Thursday 25 September 2014

#Pengkalan Kubor. Terkini Pas Kalah Lagii

Pengarah Jentera Operasi Pilihanraya PAS, Dato' Abdul Rahim menyifatkan peratusan turun mengundi yang rendah adalah kurang daripada jangkaan.
"Kita mensasarkan 75 peratus pengundi akan turun menunaikan tanggunjawab mereka, namun setakat ini masih belum mencapai kepada angka tersebut," katanya ketika dihubungi oleh wartawan Te@m IT sebentar tadi.
Beliau menyifatkan keadaan ini berlaku lantaran pengundi luar yang kebanyakannya daripada saluran dua dan tiga tidak dapat balik berikutan tarikh yang kurang sesuai.
Mengikut beliau, tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada hari cuti manakala tarikh pengundian pada hari bekerja adalah terbalik, dan memberi kesulitan kepada para pengundi luar untuk pulang mengundi.
Pengundi luar baru sahaja kembali daripada cuti persekolahan dan kemudian akan menghadapi cuti Raya Haji seminggu akan datang, dan ini menjadi faktor utama kepada penurunan peratusan ini.
"Bilangan pengundi luar yang pulang adalah merosot, dan perkara ini menjadi faktor utama kepada penurunan peratusan mengundi hari ini."
Mengikut beliau, pengundi luar yang berjumlah kira-kira 2000 orang lebih ini adalah faktor utama untuk PAS menang.
"Kemenangan bergantung kepada pengundi luar yang kebanyakannya adalah golongan muda."
Beliau menambah, kesan daripada tindakan SPR yang menetapkan tarikh mengundi pada hari berkerja menyusahkan pengundi luar. Namun begitu, Dato Rahim tidak menolak Pengkalan Kubor masih ada potensi untuk PAS, jika tidak untuk PRK kali ini, untuk PRU akan datang.
"Kita ada 3 tahun lagi untuk melakukan penyelarasan. Pengkalan Kubor masih ada potensi untuk PAS menang," kata beliau optimis.

0 comments:

Post a Comment