Pengerusi Jawatan Pemilihan, Datuk Johari Abdul.
Wan Azizah menang tanpa bertanding jawatan itu sejak penubuhan PKR pada 1999.
Subscribe to:
Posts (Atom)