Tuesday 30 September 2014

Terkini NGO R ,Kuburkan Husam Musa


Panas Kickdefella Bongkar Penipuan Husam Musa?!!



Terkini Cari Benda Tersembunyi Dalam Gambar Ini


Monday 29 September 2014

Gempar Gambar Terlampau Bekas S.U MPKB?!


Thursday 25 September 2014

Tahniah BN Menang Besar #Pengkalan kubor



 
KEPUTUSAN AWAL PRK
N.01 PENGKALAN KUBOR

PENGKALAN KUBOR :   
BN: 1,033 (67.03%)
PAS: 476 (30.89%)
BEBAS : 5 (0.32%)
MAJ : 557

KG KETIL :   
BN: 1,015 (49.25%)
PAS: 1,012 (49.10%)
BEBAS: 4 (0.19%)
MAJ : 3

KG TEBING :  
BN: 502 (44.11%)
PAS: 609 (53.51%)
BEBAS: 2 (0.18%)
MAJ : -107

KG GETING :   
BN: 1,019 (40.66%)
PAS: 1,327 (52.95%)
BEBAS : 3 (0.12%)
MAJ : -308

SIMPANGAN :  
BN: 878 (76.48%)
PAS: 263 (22.91%)
BEBAS : 6 (0.52%)
MAJ : 615

TUJOH : 
BN: 1,081 (51.57%)
PAS: 971 (46.33%)
BEBAS : 6 (0.29%)
MAJ : 110

KG TELAGA BATA: 
BN: 722 (53.92%)
PAS: 607 (45.33%)
BEBAS: 0
MAJ : 115

KG BUNOHAN :  
BN : 783 (70.35%)
PAS: 315 (28.30%)
BEBAS: 3 (0.27%)
MAJ : 468

JUBAKAR DARAT : 
BN : 754 (89.87%)
PAS: 77 (9.18%)
BEBAS: 1 (0.12%)
MAJ : 677

BENDANG PAK YONG : 
BN : 1,108 (54.93%)
PAS: 878 (43.49%)
BEBAS: 5 (0.25%)
MAJ : 231

TELUK JERING :  
BN : 424 (79.55%)
PAS : 107 (20.26%)
BEBAS : 1 (0.19%)
MAJ : 316

KEDAI GETING :   
BN : 532 (43.01%)
PAS: 671 (54.24%)
BEBAS: 2 (0.16%)
MAJ: -139

UNDI AWAL/POS
BN: 96 (91.43%)
PAS: 8 (7.62%)
BEBAS: 0
UNDI ROSAK: 1
MAJ: 88 

Jumlah pengundi : 24,039
Turn out : 17,674 (73.52%)
Undi BN :  9,948 (56.28%)
Undi PAS:  7,322 (41.43%)
Undi BEBAS:  38 (0.21%)
MAJORITI : 2,626 (14.86%

#Pengkalan Kubor. Terkini Pas Kalah Lagii

Pengarah Jentera Operasi Pilihanraya PAS, Dato' Abdul Rahim menyifatkan peratusan turun mengundi yang rendah adalah kurang daripada jangkaan.
"Kita mensasarkan 75 peratus pengundi akan turun menunaikan tanggunjawab mereka, namun setakat ini masih belum mencapai kepada angka tersebut," katanya ketika dihubungi oleh wartawan Te@m IT sebentar tadi.
Beliau menyifatkan keadaan ini berlaku lantaran pengundi luar yang kebanyakannya daripada saluran dua dan tiga tidak dapat balik berikutan tarikh yang kurang sesuai.
Mengikut beliau, tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada hari cuti manakala tarikh pengundian pada hari bekerja adalah terbalik, dan memberi kesulitan kepada para pengundi luar untuk pulang mengundi.
Pengundi luar baru sahaja kembali daripada cuti persekolahan dan kemudian akan menghadapi cuti Raya Haji seminggu akan datang, dan ini menjadi faktor utama kepada penurunan peratusan ini.
"Bilangan pengundi luar yang pulang adalah merosot, dan perkara ini menjadi faktor utama kepada penurunan peratusan mengundi hari ini."
Mengikut beliau, pengundi luar yang berjumlah kira-kira 2000 orang lebih ini adalah faktor utama untuk PAS menang.
"Kemenangan bergantung kepada pengundi luar yang kebanyakannya adalah golongan muda."
Beliau menambah, kesan daripada tindakan SPR yang menetapkan tarikh mengundi pada hari berkerja menyusahkan pengundi luar. Namun begitu, Dato Rahim tidak menolak Pengkalan Kubor masih ada potensi untuk PAS, jika tidak untuk PRK kali ini, untuk PRU akan datang.
"Kita ada 3 tahun lagi untuk melakukan penyelarasan. Pengkalan Kubor masih ada potensi untuk PAS menang," kata beliau optimis.

GEMPAR! PAS Kantoi Bawa Pengundi Hantu #PRKPengkalanKubor ?


Apabila nak kalah, PAS mula memikirkan taktik kotor apa lagi yang mereka boleh lakukan.

Maka terciptalah ala-ala taktik ala-ala pengundi Bangla masa PRU 13 dan black out di Bentong. Cuba perhatikan berita yang disebarkan oleh puak PAS.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS, Noorazmir Zakaria berkata, pihaknya mengesan kehadiran pengundi yang didakwa itu di Unit Peti Undi Bendang Pa' Yong, di sini.
"Juham menerima aduan daripada petugas pilihan raya PAS di UPU Bendang Pa'Yong tentang seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia, namun mempunyai kad pengenalan dan pasport Malaysia.

"Peguam-peguam Juham yang bertugas di situ dengan serta-merta menahan untuk menyoal pengundi terbabit serta menyemak kad pengenalan serta pasportnya," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Juham, Khamis.


Noorazmir mendakwa, pengundi terbabit pada mulanya dikesan diiringi olehPenghulu Kampung Bendang Pa' Yong.

"Namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu tersebut terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi berkenaan," ujarnya.

Cuba tengok perkataan yang dibesarkan. PENGHULU. Negeri Kelantan siapa yang perintah? Siapa yang boleh lantik penghulu kalau bukan Kerajaan PAS Kelantan.

Kat situ dah kantoi. Sebenarnya pendedahan mengenai pengundi hantu ini dah dibuat lebih awal oleh MyMassa di sini :

Semalam, seseorang yang tidak mahu dikenali telah menyerahkan kepada kami senarai nama pengurus pengundi hantu PAS dari Thailand untuk didedahkan. Menurut sumber tersebut, senarai itu adalah nama-nama individu yang akan menguruskan kemasukan pengundi DUA IC dari Thailand yang akan mengundi PAS. Menurutnya lagi, individu-individu dalam senarai tersebut juga bertindak pemegang MyKad rakyat Thailand yang mempunyai dwi kerakyatan.

Tindakan ini adalah sebahagian dari strategi PAS untuk memenangi PRK dan merampas Pengkalan Kubor dari BN melalui apa cara sekali pun. Sebab itulah, mereka dan pakatan pembangkang begitu suka memainkan isu pengundi hantu sebelum ini. Rupa-rupanya ia sebagai taktik untuk memburuk-burukkan lawan bagi menutup kejijiikan sebenar yang mereka sendiri selalu amalkan!

Kami harap Suruhanjaya Pilihanraya dan Kementerian Dalam Negeri tidak berdiam diri dalam perkara ini. Tindakan tegas bagi menghalang kemasukan rakyat Thailand untuk mengundi dalam PRK Pengkalan Kubor perlu dilakukan. Adalah menjadi satu kesalahan besar dari sisi Perlembagaan Negara bagi rakyat asing untuk mengundi dalam mana-mana pilihanraya di negara ini selain memiliki dwi kewarganegaraan!
http://mymassa.blogspot.com/2014/09/prkpengkalankubor-panas-strategi-pas.html

Kalau betul PAS tak buat, kenapa masa mengundi baru kecoh sedangkan MyMassa dan blogger BN lain dah dedah perkara ini lebih awal?

*Kantoi.

#Pengkalan Kubor. Terkini Pas Upah Kanak-Kanak Bawah Umur Raih Undi





#Pengkalan Kubor .Terkini Jumlah Keluar Mengundi


                                  GAMBAR CALON BN DAN ISTERI KELUAR MENINJAU KAWASAN

9.30am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi ialah 4,433 atau 18.88%.
9.15am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di PDM Kampung Ketil 505 @ 15.79%, PDM Kedai Genting 187 @12.27%, Kg Telok Jering 159 @ 24.77%, PDM Kg Bendang Pak Yong 422 @ 15.20%, PDM Jubakar Darat 283 @ 28.59%, PDM Bunohan 384 @ 26.82%, PDM Telaga Bata 313 @ 19.30%, PDM Simpangan 244 @ 15.85%, PDM Kg Geting 629 @18.75% dan PDM Kg Tebing 370 @ 24.36%.
9.10am – PDM Kg Geting jumlah keluar mengundi 629 @ 18.75%. Sehingga kini tidak rasmi peratusan jumlah keluar mengundi ialah 9.89%.
9.05am – TIDAK RASMI. Jumlah keluar mengundi di PDM Kg Tebing sehingga jam 9.00am ialah 350 @ 23.04%. PDM Tujoh 448 @ 17.79%. PDM Ketil 505 @ 17.79% dan PDM Pengkalan Kubor 340 @ 14.12%.
9.00am – Calon PAS,Wan Rosdi Wan Ibrahim menbuang undi di Sekolah Kebangsaan Pak Yong, PDM Kg Bendang Pak Yong.
Sumber http://klxpress.com.my/?p=18405

#Pengkalan Kubor Mat Razi yakin pengundi beri kepercayaan kepada BN


TUMPAT: Calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail yakin pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan terus memberi kepercayaan kepada BN pada Pilihan Raya Kecil itu.
Beliau yang ditemui selepas menyempurnakan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, di sini, pagi ini turut menzahirkan rasa syukur atas sambutan yang diterimanya ketika berkempen.
"Seawal jam 7 pagi, mungkin ada yang sudah bersiap untuk mengunjungi pusat mengundi."Didoakan (kepada pengundi) semoga diberi kemudahan untuk menyempurnakan tanggungjawab dan berharap proses ini berjalan lancar. Kita yakin, komitmen pengundi untuk terus menyokong BN adalah tinggi," katanya.
Semua 45 saluran tempat mengundi dibuka tepat jam 8 pagi tadi dan ditutup jam 5 petang.Keputusan penuh PRK DUN Pengkalan Kubor dijangka diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 9 malam ini.



# Pengkalan Kubor. Terkini Pas Import Perayu Undi Dari Luar




#Pengkalan Kubor .Terkini Calon BN Selesai Mengundi



  
 Calon BN selesai membuat pengundian di SK Simpangan. Penyokong dan jentera BN amat luar biasa berbanding dengan jentera Pas. 

# Pengkalan Kubor. Terkini 10 Orang Sahaja Perayu Undi Pas Di Bunohan



Bandingkan Penyokong Pas dengan Umno di Pdm Bunohan. Pas sudah tenat sokongan penuh kepada BN.

#Pengkalan Kubor Gempar Skrip Kekalahan Pas Tersebar

Esok sekiranya BN menang dalam pilihan raya kecil N01 Pengkalan Kubor tahukah anda apa yang akan Pas keluarkan. Seperti biasa mereka akan tuduh SPR menyebelahi BN dan tidak telus.Mereka juga akan tuduh BN ugut pengundi Pas supaya tidak keluar mengundi. BN rasuah pegundi mereka dan BN membayar sejumlah wang untuk mengimport pengundi dari siam.BN juga menipu dari pelbagai sudut. Sudahlah Pas dah kalah buat cara kalah terimalah kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka dan bermuhasabah. Yang pasti esok adalah kemenangan dan
hadiah Buat Datok Pa selaku pengerusi umno negeri Kelantan dan hadiah harijadi beliau. Tahniah semua.

Tuesday 23 September 2014

#Pengkalan Kubor Terkini Sah Pas Tenat Disini





 Sekarang sedang berlangsung satu kuliah magrib di masjid al-huda Pengkalan Kubor. Siapa yang bagi kuliah masjid tersebut ? Azhar Idrus ? Kazim Elias ? ternyata bukan tapi Presiden Pas sendiri Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Tengoklah sambutan masyarakat terhadap Presiden Pas disitu walaupun nampak ada rakaman di buat tetapi ternyata sokongan rakyat tempat dan penyokong Pas sendiri tidak ada.

Pas sudah tenat disini, tunggu masa hendak dikuburkan, tanpa bantuan rakan parti dalam pakatan rakyat, mungkin DAP dan PKR menunggu masa untuk melenyapkan Pas dalam Pakatan Rakyat. Takbirr

# Pengkalan Kubor. Tiada Parti Pas Dalam Ucapan Pertama Azmin Ali


  

  Tiada sedikit pun ucapan penghargaan kepada Pas dalam ucapan Azmin Ali sebagai MB Selangor yang baru. Ini menandakan krisis Selangor ini tidak habis lagi dan masuk ke fasa baru.

Di Pengkalan Kubor pula tidak ada pimpinan keadilan pusat seperti DSAI, DSWA, Rafizi Ramli dan Saifudin Nasution. Kelibat mereka masih tidak nampak sampai ke hari ini. Tempoh berkempen masih tinggal 2 hari sahaja lagi.

Disaat Pas membantu PKR di Kajang, Pas membantu Dap di Teluk Intan namun apa yang berlaku di Pengkalan Kubor jauh bezanya ,Pas terpaksa menghadapi pilihanraya kecil ini sendirian tanpa bantuan dan sokongan parti lain dalam pakatan rakyat.

Kekalahan Pas semakin nampak apabila Kain Rentang mengenai royalti terpaksa diturunkan atas arahan SPR . Kempen mereka lesu tidak bermaya kecuali kempen di siber yang banyak membuat  fitnah terhadap Umno.

#Pengkalan Kubor !! Gempar 2 Sepanduk BN Dikoyak Di Bunohan









Terkini 2 sepanduk BN telah ditoreh dipercayai menggunakan pisau di Kg Bunohan . Kejadian  ini 
berlaku sekitar pukul 2.00 Pagi . Mengikut cerita orang kampung yang meronda di kawasan ini semasa kejadian berlaku mereka ternampak 1 kereta telah berhenti di depan Poster ini di pasang dan keluar seorang pemuda menoreh sepanduk  dengan menggunakan pisau dan lari masuk dalam kereta menuju ke tempat lain. Orang kampung mengejar kereta tersebut , namun kereta tersebut berhenti di hadapan Rumah Pas Kubang Kerian dan turun masuk ke Rumah tersebut.

Pihak Polis telah membawa suspek ke Balai Polis  Pengkalan Kubor untuk siasatan lanjut.










Sunday 21 September 2014

#Pengkalan Kubor Nik Aziz: BN bodoh, rakyat kena bodoh

  • Zulaikha Zulkifli | 12:46PM Sep 21, 2014
  • Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin BN berhubung pembangunan di Kelantan.

    Menurut bekas menteri besar Kelantan itu, kenyataan yang mengatakan bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan pembangunan di Kelantan adalah tidak berasas.

    Ini kerana, Nik Aziz berkata, tidak timbul sama ada kerajaan mengabaikan pembangunan atau tidak kerana sudah menjadi tanggungjawab kepada pemerintah untuk menjaga negeri-negeri Persekutuan termasuk Kelantan.

    "Dia (kerajaan) sibuk bicara tentang pembangunan. Mana ada kerajaan yang tak ada pembangunan. Komunis ada pembangunan, Amerika Syarikat ada pembangunan. Yahudi ada pembangunan. Kelantan ada pembangunan, Kenapa dia sibuk dengan pembangunan?

    "Pagi tadi dalam surat khabar, Umno sebut tidak abai pembangunan Kelantan. Macam mana nak abai sebab Kelantan ini dalam Persekutuan. Kita ini negeri Persekutuan. Mahu tak mahu Pusat kena jaga Kelantan. Dia kena jaga. Kenapa nak cakap (tak abai Kelantan) sedangkan memang kewajipan dia begitu.

    "Macam cakap kena jaga bini (isteri). Nak cakap apa, itu memang bini kamu. Apa bodoh. Dia fikir orang bodoh sepanjang 50 tahun begitu. Dia yang sebenarnya bodoh. Rakyat (memang) kena bodoh dah," katanya.

    Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 700 hadirin pada ceramah perdana di Pantai Geting, Pengkalan Kubor malam semalam.

    Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Jentera PRK DUN Pengkalan Kubor BN Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat di Kelantan walaupun ditadbir oleh pembangkang.

    Mustapa berkata, pelbagai pembangunan baru dan penambahan infrastruktur di kawasan DUN Pengkalan Kubor sebelum ini dibantu kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM206 juta sejak 2004.

# Pengkalan Kubor . Aktivis R Kurang Ajar Dengan Allah.



Friday 19 September 2014

# Pengkalan Kubor, Kantoi Pas Latih Pengundi Hantu



 Pas kantoi kerana telah mendedahkan kertas undi palsu calon mereka . Dipercayai kertas ini adalah latihan bagi pengundi pas yang mempunyai 2 ic yang akan di seludup masuk bagi memangkah calon mereka.

Atas keterdesakan Pas ini menggambarkan betapa busuknya sebuah Parti Islam kononnya tetapi berperangai munafik. 

Maklumat dalaman juga mendapati jatuh bangun Pas dalam penggal ini adalah bergantung kepada keputusan pilihanraya kecil ini yang mana adalah kayu ukur bagi meneruskan legasi Pas memerintah Kelantan.

Tolak Pas , Undi BN kekalkan momentum BN di Pengkalan Kubor.

Thursday 18 September 2014

# Pengkalan Kubor. Calon Pas Di Arah Tutup Mulut, Tanda BN Menang



  
Setakat hari ini kempen calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim di arah tutup mulut dan dilarang bercakap mengenai apa-apa isu semasa dalam PRK Dun Pengkalan Kubor. Semua soal jawab wartawan di pantau oleh Dato Wan Rahim Wan Abdullah selaku Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Pengkalan Kubor.

Tinjauan umum di buat di beberapa kawasan di pengkalan kubor mereka merasakan calon BN akan menang besar kali ini kerana faktor pendidikan agamanya dan hubungan mesra dengan masyarakat tempatan. Mengulas mengenai calon Pas pula mereka seakan tidak mengenali Wan Rosdi kerana beliau bukan anak tempatan dan mengulas terhadap beliau tidak pandai bercakap mereka mempersoalkan bagaimana mereka hendak memilih calon Pas kerana bercakap pun tidak pandai, takut-takut suara rakyat pengkalan kubor tidan sampai dalam sidang dewan undangan negeri Kelantan.

Cakap- cakap di kedai kopi juga mengesahkan ada beberapa Pos Pas telah di tutup kerana kecewa dengan kepimpinan Parti akibat peruntukan dan kecewa atas pemilihan calon Wan Rosdi.

Wan Rosdi jugak di dakwa mempunyai kilang kayu haram dan mendakwa beliau telah membuat satu padang bola untuk rakyat pengkalan kubor namun lokasinya tidak pasti.

Rata-rata rakyat pengkalan kubor mahukan calon BN untuk mewarisi corak kepimpinan penyandang Dato Di sebelum ini.

Wednesday 17 September 2014

#Pengkalan Kubor, Nik Abduh Marah Jentera Pas Guna Nik Aziz

 
   

   


Harini ini di Pantai Seri Tujuh Tumpat Mursyidul Am Pas sekali lagi di heret berkempen bagi menarik sokongan orang ramai menyokong calon mereka.

Seperti sedia maklum TGNA sudah uzur dan tidak larat namun terpaksa turun berkempen bagi memenangkan calon Pas untuk merampas kerusi tersebut dari BN sebelum ini.

Walaupun TGNA datang merasmikan majlis namun dapat dilihat sokongan terhadap calon Pas semakin merosot berbanding dengan Calon BN. Majlis di hadiri oleh orang luar bukan orang tempatan ataupun bukan pengundi Dun Pengkalan Kubor.

Ceramah yang berkelompok di adakan setiap malam di setiap PDM juga sangat kurang sambutan. Dipercayai akibat dari boikot geng anwarinas dan beberapa individu yang tidak bersetuju dengan perlantikan calon Pas ini untuk bertanding di Pengkalan Kubor. 

Ketidakhadiran TGNA di Muktamar Pas kali ini juga menimbulkan keanehan oleh perwakilan kerana biasanya ucapan Mursyidul Am yang di tunggu oleh perwakilan Pas yang pergi Ke Muktamar.

TGNA sangat uzur dengan membawa beg air kencing kehulu kehilir akibat penyakit yang beliau hadapi namun kejamnya jentera Pas Kelantan kerana terpaksa hadapi kempen ini walaupun beliau sakit. 

Sumber dalaman Pas berkata anak TGNA amat marah kerana ini adalah satu penderaan fizikal terhadap TGNA, mereka berpendapat supaya jentera Pas Kelantan di bawah kepimpinan  baru perlu melahirkan ikon Politik lain dalam Kelantan supaya TGNA tidak penat dan berada dalam keadaan sihat sentiasa.

Haron Din Seru Kaji Semula Kerjasam Dalam Pakatan


#Pengkalan Kubor Pas Bermutaah Dengan Abby Abadi The Cakar Girl



Semalam dalam muktamar Pas semasa Mat Sabu Berucap sekumpulan 50 orang perwakilan keluar sebagai tanda protes mereka terhadap Mat Sabu yang membelakangi Presiden Pas dan Majlis Syura Ulama. Ini adalah satu peristiwa yang sangat memalukan bagi muktamar Pas yang berlangsung di Johor semalam.

Hari ini di Pengkalan Kubor , makluman dalaman Parti Pas setelah berbincang mengenai masalah mereka hadapi semasa kempen yang mana tidak banyak menyebelahi mereka berbanding dengan calon BN .Bahagian strategik Pas datang dengan satu idea iaitu membawa Koleksi Ustazah segera Pas iaitu Abby Abadi . Dayangku Intan dan juga Aisyah atas nama Konsert Amal Darul Naim. Program ini difikirkan mereka dapat menarik penonton tempatan keluar bagi memberi sokongan kepada mereka sambil berhibur.

Kita semua tahu negeri kelantan ada cara mereka berhibur sendiri bukan konsert sebegini, mereka hanya mahu kerajaan yang dapat membela nasib mereka, bukan kerajaan batu asas, kerajaan yang pandai berjanji atau kerajaan hipokrit yang berselindung di balik Parti Islam.

Maklumat dalam Pas juga menyatakan program konsert ini tidak dipersetujui oleh orang kanan parti namun di teruskan juga dengan jentera yang ada. 


Cuba bandingkan program Forum Perdana ini pula, bagaimana kerajaan pusat memberi makanan rohani terhadap pengundi dun pengkalan kubor .Tarikh yang sama tapi agendanya berbeza satu konsert satu Forum Perdana Ehwal Islam. Fikir-fikirkanlah pengundi dun pengkalan Kubor pilihlah Calon yang tidak hipokrit, tidak menjual agama dan mampu menjaga kebajikan rakyat!! Undilah Calon Bn!! 


Tuesday 16 September 2014

Gempar! Tiba-Tiba Calon Pas Buat Padang Bola Di #Pengkalan Kubor!!


 

    

   

   
   
    Terkini dalam kempen PRK N01 
    Pengkalan Kubor pihak mendakwa
    telah membina satu padang bola dan 
    ianya adalah hasil usaha daripada        
Calon Pas tersebut. 

Ini adalah satu penipuan lagi di buat oleh pihak Pas untuk mengaburi pengundi din pengkalan kubor. Kita semua tahu bahawa Calon Pas Pengkalan Kubor adalah seorang kontraktor dan bukan anak tempatan, hari ini pihak jentera calon Pas mendakwa mereka telah membina Padang Bola ini untuk kegunaan penduduk tempatan beriadah. 

Pelbagai taktik dan cara untuk menipu pengundi dun pengkalan kubor dari segi pembahagian tin biskut dari rumah ke rumah serta serbuk kopi dan hari ini tiba-tiba padang bola menjelma secara magic
dan terdesak untuk menarik pengundi menyokong calon mereka.

Pihak Pas pula mendakwa BN tidak berbuat apa- apa sepanjang memegang Dun Pengkalan Kubor . Adakah mereka buta , bisu , pekak atau gila kerana pembangunan pengkalan kubor setakat ini hanyalah hasil usaha Arwah Dato NorZahidi sebelum ini.Lihat Gambar ini
  
  Jadi kepada pengundi pengkalan kubor
sepatutnya menolak Calon Pas kerana penipuan dan pembohongan yang mereka buat. Rakyat pengkalan kubor tidak mahu orang luar mewakili mereka ,mereka hanya mahukan calon tempatan iaitu calon BN yang sekarang.
    

Terkini Koleksi Rasuah Pas# Pengkalan Kubor



    
 Pas dengan segala jenteranya masuk segenap kawasan di dun pengkalan kubor dengan membawa pelbagai barang antaranya seperti gambar di atas.
Mereka cuba merasuah pengundi dun pengkalan kubor dengan harapan pengundi menyokong mereka. Tapi saya percaya pengundi pengkalan kubor sudah pandai dan bijak membuat keputusan seperti sebelum ini. Ingat maruah pengundi pengkalan kubor bukan boleh di beli dengan duit atau serbuk kopi segera dan biskut, pengundi mahukan anak tempatan yang boleh menjaga kebajikan mereka dan pembangunan pengkalan kubor untuk jangka masa yang panjang.

Tinjauan mendapati ceramah pas juga tidak mendapat sambutan bahkan semalam NGO R telah memohon Pas supaya meminta maaf kepada mereka atas fitnah yang mereka buat terhadap NGO R tersebut. 

Terbaru kereta anak calon Pas masuk parit dan penyokong BN yang menolong menangkat kerete tersebut.Kepada pengundi Pengkalan Kubor Undilah Calon BN, Tolak Calon Pas !!