Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sejak Pas memerintah Kelantan tiada kemajuan yang dilakukan oleh mereka malah kehidupan rakyat jauh berbeza jika dibandingkan dengan negeri yang berada di bawah kepimpinan Barisan Nasional.
“Jika kita mahu pembangunan, pemerintahan kerajaan (Kelantan) mesej yang jelas harus diberikan oleh pengundi kerana pembangunan yang ada di Gua Musang datang dari kerajaan pusat bukannya kerajaan Pas.
“Jika kita mahu pembangunan, pemerintahan kerajaan (Kelantan) mesej yang jelas harus diberikan oleh pengundi kerana pembangunan yang ada di Gua Musang datang dari kerajaan pusat bukannya kerajaan Pas.“Kalau mahu keadaan lebih baik, TUKAR kerajaan (PAS) yang ada, lebih dari itu kita boleh bagi, taraf kehidupan rakyat pun akan bertambah baik,” katanya ketika bertemu dengan penduduk kaum Cina di Kampung Baru,Gua Musang.
Menurutnya, pembangkang seperti biasa akan membuat pelbagai tohmahan termasuk mengatakan projek sebagai projek beli pilihan raya.
Beliau menasihat kepada penduduk supaya menjaga hak milik tanah mereka kerana harga hartanah di Gua Musang akan meningkat kerana selepas ini lebih banyak pembangunan yang akan dibuat oleh kerajaan BN kerana tidak mahu Gua Musang terus ketinggalan.
“Saya akan terus berada di Gua Musang dan terus akan berada di sini. Saya akan bantu majukan Gua Musang. Apa saya cakap saya akan buat. Kilang juga akan dibina untuk orang muda dan orang muda tidak perlu keluar untuk cari kerja,” katanya.
Berhubung masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baru Gua Musang, Tengku Razaleigh berkata perkara itu sukar untuk diatasi kerana pentadbiranya adalah Majlis Daerah Gua Musang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
0 comments:
Post a Comment