Sunday, 15 March 2015

Kantoi !! Gambar Najib Tido Di AirPort?!!


Saturday, 14 March 2015

Husam Musa Cabar Haji Hadi

Selepas PAS kawasan Kota Baru menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden PAS yang baru, PAS kawasan Kota Tinggi pula hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan tersebut.

Pencalonan Husam disahkan seorang pemimpin negeri Johor ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Sah," katanya ketika ditanya sama ada benar Husam dicalonkan untuk jawatan itu dalam mesyuarat agung kawasan itu hari ini.

 
Sementara itu, satu lagi kawasan, Parit Sulong, juga tidak menamakan penyandang presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyerahkan pencalonan kepada jawatankuasa yang dipilih untuk membuat keputusan.

Jawatankuasa PAS kawasan Parit Sulong yang akan bersidang awal minggu depan itu juga dijangka akan mencalonkan pemimpin selain dari Hadi sebagai calon presiden.

Perkembangan terbaru ini menjadikan Hadi tidak mendapat pencalonan dari 3 kawasan pertama yang mengadakan mesyuarat agung ketika PAS dilanda perpecahan yang terbesar selepas 1982 apabila bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda diketepikan oleh parti Islam itu.

"Mesyuarat memberikan amanah kepada jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan selepas dibahaskan dan diundi oleh perwakilan," kata Khairudin Abdul Rahim, yang dipertua PAS Parit Sulong kepada The Malaysian Insider.

Beliau tidak dapat mengesahkan siapa yang akan dicalonkan kerana ia akan diputuskan mesyuarat jawatankuasa minggu depan.

"Rasanya kita akan calonkan tokoh yang lain, namun kita mahukan tokoh yang akan bertanding, bukan menarik diri selepas dicalonkan," kata Khairudin membayangkan kecenderungan menamakan calon selain Hadi.

Pada Selasa, Tuan Ibrahim menolak pencalonan PAS Kota Baru mengatakan beliau tidak layak menggantikan tempat Hadi.

Menyifatkan pencalonan itu satu kejutan, beliau berkata, "Seperti yang saya katakan kepada para wartawan yang bertanyakan hal ini hari ini, 'Kalau Husam berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan'."

Menurut Khairudin, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan PAS Kota Tinggi selepas ini.

"Mungkin kita akan membuat sidang media bersama bagi memaklumkan keputusan," kata Khairudin kepada The Malaysian Insider.

Sehingga kini, PAS Kota Tinggi tidak boleh dihubungi untuk mengesahkan pencalonan itu namun berita mengenainya sudah disebarkan melalui beberapa kumpulan perbincangan di media sosial Whatsapp dan Facebook.

Sementara itu, Khairudin mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Parit Sulong selepas menang dengan majoriti besar mengalahkan pencabarnya.

Turut menang ialah timbalan dan naib yang dipertua kawasan yang menang tanpa bertanding.

Hampir kesemua AJK yang terpilih juga merupakan pasukan yang menyokong Khairudin.

Parit Sulong dan Kota Tinggi ialah kawasan yang kedua dan ketiga mengadakan mesyuarat agung selepas Kota Bharu dalam siri mesyuarat agung PAS peringkat kawasan menjelang muktamar yang akan diadakan di Kuala Selangor Jun nanti. – 14 Mac, 2015.

Terkini Selatan Thailand Di Bom Lagi


PATTANI - Dalam siri letupan bom di selatan Thailand,  enam orang cedera apabila sebutir bom meletup kira-kira 500 meter dari balai polis Saiburi di sini, pagi tadi.
    
Ketua Polis Daerah Saiburi, Pol. Kol. Panya Karawanan berkata, dalam kejadian 6.30 pagi itu di pekan Taluban, ia mencederakan empat anggota polis dan dua orang sami Buddha.
    
Beliau berkata, bom tersebut merupakan buatan sendiri seberat 5 kilogram yang dipasang dalam kotak besi yang disembunyi dalam tong sampah dan diaktifkan menerusi alat walkie-talkie.
    
Pihak keselamatan telah memberi amaran supaya orang ramai berhati-hati ekoran semalam merupakan ulang tahun ke-55 penubuhan Barisan Revolusi Nasional, antara kumpulan pemisah di selatan Thailand.
    
Puak pemisah itu dikatakan mahu bertindak balas di atas penangkapan anggota mereka dan telah merampas beberapa butir bom awal bulan ini.
    
Dalam kejadian minggu lepas, sembilan orang termasuk tiga anggota renjer dilapor cedera apablia sebutir bom yang dipasang pada motosikal meletup di hadapan stesen keretapi Daerah Rusak, Narathiwat. - Bernama

Gempar!! Pas Mula Dijual!!


Friday, 13 March 2015

Kes Dr M: Rayuan pendakwa tidak kompeten


Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini diberitahu hari ini bahawa rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang dituduh menyebabkan kecederaan dengan menyembur bahan berbahaya terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006, adalah tidak kompeten.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Nik Sapeia, memberitahu panel tiga anggota mahkamah itu, beliau memaklumkan kepada pihak pendakwaan dan mahkamah lewat semalam bahawa beliau membantah rayuan itu.

Katanya mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan kerana rayuan tersebut tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Seksyen 50 (2) Akta Mahkamah-mahkamah Perundangan 1964 (CJA).
    
Muhammad Shafee berkata, oleh kerana perkara itu timbul daripada Mahkamah Majistret, maka pihak pendakwaan perlu memohon kebenaran Mahkamah Rayuan untuk mengemukakan rayuan dan mereka memperoleh kebenaran itu.
    
Bagaimanapun, kata beliau, persoalan undang-undang yang dikemukakan pihak pendakwaan untuk diputuskan mahkamah itu, tidak memenuhi syarat yang ditetapkan Seksyen 50 (2) CJA kerana persoalan itu melibatkan undang-undang dan fakta kes.
   
Muhammad Shafee berkata, Seksyen 50 (2) menyebut bahawa rayuan itu perlu hanya terhad pada persoalan undang-undang yang timbul semasa rayuan.
    
Timbalan pendakwa raya Lailawati Ali berkata beliau hanya menerima notis berkenaan pagi ini dan memerlukan masa untuk menjawab hujah Muhammad Shafee.
    
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Mohtaruddin Baki, yang bersidang bersama Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam, menetapkan 18 Mac sebagai tarikh untuk Lailawati menjawab hujah itu.
    
Pada 29 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kota Bharu membenarkan Nik Sapeia membuat rayuan dan membebaskannya daripada tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menyembur bahan berbahaya terhadap Dr Mahathir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kelantan, pada kira-kira pukul 11 pagi 28 Julai 2006.
    
Mahkamah itu mengubah keputusan Mahkamah Majistret pada 14 Januari 2010 dan mendapati Nik Sapeia, 61, bersalah kerana melakukan kesalahan berkenaan dan menjatuhi hukuman penjara enam bulan terhadapnya. - Bernama

Blog Tun M Sudah Pulih!!


chedet.cc pulih, artikel 'kontroversi' masih ada
Blog chedet.cc

BLOG chedet.cc yang tidak boleh diakses petang tadi sudah boleh dikunjungi malam ini.

Tinjauan Sinar Online ke blog tersebut sebentar tadi mendapati ia sudah boleh diakses dan artikel 'kontroversi' yang dikatakan menjadi 'punca' blog itu digantung masih dipaparkan.

Terdahulu memetik laporan sebuah portal, pengendali blog chedet.cc, Sufi Yusof berkata, blog berkenaan tidak boleh diakses siang tadi kerana sedang dalam proses pemulihan semula.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang melakukan ‘pembersihan yang diperlukan pada sistem komputer pelayan’.

“Kami mengesan aktiviti trafik yang luar biasa pada blog ini dan kini sedang melakukan apa yang patut untuk membetulkannya. Sejurus segalanya selesai, kami berharap blog ini akan kembali sedia dikunjungi seperti sediia kala,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sufi bagaimanapun berkata, pihaknya tidak merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara tersebut.

“Kami akan menguruskan hal ini sendiri terlebih dahulu,” ujarnya.

SKMM dilaporkan berkata, pihaknya tiada sebarang kaitan dengan blog yang disekat itu.

"Setakat yang diketahui, kita tidak mempunyai apa-apa kaitan dengannya. Saya cadangkan supaya anda periksa dengan pemilik blog tentang mengapa laman web itu tidak boleh diakses," ujar Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman.

Blog Dr Mahathir itu tidak dapat diakses kira-kira jam 2.30 petang tadi selepas memuatnaik artikel berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Posting terbaru itu lantang mempertikaikan tentang hutang berbillion ringgit yang dibelanjakan oleh 1MDB.

"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja.

"Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta ringgit," tulis Dr Mahathir.

Blog Tun M Disekat Kerana Trafik Tinggi


Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 7:46 PM

  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Blog milik Tun Dr Mahathir Mohamad, chedet.cc, digantung oleh pentadbir disebabkan oleh jumlah trafik yang tinggi.

Pembantu kepada bekas Perdana Menteri, Sufi Yusof berkata langkah itu terpaksa diambil kerana 'laman web itu telah mengalami masalah kerana trafik yang tinggi'.

"Blog ini tidak disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Oleh kerana trafik yang berat, kami terpaksa menggantungnya.

"Pihak pentadbir sedang melakukan kerja-kerja pemulihan," katanya kepada The Star Online.

Laman web ini tidak boleh diakses selepas pukul 4 petang Jumaat dengan mesej "Akaun Telah Digantung."

SKMM menjelaskan pihaknya tiada kaitan dengan laman web tersebut yang disekat.