Friday, 6 December 2013

Fakta : Betul Ke Pusat Pemindahan Di Malaysia Paling Teruk Di Dunia? @najibrazak @khairykj

Fakta : Betul Ke Pusat Pemindahan Di Malaysia Paling Teruk Di Dunia? @najibrazak @khairykj

Heboh di media sosial bahawa pusat pemindahan di Malaysia lebih teruk dari negara lain.

Benarkah? Mari kita tengok pendedahan blogger Buasir Otak (http://buasirotak.blogspot.com/2013/12/malaysia-terbaik-urus-banjir-daripada.html)

Tapi point utama entry kali ini adalah, ada ramai orang kongsikan gambar penempatan sementera mangsa bencana alam antara Malaysia dan Jepun di mana penempatan di Malaysia nampak kucar kacir, tidak teratur dan sesak, manakala di Jepun penempatan sementaranya begitu selesa dan privasi dengan khemah2 kecil dalam tempat penempatan sementara.



Rupa2nya perbandingan ni bukan orang Malaysia je buat tapi orang Filipina dah buat dulu yang membandingkan tempat penempatan sementara bagi mangsa Taufan Haiyan dengan gambar yang sama untuk negara Jepun.



Sebenarnya kat Jepun pun masa baru2 kena bencana seperti gemba bumi dan tsunami, keadaan pusat perlindungan bencana sementara dia huru hara lebih kurang macam kat Malaysia jugak.


Sumber


Sumber


Sumber


Sumber


Sumber

Malah di negara2 maju yang lain pun, tempat penempatan kecemasan sementara lebih kurang juga huru haranya masa awal2 terjadinya bencana alam.


New Zealand selepas dilanda gempa bumi


Pusat penempatan sementara di sekolah di USA

Cuma setelah beberapa tempoh barulah penempatan sementara ini diupgrade dengan diletakkan khemah2 persendirian yang lebih privasi dan selesa seperti di Jepun ini.


Sumber


Sumber


Sumber


Sumber

Oh ini pula khemah untuk mangsa banjir di Bangkok, Thailand.


Sumber

Tapi kalau tengok penempatan mangsa bencana alam terutama banjir di Malaysia, daripada dulu sampai sekarang tak dinafikan memang kekal macam tu je la. Gambar2 penempatan sementara ini termasuk semasa banjir yang lepas2 di seluruh Malaysia.













Ada juga yang berkata negara lain boleh la sediakan khemah apa semua kerana biasanya diorang terpaksa tinggal lama kat situ sebab bencana alam kat sana lebih lama nak pulih macam gempa bumi, taufan, puting beliung dan tsunami. Bencana alam kat Malaysia biasanya cuma banjir je, biasanya banjir tak lama, dalam beberapa hari surut la air diorang dah boleh balik ke rumah masing2. Diorang tak perlu pun duduk kat penempatan sementara lama2 so no point kalau sediakan khemah, tilam, partition apa semua tu.

Itu aku faham, cuma aku rasa ada benda yang kita boleh perbaiki lagi dari segi pengurusan penempatan mangsa2 banjir ni. Banjir kat Malaysia ni bukannya jarang berlaku, memang kita dah boleh agak asal hujung tahun je adalah musim tengkujuh di mana hujannya lebat dan anginnya kuat menyebabkan kawasan2 di pantai timur memang selalu banjir. Tapi takkan tiap2 tahun macam tu jugak keadaannya? Yelah kata Malaysia negara terbaik urus banjir malah lebih bagus daripada negara lain termasuk Amerika Syarikat.


Sumber Utusan

Patut boleh bajet dah untuk beli dan simpan stok khemah2 perlindungan atau disaster emergency shelter untuk kegunaan mangsa2 banjir. Yelah kalau nak bina bangunan khas semata2 untuk penempatan mangsa banjir kata membazir pula, macam kata DS Shahidan Kassim - "Pembinaan pusat pemindahan banjir baru yang khusus untuk digunakan semasa bencana tidak wajar kerana langkah ini melibatkan implikasi kewangan yang besar sedangkan fungsinya hanya ketika banjir. Ini boleh menyebabkan fasiliti itu terbiar semasa tidak berlakunya bencana".

Tapi kalau tengok keadaan di pusat pemindahan sementara di Amerika Syarikat yang menggunakan kompleks sukan, stadium, gymnasium, hangar, dewan serbaguna, sekolah dan lain2, rasa2nya mana lebih baik?




Sumber


Sumber

Aku faham mangsa2 banjir atau bencana alam ni bukan nak mintak banyak pun, dapat tempat berteduh sementara walau tak selesa pun tidak mengapa, tak mintak pun tidur di tilam yang empuk apatah lagi duduk di hotel 5 bintang. Akan tetapi andai kerajaan dapat menyediakan tempat tinggal yang lebih sedikit selesanya terutama untuk golongan wanita dan kanak2, yang ada privasi untuk kaum wanita terutama ibu2 yang menyusu, mereka dah berterima kasih sangat dah.

Cuma aku terfikir, andai kata rumah pemimpin kita atau para kerabatnya dan ahli keluarganya yang dilanda banjir, adakah mereka akan duduk di pusat2 penempatan sementara ini bersama yang lain atau di hotel 5 bintang?
Sumber : http://buasirotak.blogspot.com/2013/12/malaysia-terbaik-urus-banjir-daripada.html

*Sebar-sebarkan artikel ini untuk menjawab fitnah pembangkang.

4 comments:

  1. mmg betul apa dikatakan.. tapi rakyat malaysia perlu belajar dan ada kesedaran sivik dulu.. takut nanti waktu semua org dh blk ke rumah masing2 lepas banjir, khemah2 tu pun diangkut sama mcm harta sendiri plak.. siap sedara mara yg takde kena-mengena dgn banjir pun dpt sorang 1..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju....nnti semua dibgi semua nk angkut bawak hlik

      Delete
  2. jadi bantuan one off pulak

    ReplyDelete
  3. Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati,

    Dengan hormatnya sini, Kami ingin memaklumkan bahawa YIP KUM FOOK(YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) dan anaknya YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat : NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

    Harap semua rakyat Malaysia mengambil perhatian dan jauhkan orang yang tersebut kerana jangan terkena tipu

    Mereka sangat jahat dan hatinya hitam(kejam), sanggup menipu wang wanita, merosak keluarga orang lain dan sendirinya memakan wang Temple, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, dan berpura-pura merepot ke polis resit hilang.........harap perhatian

    Sekian dimaklumkan,
    Terima Kasih

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete