MPKB KUTIP DUIT CUKAI BABI DAN ARAK.
Di
dalam bandar Kota Bharu ada banyak premis-premis orang bukan Islam yang
menjalankan kegiatan jual beli arak dan salah satu tempat penyembelihan
babi yang terletak di lorong penjaja dekat stesen bas dan teksi pusat
bandar. Maafkan ambo, ambo inI orang yang kurang arif dan ingin sangat
tahu sangat berkenaan dengan perjalanan aliran pitis dan Standard Operation Procedure
kaedah kutipan cukai, tapak premis dan sebagainya oleh pihak berkenaan
samada MPKB atau pengutip cukai kerajaan PAS yang di lantik?
Ambo
orang Islam sewajibnya mengambil tahu secara sehalus-halusnya berkenaan
hal hasil kutipan hasil babi dan arak ini kerana kerajaan PAS yang
memerintah Kelantan selama 21 tahun ini semestinya sudah mempunyai
kaedah Islam yang canggih dalam mengatasi percampuran antara hasil yang
halal dan yang haram.
Jadi,
permasalahan kutipan cukai ini bukannya masalah di Kelantan sahaja
bahkan di seluruh Malaysia dan sebahagian besar negara Islam seluruh
dunia. Tetapi apa yang paling utama di sini adalah ambo nak tanya
pemimpin PAS dan kerajaan negeri Kelantan yang mendabik dada lebih
Islamik dari orang lain dan yang lainnya adalah jahil untuk menjawab
persoalan ini sehalus-halusnya berpandukan syarak yang sebenar-benarnya.
Di
dalam akaun manakah cukai signboard arak ini di letakkan ? Apakah
masuk bersama-sama dalam akaun signboard biasa? kalau tak silap RM60
setahun. Bagi ahli bijak pandai ugama dan ulama sebetul-bertulnya(bukan
ulama politik) sila rungkaikan kemusykilan semua ummat Islam di bumi
Kelantan ini.
Berkenaan
dengan hasil duit kutipan tapak pasar dan premis menjual babi , penjual
sayuran dan ikan di sekitar lorong penjaja stesen bas Kota Bharu ,
apakah pengutip hasil cukai menggunakan satu beg ataupun 2 beg
berasingan bagi mengasingkan pitis halal dan pitis yang haram.
Sebagai orang Islam yang masih
jauh lagi dari mencapai kecemerlangan Islam , ambo ingin benar jika
pihak berkenaan dapat menjawab persoalan yang ambo tanya ini. Daripada
penjelasan pihak berkenaan dapatlah pihak ambo dan seluruh ummat Islam
di Kelantan merasa amat bersyukur kerana tiada lagi was-was antara
halal dan haram pitis kerajaan yang menyara bumi Kelantan dengan slogan
Membangun Berssama Islam benar-benar praktikal ataupun hanya sebagai
retorik penyedap angin sahaja.
Read more: http://amboorangkampung.blogspot.com/#ixzz1qHiFDQss
0 comments:
Post a Comment