Tuesday, 27 March 2012

LIVE (1)!! NIK AZIZ DESAK PAKLAH DAN NAJIB MOHON MAAF PADA PAS DAN RAKYAT KELANTAN!!!

LIVE (1)!! NIK AZIZ DESAK PAKLAH DAN NAJIB MOHON MAAF PADA PAS DAN RAKYAT KELANTAN!!!

Setelah 22 tahun Barisan Nasional(BN) memerintah Kelantan , hari ini Nik Aziz membuat desakan kepada PM Najib dan bekas PM Pak Lah kepada Parti PAS dan rakyat Kelantan kerana memungkiri janji dan kecek pelawok untuk membina jambatan merentangi Sungai Kelantan dari Penambang . KLIK SINI untuk bukti sohih dan tidak pelawok. Bayangkan adik kakok 17 tahun , yang ada batu asasnya sahaja.


Maka dengan itu, demi rakyat Kelantan yang mahukan pembangunan dan kemudahan yang lebih baik dalam mengatasi kesesakan lalulintas dengan penambahan volume kereta di bumi Kelantan ini , PAS dengan bangganya membina jambatan kedua setelah kasihan melihat rakyat Kelantan di pelawokkan.. Ish,,, apa nak jadi ni..  

Maka dengan itu PAS mengistiharkan untuk membuat jambatan kedua bersebelahan jambatan Sultan Ismail yang sedia ada.  Setelah 7 tahun dan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan maka 75%  jambatan ini sudah siap di bina yang tinggal cuma fasa terakhir yakni fasa pemasangan mega bin di atas tiang di dalam sungai.
0.0 meter- Permulaan jambatan dari Wakaf Siku

200 meter-  Depan Tekun Nasional.

300 meter - Simpang 4 KB Mall

500 meter- Depan Kuil Hindu.

Pandangan dari food court KB Mall



Pandangan dari Tune Hotel.

700 meter. Simpang empat inilah punca titik kesesakan lalulintas. Sabarlah. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.

900 meter. Pandangan reverse. Kejuruteraan yang unggul bukannya gertak unjang kayu. 

900 meter. Pandangan reverse. Kejuruteraan yang unggul bukannya gertak unjang kayu.

Syabas dan tahniah pada PAS. Wahhhh!!!!! Hebatnya. bangganya rakyat Kelantan walau terpaksa menunggu bertahun-tahun masa dan selalunya jem di perjalanan datang dan pulang dari kerja.

Selain itu, Nik Aziz juga berpesan kepada UMNO dan Barisan Nasional Kelantan terutamanya Dun Pasir Pekan agar baik tak payah mengundilah..... serahkanlah kerusi Dun Pasir Pekan bulat-bulat kerana tok padan romo. Tengok kepada bendera BN dan Umno pun koyak rabak..

Hahahahahahahahahahaha...........

Sampai ini sajalah LIVE 1 hari ini... Nantikan pula episod Nik Aziz meronda-ronda chekline jambatan ini kukuh atau tidak pada esok hari. Insyaallah.

Pesanan : Nak ambik gambar - ambiklah!!!!... demo masuk tengok blog ambo pun mujur. Alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment