Saturday 13 December 2014

Terkini Datuk Zulkifli Nordin Selar Guan Eng!


  

 
KENYATAAN MEDIA
Zulkifli Bin Noordin

Saya mengutuk keras kenyataan Lim Guan Eng bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang kononnya kerana tiada peruntukkan melarangnya dalam enakmen syariah negeri!

Walaupun tiada peruntukkan dibawah Enakmen Syariah Pulau Pinang sebagaimana Seksyen 9 Enakmen Selangor yg jelas melarang penggunaan kalimah Allah, namun kenyataan Guaneng boleh dikenakan tindakan dibawah peruntukkan:

1. Akta Hasutan;
2. Seksyen 298A Kanun Kesikaaan;
3. Seksyen 505 Kanun Kesiksaan.

Alasan-alasannya adalah seperti berikut:

1. Fatwa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan jelas melarang penggunaan kalimah Allah oleh non Muslim dalam negara ini;

2. Keputusan Mahkamah Rayuan dalam The Herald jelas menyatakan penggunaan kalimah Allah bukan sebahagian drpd intipati kepercayaan kristian;

3. Perkara 11 (4) Perlembagaan jelas menghalang pendakyahan agama lain terhadap umat Islam.

Atas fakta2 diatas, sebarang kenyataan atau perlakuan atau tindakan menggalak atau menyuruh orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah:

1. Satu bentuk hasutan (Akta Hasutan);

2. Akan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, benci membenci, memudharatkan keadaan harmoni dan perpaduan antara orang Islam dengan bukan Islam (Seksyen 297A KK);

3. Boleh menyebabkan orang bukan Islam melakukan suatu kesalahan terhadap ajaran Islam yg boleh mengapi-apikan permusuhan dan mencetuskan ketakutan atau kegentaran awam (Seksyen 505 KK).

Adalah jelas kenyataan Guaneng adalah satu tindakan provokatif, biadap dan tidak bertanggungjawab, dan boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dikalangan umat Islam yang jika tidak dikawal boleh memudaratkan keamanan, keselamatan dan keharmonian antara agama dan kaum dalam negara ini.

Saya mendesak supaya suatu siasatan polis dibuat dengab segera terhadap kenyataan Guaneng itu dan jika ada unsur-unsur perlakuan jenayah maka tindakan pendakwaan mesti diambil segera!

Sekian terima kasih.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
20 Safar 1436
13 Dis 2014


   
  

   

Terkini Ali Setan Bangsat Pengkhianat Sudah Di Tangkap!!


Friday 12 December 2014

Pemuda Pas Selar Presiden PKR


Muhammad Khalil Abdul Hadi
Muhammad Khalil Abdul Hadi

SHAH ALAM - Kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berkomunikasi dengan rakan pemimpin dalam pakatan adalah tidak benar, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurutnya, hubungan antara parti dalam PR bukan berbentuk individu dengan individu sebaliknya hubungan antara parti dengan parti.

“Sepatutnya tidak timbul isu seperti ini kerana kita (Pas) dalam PR sentiasa berkomunikasi antara sama lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Khalil berkata, soal kesihatan yang menyebabkan Abdul Hadi tidak berkomunikasi juga tidak timbul kerana doktor telah membenarkan beliau meneruskan tugasan seperti biasa.

“Beliau telah ke Parlimen dan saya yakin sewaktu di Parlimen, beliau berjumpa dengan pimpinan tertinggi PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Cuma beliau memerlukan rehat yang cukup bagi memastikan tahap kecergasan kembali pulih selepas sakit tempoh hari," katanya yang juga anak Abdul Hadi.

Katanya, PKR dan DAP sepatutnya mencari jalan memperkukuhkan ikatan antara parti dalam PR.

“Saya berpendapat PKR dan DAP seolah-oleh tidak ada isu lain dibangkitkan sehingga sering mengaitkan isu berkaitan Presiden Pas. Seperti sedia maklum, Pas pada muktamar semenetapkan pendirian untuk terus bersama PR dan tidak akan berganjak,” katanya.

Thursday 11 December 2014

Kelantan :3 pelajar didakwa rogol rakan sekelas



KOTA BHARU - Tiga remaja tingkatan lima didakwa atas tuduhan merogol rakan sekelas, di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Seorang daripada mereka mengaku salah atas tuduhan itu, sementara dua lagi memohon untuk dibicarakan.

Ketiga-tiganya berusia 17 tahun dan didakwa merogol mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu.

Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, bagaimanapun mereka pesalah juvana menyebabkan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, namun mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah itu diikat jamin RM2,000.

Tertuduh juvana yang mengaku merogol mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana dia sudah di tempatkan di Sekolah Tunas Bakti Taiping dipercayai kerana kesalahan ugutan.

Mahkamah menetapkan kes untuk sebutan semula pada 6 Januari tahun depan.

Wednesday 10 December 2014

Gempar! Pas Kelantan Ludah Pasma!!


Gempar !!Seorang Rakyat Kelantan Anggota IS

  • Rumah ibu bapa Ahmad Affendi di Kampung Berangan, Tumpat. Gambar kecil: Jaafar Chik. Rumah ibu bapa Ahmad Affendi di Kampung Berangan, Tumpat. Gambar kecil: Jaafar Chik.
1 / 1
TUMPAT -  “Saya hanya tahu arwah pergi berdakwah,” kata Jaafar Chik, 67, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Berangan, di sini, semalam.

Jaafar ialah bapa saudara Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27, salah seorang rakyat Malaysia yang terbunuh di Syria, yang dikaitkan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Jaafar berkata, dia mengetahui kematian anak saudaranya di Syria selepas seorang kenalannya menunjukkan gambar arwah di dalam laman sosial.

Menurutnya, berita kematian arwah itu mengejutkannya sekeluarga, lebih-lebih lagi apabila anak saudaranya itu dikaitkan dengan kumpulan pengganas IS.

“Arwah seorang yang pendiam dan kurang bercakap dengan saya. Perubahan ketaranya apabila dia keluar dari sekolah pondok dan sering berdakwah ke luar negara termasuk ke Thailand dan India.

“Penampilannya juga berubah apabila sering mengenakan jubah dan ketika di rumah, dia sering ke masjid solat berjemaah,” katanya dan memberitahu arwah mengikuti pengajian pondok selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Tumpat.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan ibu bapa Ahmad Affendi di Kampung Berangan, gagal.

Sunday 7 December 2014

Anwar Dan Gereja?!!




Wednesday 3 December 2014

Program Makan Malam Dengan Komunis?!!




Polis akan memanggil penganjur majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Taman Chai Leng Seberang Perai Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu yang terlibat dan akan memanggil mereka untuk membantu siasatan dalam masa terdekat.

Menurutnya, polis menerima 24 laporan setakat ini termasuk dua di Johor mengenai penganjuran majlis itu. akan malam berkenaan.

“Daripada laporan yang kita terima, penganjuran majlis itu menimbulkan keresahan, kegusaran dan ketakutan masyarakat terhadap kemungkinan perjuangan komunis akan dihidupkan semula.

“Mereka akan dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sabtu lalu, kira-kira 800 individu dipercayai ahli dan susur galur keluarga bekas ahli PKM di Malaysia dan Thailand dikatakan hadir pada majlis makan malam anjuran Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia.

Majlis itu dipercayai dianjurkan bagi memperingati ulang tahun ke-25 penandatanganan persetujuan damai Hadyai membabitkan parti itu yang seolah-olah cuba mengangkat perjuangan Setiausaha Agung PKM, Chin Peng

Tuesday 2 December 2014

Terkini Pegawai tadbir minta habuan seks kena dakwa






ALOR SETAR - Seorang Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan cuba memperoleh layanan seks sebagai dorongan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di negeri ini.
  
Bagi pertuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken, Jalan Limbong Kapal di sini pada 10 November lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari.
  
Heris juga dituduh cuba memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama pada 13 November lalu di Hotel  Royale Jalan Putra di sini kira-kira jam 2.45 petang.
  
Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.
  
Dia juga didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, bagi pertuduhan kedua.

Ahli Parlimen Tumpat Buat Apa?!!!!


  • Sheikh Abdul Rahim menunjukkan keadaan longkang yang dipenuhi sampah sarap. 
  •  Sheikh Abdul Rahim menunjukkan keadaan longkang yang dipenuhi sampah sarap.
1 / 1
TUMPAT – Masalah sistem perparitan tersumbat dan ditumbuhi semak samun didakwa tidak mendapat perhatian pihak berkenaan dan menyebabkan penduduk di Kampung Kepulau, di sini, dibelenggu masalah banjir kilat.
Seorang penduduk yang ditemui, Sheikh Abdul Rahim Sheikh Hussin, 57 berkata, setiap kali hujan melanda, penduduk akan terdedah kepada risiko kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat.

Menurutnya, masalah banjir kilat berlaku berikutan air dari dalam longkang sepanjang dua kilometer yang tersumbat itu akan melimpah keluar.

“Ia berlaku kerana longkang tersebut tersumbat, dipenuhi tanah, rumput dan sampah sarap. Langsung tidak diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan,” dakwanya.
Tambahnya, ketika hujan melanda dua minggu lepas, kawasan kediamannya dinaiki air dan nyaris melimpah masuk ke dalam rumah.

Katanya, banjir kilat pasti berlaku setiap kali hujan lebat melanda dan kali ini penduduk tidak pasti kali ke berapa masalah tersebut berulang.

“Sekarang kami cukup risau memikirkan ketibaan musim tengkujuh yang mana banjir boleh berlaku pada bila-bila masa, sedangkan keadaan longkang belum diselenggarakan,” katanya.

Peniaga, Mohd Norizan Puteh berkata, kedainya turut dimasuki air ketika hujan lebat melanda dua minggu lalu dan ia mengundang rasa tidak selesa.

Menurutnya, selagi longkang di depan kedainya tidak diselenggarakan, selagi itu  masalah banjir kilat akan berlaku di kawasan Kampung Kepulau.
“Antara masalah utama adalah limpahan air akan mengambil masa agak lama untuk kembali surut dan biasanya selepas tiga jam hujan berhenti baru air mulai surut,” katanya.