Monday 8 July 2013

Agenda jahat jatuhkan Morsi, proksi Soros bakal PM Mesir!

Hubungan baik dengan Presiden Iran, Negara Syiah!

Proksi penyangak matawang Yahudi, George Soros bakal menjadi Perdana Menteri Mesir selepas Presiden Mohammed Mursi mewakili kumpulan Islamis Ikhwan Muslimin berjaya digulingkan melalui rampasan tentera minggu lalu.

Proksi Soros yang dimaksudkan itu adalah Mohamed ElBaradei, pemimpin pembangkang berfahaman liberal dari parti The National Salvation Front yang mengetuai kumpulan Tamarod (kumpulan pemberontakan) menentang Presiden Morsi.

Pemberontakan kumpulan liberal ElBaradei dua minggu lalu adalah pemberontakan terbesar selepas revolusi pertama yang turut digerakkannya untuk menumbangkan Presiden Hosni Mubarak pada tahun 2011.

Selepas Mubarak ditumbangkan, ElBaradei pada mulanya bersetuju untuk memasuki pertandingan Presiden Mesir, namun membatalkan pencalonan saat-saat akhir dan membiarkan dua tokoh bertanding iaitu Ahmed Shafik mewakili kumpulan regim Mubarak melawan Morsi mewakili kumpulan Islamis Ikwan Muslimin yang menggunakan parti Freedom and Justice Party (FJP).

Pada 24 Jun 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya Tertinggi Presiden Mesir, yang diketuai oleh Farouk Sultan, mengumumkan kekalahan tipis Shafik kepada Morsi.

Shafik mendapat undi popular 48.27% undi berbanding dengan Morsi 51,73%.

AFP yang memetik sumber berita Mesir, MENA semalam melaporkan sumber di kalangan tentera bersetuju untuk melantik ElBaradei sebagai Perdana Menteri.

ElBaradei dilaporkan sedang mengadakan rundingan dengan Presiden sementara yang dilantik tentera, Adly Mansour, namun setakat ini tiada pelantikan rasmi dibuat.

Jurucakap Presiden, Ahmed al-Muslimani berkata, ElBaradei juga ‘merupakan pilihan logik’ untuk memegang jawatan itu.

Penyelidik Barat, Tonny Cartalucci menamakan ElBaradei sebagai proksi Soros kerana dilantik sebagai salah seorang Ahli Pemegang Amanah International Crisis Group (ICG).

Fakta Cartalucci turut disokong oleh Maidhc Ó Cathail, penulis dasar luar Amerika Syarikat di Timur Tengah.

ICG merupakan badan badan perisikan antarabangsa yang ditaja Soros melalui yayasannya, Open Society Institute (OSI).

Menurut sourcewatch.org, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang anggota yang turut dilantik menyertai badan perisikan antarabngsa itu. AIDC