Tuesday, 25 November 2014

#PAU2014 TPM : Buat Atau Mati

DO or be dead - jangan letakkan kepentingan diri melebihi kepentingan parti.

if change does not happen, we have to engineer the change

saya ingin mencadangkan Pindaan Perlembagaan UMNO diadakan tahun hadapan dengan memperuntukkan pindaan yang sesuai untuk membolehkan barisan pelapis muda menyumbang eranan dan khidmat bakti yang lebih besar kepada UMNO.

#PAU 2014 :TPM -Berubahlah UMNO

Saya petik kata-kata Presiden. “berubah dari sikap-sikap mazmumah kepada sikap-sikap mahmudah. berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah kepada daripada krang berkhidmat kepada suka berkhidmat. 

berubahlah, jika tidak, kita rebah


zaman untuk dipuja dan dipuji dalam kelompok sendiri sudah berlalu. inilah adalah zaman untuk kita bersama-sama masyarakat, merasai keresahan mereka, berusaha mencari penyelesaian kepada permasalahan yang mereka alami

#PAU 2014 Intipati Ucapan TPM: Mana Taring UMNO

Di mana taring Pemuda? Di mana ketegasan Wanita? Di mana kelantangan Puteri?


bagi saya, kita perlu membuktikan bahawa UMNO bukannya sebuah parti yang lesu. UMNO bukannya parti yang mempunyai budaya pak turut, budaya nyanyi, budaya puji, budaya lambung, budaya ampu sana ampu sini.

dalam proses untuk melengkapkan perubahan dan peremajaan UMNO, untuk menjadikan UMNO sebagai parti harapan orang muda, parti idaman, parti masa depan, saya mencadangkan 7 langkah pembaharuan yang perlu kita laksanakan segera:
   
pertama, UMNO perlu melahirkan pemimpin muda yang berwibawa dan menjadi peneraju pemikiran (opinion leader) di dalam masyarakat. garap idealisme orang muda. galakkan budaya berfikir dan bersuara dalam UMNO. pemimpin muda yang ada idealisme, ada wibawa dan berani bersuara perlu diketengahkan untuk menjuarai isu-isu rakyat, menjadi jurucakap partimm bukan diketepikan oleh parti

#PAU2014 INTIPATI UCAPAN TPM: Perkukuh NGO Islam

Sebab itulah saudara-saudari sekalian, sebagai pendokong perjuangan suci ini, kita sebagai pejuang UMNO bermanhaj wasatiyyah harus tegas menentang gejala ekstremisme dan militanisme yang ketika ini begitu cepat mempengaruhi anak-anak muda yang mahukan jalan pintas ke syurga.

kita perlu menangani trend sekularisasi dalam agama ini dengan keteguhan akidah dan ketajaman minda, bukannya diselebungi oleh ketegaran emosi.

di samping itu, institusi-institusi Islam perlu diperkasa, penguatkuasaan undang—undang Islam perlu dipertegas dan kerjasama UMNO dengan NGO-NGO Islam perlu diperkukuh.
 










#PAU 2014 INTIPATI UCAPAN TPM: Model Ekonomi Nasional


Mengenai isu perumahan, ada ahli UMNO di akar umbi yang mengatakan pada saya, rumah-rumah yang dibina dengan harga RM400,000 sebenarnya bukan rumah mampu milik, tetapi rumah mampu tengok sahaja.


rumah-rumah yang dibina dengan harga yang terlalu mahal, terutamanya di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, sudah tentulah tidak mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana

saudara saudari, kita sebenarnya amat memerlukan satu model ekonomi yang benar-benar dapat memastikan pertumbuhan disertai dengan pengagihan yang saksama.

#PAU 2014 INTIPATI UCAPAN TPM:Bangkitlah Melayu




Tetapi di sebalik semua pencapaian ini . Yang Amat Berhormat Presiden dan saya selaku Timbalan sering memikirkan adakah kita boleh memejamkan mata dan memekakkan telingan dengan tidak berbuat apa-apa jika kaum Bumiputera yang merupakan 67.4% daripada rakyat negara kita masih berada dalam kumpulan berpendapatan rendah; jika 4 juta daripada 6.5 juta pekerja mencarum dalam KWSP di negara kita berpendapatan kurang RM2000 sebulan; jika jurang ketidaksaksamaan di negara kita antara yang tertinggi di rantau ini;jika rakyat masih tidak mampu memiliki rumah sendiri.

#PAU 2014 Intipati Ucapan TPM ,Gesa Kekal Akta Hasutan




matlamat ini boleh kita capai jika kita meletakkan asas-asas yang kukuh untuk perpaduan dalam sistem pendidikan kita. Ini termasuklah memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan menjadikan perpaduan nasional sebagai agenda utama semua aliran persekolan di negara kita, termasuk di sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah persendirian cina, sekolah agama rakyat, sekolah swasta dan lain-lain.


jangan lagi ada kisah murid tidak tahu berbahasa Melayu sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan negara kita.

pada hemat saya juga, dalam semangat untuk mengikis sikap prejudis sesama rakyat, adalah wajar kerajaan mengambil tindakan tegas dalam membendung kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama daripada memercikkan api perbalahan. adalah lebih baik kita mencegah daripada nantinya terpaksa merawat luka permusuhan yang parah. Kerana itu saya telah menyatakan pendirian saya mengenai Akta Hasutan