Monday 30 April 2012

Gempar!Taktik-taktik Bersih 3.0 yang orang awam tak tahu akhirnya dibongkar!


Bersih yang tak bersih datang lagi!Mungkin orang awam tak tahu terdapat beberapa taktik yang digunakan untuk perhimpunan Bersih.Apa yang brader maksudkan ialah bagaimana taktik-taktik itu digunakan untuk memperdaya pihak berkuasa serta pada akhirnya akan nampak kesalahan itu di pihak kerajaan.Kita sedia maklum bahawa pada Bersih 2.0,mereka telah mengeluarkan satu video 'simpati' yang diberi judul Truth That Cannot Be Covered-Bersih 2.0.Masyarakat awam cuma ingat puak-puak haramjadah cuma berhimpun sahaja.Itu cuma pengikut lah.Depa tak tau orang-orang atas dah lama buat perancangan disebalik demonstrasi itu.Apa pun jom kita tengok!

........................................

Artikel ini Keris petik dari gabungan dua blogger (truth Vaccine & Angin Perubahan ) yang disiarkan di KLXpress . Senario dia dataran merdeka dilihat sebagai satu rancangan berterusan yang meniru gaya 'Arab Spring' dan 'Tahrir Square'. Namun begitu ikuti pendedahan secara mendalam yang telah dibuat agar rakyat faham siapa disebalik 'Non Resistant Violent' ini.

1. Demonstrasi yang berlaku di Dataran Merdeka ketika ini bukanlah bertujuan untuk membantah atau memansuhkan PTPTN sebenarnya.



2. Pihak Pakatan Rakyat (PR) tahu yang isu PTPTN ini tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan dan ia juga tidak munasabah untuk dibincangkan sekalipun.

3. Tujuan utama ‘Occupy Dataran’ ini ataupun Demonstrasi Mansuhkan PTPTN ini adalah bertujuan untuk membina momentum ke arah event yang lebih besar iaitu Bersih 3.0 yang bakal dijalankan 28 April 2012.



4. Bersih 2.0 menyaksikan permulaan teknik demonstrasi yang digunapakai daripada Centre for Applied Non Violent Actions and Strategies (CANVAS) yang dipelopori oleh Srdja Popovic dan Slobodan Djinovic.




5. Bersih 3.0 akan menjalankan teknik ‘Duduk dan Bantah’ yang bertujuan untuk mendapatkan simpati melalui permainan media.

6. Terdapat 3 Metadologi yang telah disusun oleh pihak CANVAS yang diguna pakai oleh PR untuk menyusun strategi mereka.


(Sila klik pada link untuk melihat setiap penerangan untuk methodologi tersebut.)

Protest and Persuasion
Non Cooperation
Non Violent Intervention 7. Strategi Demonstrasi yang bakal digunakan

Demonstrasi akan dimulakan dengan berkumpul di ‘Rallying Point’. Untuk kes Bersih 3.0, Dataran Merdeka yang akan menjadi ‘Rallying Point’.



.

Pendemonstran akan melaungkan kata-kata untuk menaikkan perasaan marah para demonstran terhadap UMNO/BN. Kemarahan tersebut akan disalurkan kepada Pihak penguatkuasa iaitu Polis.

Polis dan FRU akan membentuk pagar manusia mengikut SOP yang ditetapkan.



Akan ada sekumpulan kecil yang akan pecah daripada kumpulan besar untuk memprovokasi pihak Polis. (Ini tidak akan dimainkan oleh media mereka).


Kumpulan ini akan membawa Polis dan FRU kearah kumpulan pendemonstran yang besar.



Ketika ini pihak media PR (termasuk media luar yang menyokong PR) akan bersedia untuk merakamkan sebarang ‘keganasan’ yang akan dilakukan oleh pihak polis.



Gambar dan video akan diambil dengan sudut untuk menunjukkan Pendemonstran dikasari, dipukul dan sebagainya.

Gambar dan Video ini akan dimuat naik ke Internet untuk paparan umum dan seterusnya dimainkan secara persepsi dan mengundang kemarahan umum terhadap pihak Polis dan FRU.

Berlaku konfrantasi antara pendemonstran dan pihak berkuasa.



Ketika ini akan berlaku kekalutan dan ramai yang akan cedera. 

PERHATIAN! TEKNIK SETERUSNYA BELUM PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA TETAPI KEMUNGKINAN UNTUK BERLAKU DI BERSIH 3.0 AMAT TINGGI BERDASARKAN TREND YANG PIHAK PR IKUTI. INI ADALAH RAMALAN MENGIKUT APA YANG BERLAKU DI NEGARA LUAR SEPERTI DI IRAN. KITA BERDOA AGAR PERISTIWA INI TIDAK SAMA SEKALI BERLAKU DI NEGARA KITA.

Planned Sympathize Death.


Kematian simpati yang dirancang.

Bersih 3.0 akan menyaksikan akan berlakunya kematian yang dirancang?




Kematian Neda sewaktu Protes di Iran. Kononnya ditembak oleh polis tetapi setelah bedah siasat didapati peluru jenis itu tidak digunakan oleh polis dan tidak dijual di mana-mana bahagian di Iran.
Kematian ini akan menjadi bahan permainan isu oleh pihak PR untuk meraih simpati sempena PRU ke-13 ini.

Kematian ini akan dirancang supaya dilihat yang melakukannya adalah tindakan Kerajaan Persekutuan. Dan kematian individu tersebut akan meraih semaksimum undi simpati yang mereka boleh.

Jikalau media pihak Pembangkang memainkan isu ini dengan baik, Kerajaan boleh tumbang sebelum PRU ke-13 dengan cara rampasan kuasa oleh rakyat. Pertumpahan darah akan berlaku.

Persoalannya. Siapakah individu yang boleh meraih simpati dan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan sekaligus?

Adakah pendemonstran biasa? Mungkin tidak kerana tidak mendapat impak yang besar.


Ditiru dari peristiwa Neda di Iran. Cuma ini adalah lakonan. 
Adakah Mahasiswa? Boleh jadi kerana kematian remaja akan mendapat liputan oleh media.

Lihat seterusnya di K7L

P/S : Depa dah standby dah camera dan video di tempat2 strategik.Siap keluar video berlatar belakangkang lagu sedih gitu!LOL!Perlu ke semua "elemen-elemen menyentuh" hati tu???

BUKTI DSAI BAGI ARAHAN REMPUH FRU


Bukti Nik Aziz Mengkhianati #Bersih 3.0.

Salah satu tuntutan bersih adalah hentikan rasuah.




Mari kita tengok apa yang terjadi semasa BERSIH 3.0.

Peserta perhimpunan BERSIH disediakan kemudahan termasuk wang

2012/04/28

KUALA LUMPUR: Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah 'memberikan wang' untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri hari ini.

Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu 'menyuap' duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya.
Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan itu yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.
Perkara itu didedahkan oleh beberapa peserta daripada Kelantan yang mana kedatangan mereka ditaja sepenuhnya meliputi pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Menurut Wan Ismail Wan Mad, 34, beliau tiba di Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas dari Tumpat dengan menaiki bas yang ditaja Pas bahagian itu.

Katanya selain disediakan hotel, beliau dan peserta lain turut diberi "duit poket" sebanyak RM150 setiap seorang.


"Semasa perhimpunan tahun lalu (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel.
"Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka)," katanya ketika ditemu bual Bernama di sini.

Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 25, berkata peluang untuk turun berhimpun dengan segala perbelanjaan, termasuk duit poket disediakan kerajaan Pas Kelantan, menjadi dorongan utama kepadanya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

"Kami turun dua bas dari Pasir Mas untuk demo kali ini, kami tinggal di hotel berdekatan bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka," katanya.

Pasangan suami isteri berusia sekitar 50-an, dari Kedah pula berkata, mereka didatangkan dengan 20 bas dengan dikenakan bayaran serendah RM10 seorang, berbanding harga tambang biasa kira-kira RM100 pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Beliau yang hadir bersama suaminya sejak semalam dan ditempatkan di sebuah hotel berdekatan Dataran Merdeka berkata tambang semurah itu memberi lebih dorongan untuk mereka turun ke ibu negara.


Sementara itu, Azizah, 23, dari Permatang Pauh pula berkata, beliau datang bersama dua saudara maranya bagi memberi sokongan kepada perhimpunan itu.

Katanya, mereka yang didatangkan dengan sebuah bas turut diberikan RM20 seorang sebagai wang belanja, didakwa diterima daripada seseorang bernama Mansor.

"Yang menghairankan saya ialah kenapa hanya sebuah bas sahaja dari Permatang Pauh," katanya. - BERNAMA 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PesertaperhimpunanBERSIHdisediakankemudahantermasukwang/Article/index_html


Nik Aziz dan PAS Kelantan rasuah peserta BERSIH 3.0. Ianya sebagai mana yang Nik Aziz pernah buat semasa PRK Galas.



Nik Aziz wajibkan orang PAS sertai BERSIH 3.0 untuk menghentikan rasuah sedangkan dia sendiri rasuah semasa PRK dan juga rasuah peserta untuk sertai perhimpunan yang menuntut 'HENTIKAN RASUAH'.


*Kalau ada yang masih cakap Nik Aziz ni ulamak, tak tau la.KREDIT TO MYMASSA.BLOGPSOT.COM

Konspirasi serangan dataran merdeka terdedah.


Sunday, April 29, 2012
Benarlah kata orang kebenaran tidak boleh diselindungkan.

Bersih neh under sapa?

Ambiga dan kali neh kita ada A.Samad Said. Dengar citer a.samad said terduduk di satu sudut dengan wajah yang sayu dan bagitau dia kepenatan ketika berdemo. Betul ke itu hal sebenarnya?

Kalaupun ada orang yang layak memberikan arahan untuk langgar penghadang, orang itu hanya ambiga atau a.samad said ataupun kedua2 insan neh. Tiada orang lain berhak. Apatah lagi ambiga dah keluarkan arahan kita takan langgar sekatan polis.

Angah kbsb, better ko delete kembali memori wassap kita tadi. Aku dah menyesal sekarang. Menyesal habis.

Nak salahkan sb yang rempuh dataran merdeka? Betul ka sb yang pergi memandai2 rempuh? Lue salahkan dulu sapa yang bagi arahan. Patutla member2 gua dah bagi hint.. kalau taktau jangan cakap der.. gua pun pelik gak. Tatau apa?

Perhimpunan neh sepatutnya perhimpunan aman. Tapi ada orang otak senget menjadikan ia huru hara. Ambiga, kali neh saya bersetuju marilah kita bersama2 mempertimbangkan semula dengan siapa kita bersama.

Lihat bawah. Kebenaran di hadapan anda.

 

Ini ialah perhimpunan aman. Dsai tak sepatutnya bagi isyarat suruh rempuh halangan. Lepas tue bila rakyat kena serang dia kat mana? Bila rakyat kena balon, dia kat mana? Dsai bagi isyarat, barulah rakyat naik semangat slogankan suruh masuk di waktu chegu bard bagi ucapan bahawa kita tak boleh melepasi sekatan sebab polis tak bagi kebenaran. Apa benda tue?

Demm.

Nak hentam aku? Aku dah agak tegar dsai bersepah. Tapi aku tegar fakta. Aku tak peduli dengan sentimen korang. Aku hanya mahu peduli dengan sentimen rakyat.

1. Dsai bagi arahan = isyarat.

2. Azmin ali menyampaikan isyarat dsai. Ada facebooker cakap azmin ali yang bagi kebenaran tapi kalau lue tengok video di atas neh jelaskan yang azmin hanya membenarkan apa yang dsai arahkan. Arahan tidak keluar dari mulut azmin sendiri.

3. Lepas tue rakyat dok rempuh. Itupun sebab dah dapat greenlight. Yang rempuh tue kita tatau nak cakap apa. Mungkin dia lupa bahawa boss bersih ialah ambiga dan a.samad said bukan dsai.

4. Lepas kena rempuh, baru polis bertindak balas.

5. Jadi seterusnya apa yang berlaku, lue sendiri yang cari pasal.

6. Dengan neh gua surrender dengan segala bagai pendedahan sebab rasa malu. Ada macam2 info bab dataran yang gua dapat. Tapi gua nak masukkan dalam bakol sampah. Erase. Delete. G mampos. Walaupun gua tahu sb memang bersepah tapi gua reti malu bila tengok video kat atas neh. Gua dah taknak amek port pasal isu dataran merdeka lagi dah. Bab sogo dan masjid jamek je gua nak cover.

7. Kalau polis pukul lue di dataran merdeka, itu masalah orang yang bagi arahan.

8. Lepas tue sentimen tersebut mungkin meleret2 di bawa sampai ke sogo.

9. Nasib baik sampai masjid jamek kami kembali bertenang.

10. Dalam pada itu tak kurang berita2 bahawa kematian peserta2 bersih dihebahkan dari mulut ke mulut untuk menaikkan semangat rakyat.

11. Mula2 gua fikir neh kerja sb.

12. Tapi rasanya better gua berfikir semula dan kumpul segala bukti yang ada sebelum buat analisis ia disebarkan oleh sb. Boleh jadi ia bukanlah sebagaimana yang gua sangka. 

Dan, nasihat gua kepada diri gua sendiri, gua kena fikir masak2. Gua kali neh benar2 terkejut. Sampai taktau nak gambarkan sejauh mana gua terkejut. Bai.

Lupa, gua juga nak sesiapa bertanggungjawab bersihkan kembali nama unit amal yang teruk kena kecam. Lue yang pandai2 bagi isyarat apahal unit amal pula kena kecam? Lue jangan nak lepas tangan. Tenkiu.


Tak boleh tengok ye? Klik sini ==>
https://www.facebook.com/my.remi/posts/282475921844299?notif_t=share_reply

Kredit kepada rakan reporter yang upload kebenaran neh. Thanks.

Ameno : Bagi arahan suruh rempuh halangan = beri keizinan untuk peserta melakukan provokasi. 

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz1tU8lq5qS

Sunday 29 April 2012

TUKAR: Gerakan Rakyat di Bukit Bakar, Machang.

Kotor 3.0

BERSIH 3.0 'Tewas' Dalam Menang

E-mail Print
alt

KUALA LUMPUR, 28 Apr - Pihak penganjur BERSIH 3.0 dilihat gagal mengotakan janji apabila segelintir peserta dan penyokong merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, pada jam 3 petang tadi, menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menembak gas pemedih mata.

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan yang pernah mengadakan pertemuan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail didakwa pernah berjanji perhimpunan kali ini akan berlaku dengan aman.

Sebelum itu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah menghalang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka bermula dari 28 April hingga 1 Mei 2012 dengan alasan  perhimpunan BERSIH 3.0 tidak diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

Perintah mahkamah yang dikeluarkan ini juga telah diserahkan kepada Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan pada hari ini yang merujuk Ambiga dan penganjur BERSIH sebagai "Responden".

Para penyokong BERSIH 3.0 merempuh benteng yang dibuat selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain termasuk Ambiga tiba.
alt

Polis FRU melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan tindakan segelintir penyokong yang cuba merempuh benteng dan melakukan provokasi terhadap pihak polis dengan membaling botol air mineral.



Dipercayai pada waktu kejadian, 50,000 penyokong BERSIH 3.0 telah membanjiri sekitar Dataran Merdeka.



Pengerusi bersama BERSIH 3.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Wong Chin Huat telah mengarahkan supaya para penyokong beredar dari sekitar Dataran Merdeka bagi mengelakkkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Penyokong Bersih tidak bersurai sepenuhnya dan ada yang dilihat membaling semula bekas gas pemedih mata yang dilepaskan, menyebabkan FRU menggunakan meriam air. Dalam kejadian tersebut, beberapa orang dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas.

Polis mengusir penyokong BERSIH 3.0 sehingga ke pusat beli belah Globe di Jalan Tunku Abdul Rahman dan sekitar Puduraya.

Sehingga akhir perhimpunan, 20 penunjuk perasaan ditahan setelah merempuh benteng di Dataran Merdeka. Jumlah yang ditahan sehingga jam 6.00 petang ini masih belum diketahui.

Perhimpunan kali ini menyaksikan hampir 50,000 penyokong BERSIH 3.0 berkumpul di jalan raya sekitar Dataran Merdeka walaupun mengikut kenyataan awal polis, sekitar 25,000 orang berkumpul di ibu negara.

Namun begitu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa pihaknya menganggarkan lebih 100,000 menyertai perhimpunan hari ini.
alt

alt
Dalam satu kejadian lain, perhimpunan yang sepatutnya bertukar aman bertukar menjadi medan para penyokong BERSIH 3.0 merosakkan harta awam termasuk kenderaan pihak polis dan beberapa kenderaan orang awam.

Difahamkan para penyokong menterbalikkan kereta polis sebagai tanda protes dimana kejadian tersebut berlaku di sekitar kompleks beli belah Sogo. Satu paparan video dari portal Malaysiakini menunjukkan kenderaan tersebut diterbalikkan oleh para penyokong BERSIH 3.0.

Sehingga kini, tiada pengesahan dari mana-mana pihak mengenai insiden ini.

Selain kereta, motorsikal berkuasa tinggi pihak polis turut dirosakkan termasuklah beberapa kenderaan awam.

Polis dijadual mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

KREDIT TO KLPOS.COM

Bersih 3.0 - 1500 hrs to 1700 hrs - Dataran Merdeka [Full Report]

Bersih 3.0 Breaking the barricade

APA DOSA MEREKA ???

 
Apa dosa mereka sampai begini rupa di buat oleh pendemo BERSHIT, bukankah bersih duduk dan bantah. Tetapi ianya tidak berlaku malah lebih teruk dari apa yang di rancang. Inikah islam , inikah keadilan ,inikah kebajikan yang mereka laung-laungkan selama ini. Tolak Pakatan Pembangkang untuk kesejahteraan masa depan negara Malaysia.



TAHNIAH NIK AZIZ KERANA ANDALAH INI SEMUA BERLAKU

Bersih 3.0: Nik Aziz ucap 'tahniah'
Wartawan Sinar Harian
29 April 2012
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikritik Umno Kelantan atas alasan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 3.0, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berhimpun di ibu negara, semalam.
Menteri Besar Kelantan ini berkata, rakyat hadir di ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan ketika Bersih kerajaan diam dan membisu manakala  apabila Bersih 2.0 diadakan, kerajaan buat ‘pekak badak’.
 
Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Sydney, Melbourne, Makkah, Madinah dan Mesir turut menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0.
 
"Tuntutan ini jelas membuktikan rakyat tidak ingin lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak adil khususnya dalam ketelusan pilihan raya yang bersih dan adil.
 
“Rakyat Malaysia telah cerdik, pandai dan terdiri dari golongan intelek, jadi kerajaan tidak boleh lagi berterusan melakukan ketidakadilan dalam SPR, apa lagi untuk berterusan memenangkan kerajaan Umno dan BN,” kata beliau semalam, menerusi laman Twitter dan dipetik Harakah Daily.
 
Kelmarin, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan Nik Abdul Aziz mengarahkan ahli parti itu menyertai perhimpunan Bersih 3.0 satu tindakan cuba menggalakkan pemberontakan rakyat.
 
Mustapa berkata, Nik Abdul Aziz sewajarnya memberi nasihat yang baik dan bukannya menyokong tindakan yang mampu menggugat keharmonian negara.
 
Nik Abdil Aziz berkata, kehadiran pelbagai kaumn secara beramai-ramai bukan atas faktor kaum, sebaliknya kerana inginkan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini.
 
Nik Aziz bagaimanapun melahirkan rasa kesal di atas tindakan kerajaan yang ‘mengasari’ peserta himpunan disembur dengan air berasid dan gas pemedih mata sehingga ada peserta yang mengalami sesak nafas.
 
Menurut beliau, jika Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putera Al-haj masih hidup, sudah tentu allahyarham akan menyokong tuntutan Bersih kerana menyedari ketidakadilan banyak berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
“Lagipun sebelum ini allahyarham turut menyokong perjuangan Parti Melayu Semangat 46 kerana menyedari perjuangan Umno kini sudah menyimpang dari perjuangan sebenar,” ujarnya


 TAHNIAH NIK AZIZ KERANA ANDALAH


1. KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL. 

2. KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM.

3. KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN, MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT RAWATAN DI HKL.

4. L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

5. L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL.

6. KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM.

7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL.

8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL.

9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL.

10. L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR, KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

11. L/KPL 157813 AMIRUL BIN NAWRI, ANGGOTA BALAI POLIS PORT DICKSON, MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT DITUMBUK. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

PESERTA PERHIMPUNAN JUGA TELAH MEROSAKKAN KENDERAAN PASUKAN POLIS, IAITU (2) BUAH KERETA PROTON WAJA, SEBUAH PACUAN EMPAT RODA NISSAN XTRAIL DAN SEBUAH MOTOSIKAL. KATEGORI KENDERAAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. (1) PROTON WAJA KL176, MENGALAMI KEROSAKAN CERMIN SEBELAH PEMANDU PECAH DAN ANTENA (AERIAL) BELAKANGNYA DIPATAHKAN.

2. (1) PROTON WAJA WTJ2974, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN HADAPAN DAN BELAKANG SERTA TINGKAP PECAH AKIBAT DITERBALIKKAN OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. 

3. (1) NISSAN XTRAIL WQW 160, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN TINGKAP DAN CERMIN HADAPAN PECAH. BADAN KENDERAAN KEMEK. 

4. (1) MOTOSIKAL TRAFIK WSB 723, JENIS HONDA CBX 750 TELAH DIBAKAR OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.

PERHIMPUNAN YANG DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA TELAH BERJAYA DISURAIKAN OLEH PIHAK POLIS DAN PIHAK POLIS MASIH LAGI MEMANTAU KEADAAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI KAWASAN TERSEBU

EKSKLUSIF! KERETA POLIS DISERANG SEBELUM TERBABAS

Bersih 3.0 - Provokasi Yang Di Lakukan Terhadap Pasukan Polis

BERSIH 3.0 - Peserta Vs Polis 28/4/2012

SENARAI ANGGOTA POLIS YANG CEDERA AKIBAT KEGANASAN PERUSUH BERSIH 3.0


SEBELUM PESERTA PERHIMPUNAN MEREMPUH DAN MEMASUKI DATARAN MERDEKA, TERDAPAT BEBERAPA ORANG PEMIMPIN PEMBANGKANG DAN NGO, TELAH MEMBERI UCAPAN KEPADA PESERTA PERHIMPUNAN. DI MASJID NEGARA UCAPAN DI SAMPAIKAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, MAT SABU, DAN LIM KIT SIANG. DI LRT MASJID JAMEK, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN DATO’ AMBIGA SREENEVASAN, DI JALAN TUN PERAK, UCAPAN DIBERIKAN OLEH AZMIN ALI, MANAKALA DI SOGO OLEH DR.HATTA RAMLI, MAHFUZ OMAR, DAN SALLEHUDDIN AYUB.

SELEPAS UCAPAN TERSEBUT, PESERTA PERHIMPUNAN TELAH BERTINDAK AGRESIF DENGAN MEMBALING PELBAGAI OBJEK KE ARAH POLIS DAN MEREMPUH PENGHADANG SERTA BERGERAK MENGHALA KE DATARAN MERDEKA. PIHAK POLIS TELAH MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN MELEPASKAN TEMBAKAN AIR DAN KEMUDIANNYA DIIKUTI DENGAN GAS PEMEDIH MATA BAGI MENGHALANG KEMARAAN KUMPULAN TERSEBUT. KUMPULAN BERKENAAN TELAH BERTINDAK GANAS SEHINGGA MENYEBABKAN (11) ORANG ANGGOTA POLIS TERCEDERA, (9) ORANG ANGGOTA DIRAWAT DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) DAN (2) ORANG ANGGOTA DIRAWAT DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (PPUKM).

MANGSA KEJADIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT: 

1. KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL. 



2. KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM.

3. KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN, MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT RAWATAN DI HKL.

4. L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

5. L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL.

6. KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM.

7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL.

8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL.

9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL.

10. L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR, KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL.


11. L/KPL 157813 AMIRUL BIN NAWRI, ANGGOTA BALAI POLIS PORT DICKSON, MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT DITUMBUK. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

PESERTA PERHIMPUNAN JUGA TELAH MEROSAKKAN KENDERAAN PASUKAN POLIS, IAITU (2) BUAH KERETA PROTON WAJA, SEBUAH PACUAN EMPAT RODA NISSAN XTRAIL DAN SEBUAH MOTOSIKAL. KATEGORI KENDERAAN TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. (1) PROTON WAJA KL176, MENGALAMI KEROSAKAN CERMIN SEBELAH PEMANDU PECAH DAN ANTENA (AERIAL) BELAKANGNYA DIPATAHKAN.

2. (1) PROTON WAJA WTJ2974, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN HADAPAN DAN BELAKANG SERTA TINGKAP PECAH AKIBAT DITERBALIKKAN OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. 

3. (1) NISSAN XTRAIL WQW 160, MENGALAMI KEROSAKAN SEMUA CERMIN TINGKAP DAN CERMIN HADAPAN PECAH. BADAN KENDERAAN KEMEK. 

4. (1) MOTOSIKAL TRAFIK WSB 723, JENIS HONDA CBX 750 TELAH DIBAKAR OLEH PESERTA PERHIMPUNAN.

PERHIMPUNAN YANG DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA TELAH BERJAYA DISURAIKAN OLEH PIHAK POLIS DAN PIHAK POLIS MASIH LAGI MEMANTAU KEADAAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI KAWASAN TERSEBUT.

t.t


( MOHMAD BIN SALLEH ) DCP

KETUA POLIS 

KUALA LUMPUR.

(Dikeluarkan pada 28 April 2012 jam 2240hr)


Saturday 28 April 2012

Gempar, air telaga merah


Wartawan Sinar Harian
28 April 2012
Kelihatan air merah keluar daripada mata air yang terdapat di dalam telaga.
Kelihatan air merah keluar daripada mata air yang terdapat di dalam telaga.
Proses mengeringkan telaga dilakukan bagi mencari punca kejadian.
Proses mengeringkan telaga dilakukan bagi mencari punca kejadian.
SEMERAK, PASIR PUTEH - Penduduk di Kampung Dalam Rhu di sini gempar, apabila telaga milik seorang pengusaha keropok mengeluarkan air berwarna merah seakan-akan air sirap.

Pemilik telaga tersebut, Ramli Mohd Noor berkata, kejadian tersebut sudah berlaku hampir sebulan dan pada awalnya dia menyangka ia tidak berlarutan.

“Namun selepas beberapa hari berlalu, air yang tidak berbau ini menjadi semakin merah sehingga menyebabkan kami sekeluarga takut untuk menggunakan ia bagi tujuan memasak dan minuman,” katanya.


Cuba kering telaga

Menurutnya, mereka hanya menggunakan ia untuk tujuan membersihkan diri sahaja dan bersyukur kerana setakat ini air yang digunakan itu tidak mendatangkan sebarang masalah kepada kesihatan mahupun kulit mereka.

Ramli berkata, sudah beberapa kali dia cuba mengeringkan air telaga tersebut bagi mencari punca kejadian itu berlaku tetapi gagal apabila air yang keluar masih lagi berwarna merah.

“Daripada pemerhatian saya dan beberapa rakan, kami dapati air berwarna merah tersebut keluar dari mata air yang terdapat di dalam telaga itu.

“Kami sudah menyedut keluar semua air sehingga tinggal tanah sahaja tetapi tidak sampai sejam air mulai keluar semua dan masih berwarna merah.

“Jadi saya berharap jika ada pihak yang berkaitan membaca berita ini diharap mereka tampil untuk membuat pemeriksaan kerana saya ingin mengetahui punca sebenar kejadian tersebut,” katanya.


Sekadar ingin lihat

Ramli berkata, disebabkan kejadian itu, telaga miliknya kini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin melihat sendiri kejadian aneh berkenaan.

Fenomena luar biasa tersebut mendapat perhatian orang ramai terutama penduduk setempat apabila ramai yang datang mengambil air itu untuk dijadikan minuman kerana bagi mereka ia dikatakan anugerah daripada Allah.

Mereka yang ingin menyaksikan sendiri keanehan tersebut boleh ke tempat kawasan terletak berhampiran pintu gerbang ke Pantai Bisikan Bayu, di sini.

Seorang penduduk, Abdul Wahid Jusoh berkata, dia dan penduduk lain tidak percaya kepada air itu tetapi kerana ia merupakan pertama kali berlaku dan kewujudannya begitu misteri, menyebabkan mereka berminat mengambil air tersebut dan disimpan.

“Ada penduduk yang cuba memasukkan ikan peliharaan ke dalam air itu dan tiada apa yang berlaku malahan ikan itu dapat hidup seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, siapa tahu mungkin air tersebut mempunyai khasiat serta keistimewaannya tersendiri.

Bagaimanapun katanya, mereka hanya sekadar suka-suka dan ingin melihat lebih dekat anugerah Allah tersebut.

BUKTI!!! NI HAH..BARU BETUL BERSIH 3.0




Anda semua diminta join BERSIH yang kat atas tu ....baru betul betul bersih..sebabnya klu join BERSIH 3.0 yang kat luar sana tu..takut nanti ianya akan jadi seperti kat bawah ni.....


          huh....klu tak pun, baik duk umah aje...layan benda seperti yang kat bawah ni.....

bestkan??? main sampai puas...klu tak pun..duduk kat umah bersama anak-anak dan layan dvd seperti yang kat bawah nih.........

ehhh....esok hari sabtukan?? rasanya ada movie best yang dibintangi oleh pelakon hebat seperti yang kat bawah nih.......

                                                                        atau

bayangkan dari 10.00 pagi sehingga 6.00 petang kat dataran esok tu, terlepas 2 waktu BERJEMAAH bersama keluarga ....so,lebih baik berada kat umah bersama keluarga. BERJEMAAH? BERJEMAAH apa?...nih hah..seperti gambar kat bawah.....Insyaallah...Takbirrrr!!!
                                         
Salam Mesra,
GURUH BADAI

 
                                        







Friday 27 April 2012

Penyokong Bersih!! Dah Amik Duit Ke???

Fatwa Datang Lagi

Thursday 26 April 2012

Hot !!Preview Kl Gangster 2.


DBKL Di Caci ,Di Keji , Di Hina.....


Royalti minyak: Permohonan Kelantan dapatkan dokumen ditolak


KHALILAH GUSTI HASSAN
26 April 2012
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak dua permohonan Kerajaan Kelantan dalam kes menuntut royalti minyak daripada Petronas.

Permohonan pertama menuntut Petronas menyerahkan notis penzahiran yang membolehkan Kelantan memperolehi 38 data atau dokomen seperti penyata akaun dan agihan wang minyak dari Petronas manakala permohonan kedua adalah memohon mahkamah mengguna pakai Aturan 14A dan/atau Atuan 33 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi menuntut pendedahan terma penyelesian luar mahkamah yang dimeterai antara Terengganu dan Petronas berhubung saman royalti minyak yang dituntut negeri itu.

Panel tiga Hakim Datuk Ramly Ali; Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Lim Yee Lan sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati tiada asas untuk mahkamah memberi kebenaran.

Susulan itu, Kelantan diperintah membayar kos kepada Kerajaan Persekutuan dan Petronas masing-masing RM50,000.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pihak mencapai persetujuan untuk membuat pembayaran kos atas kos iaitu pihak kalah tanggung semua kos selepas perbicaraan penuh berakhir.

Terkini Ketua Muslimat Pas Hajjah Ambiga Kena Bidas Dengan Khairy Jamaludin


Wednesday 25 April 2012

Terkini Adam Adli Di Bakar Di Pasir Puteh

 Terkini satu demo telah di adakan bagi membantah kehadiran Adam Adli ke Pasir Puteh untuk program Hi- Tea dan ceramah beliau pada malam ini. 

Susulan daripada Banner beliau yang di koyak dan di bakar pada petang semalam satu report polis telah di buat oleh pihak pakatan rakyat Pasir Puteh.

Bekas Ketua Keselamatan Pas Ustaz Saidi telah mengaku kepada umum bahawa beliaulah yang telah menurunkan banner Adam Adli di Pasir Puteh. Beliau melakukan perkara tersebut kerana tidak berpuas hati layanan pihak berkuasa tempatan    terhadap banner-banner serta poster UMNO    yang sebelum ini di koyak dan di hapuskan begitu sahaja oleh pihak Pas dan pihak berkuasa tempatan  atas pelbagai alasan. Beliau juga memberitahu     bahawa Adam Adli lagi kurang ajar kerana telah     menurunkan Gambar Perdana Menteri Malaysia di   PWTC. Ketua Pemuda Pas Limbongan juga bertidak keluar Parti dan istihar masuk UMNO dalam majlis tersebut kerana Pas sudah banyak menyeleweng  semenjak berkawan dengan DAP dan PKR. 
 Beliau juga sudah bosan dengan apa yang berlaku dalam Pas Pasir Puteh kerana semuanya sudah   tidak selari dari dasar penubuhan Pas yang sebenar. Ikuti peristiwa ini dalam RTM 1 malam ini untuk 
lebih jelas dan betapa marahnya penyokong Pas  terhadap kepimpinan Pas yang ada sekarang.













Tuesday 24 April 2012

Fatwa Baru Hadir Bersih 3.0 wajib - Tuan Guru Nik Aziz



Rizal Tahir, 24 Apr 2012
KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Menurutnya, menghadiri program itu suatu  kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini.

Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

(Tuan Guru Nik Aziz ketika bercakap dengan Harakahdaily di pejabatnya hari ini)

“Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi.

Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.

Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam.

“Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram.

“Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi.

PTPTN jadi isu kerana ada pihak mahu jadi PM'



Wartawan Sinar Harian
24 April 2012
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dijadikan isu sejak kebelakangan ini, selepas 15 tahun diperkenalkan, disebabkan "cita-cita besar individu tertentu" mahu menjadi perdana menteri, kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.
Dalam temu bual khas dengan Sinar Harian, Ismail berkata, sebenarnya, berbagai-bagai isu timbul kerana cita-cita besar individu tertentu untuk menjadi perdana menteri.
 
"Banyak perkara yang diputuskan oleh kerajaan semasa individu tersebut menjadi Timbalan Perdana Menteri dan malah menjadi pemangku Perdana Menteri," kata beliau tanpa merujuk kepada mana-mana individu secara langsung.
 
Bagaimanapun kenyataan itu merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN digubal pada 1997.
 
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata PTPTN diperkenalkan ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan.
 
Bagaimanapun PKR pula membalas bahawa ia diperkenalkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak memegang portfolio Kementerian Pelajaran.
 
Kini, Najib merupakan Perdana Menteri manakala Anwar pula Ketua Pembangkang.
 
Ismail, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau mengulas soalan mengapa selepas 15 tahun PTPTN dilaksanakan ia menjadi isu sekarang.
 
Mengenai tindakan PTPTN terhadap desakan memansuhkan pinjaman, Ismail berkata, pihaknya bersedia mendengar pandangan semua pihak mengenai pemansuhan satu peratus kadar Ujrah atau upah dikenakan kepada pelajar sebagai kos pentadbiran.
 
"Dan, kita meneliti perkara ini dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan harap KPT bersama dengan pihak yang menuntut supaya ajukan kepada Perdana Menteri.
 
"Namun, setakat ini kita masih mengekalkan dasar sedia ada," katanya lagi.
 
Dalam hal ini, jelas beliau, terpulang kepada kerajaan kerana kos dikenakan minimum setelah dikurangkan kadar faedah daripada lima peratus kepada tiga peratus.
 
"Akhirnya kita dapat keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2008 dan setuju menukar kadar faedah mengenai pinjaman konvensional dalam bentuk prinsip syariah iaitu Ujrah.
 
"Paling penting, dalam kadar satu peratus ini, mana-mana pelajar terlebih bayar melalui sistem lama, kita telah pulangkan kepada pelajar tersebut," katanya lagi.
 
Sehingga 31 Mac tahun ini, jelas beliau, pihaknya telah memulangkan kembali hasil penyelarasan lima peratus kepada tiga peratus hingga satu peratus berjumlah RM2.72 juta melibatkan 3,229 peminjam.

Bersih tetap mahu himpun di Dataran


24 April 2012
ambiga
KUALA LUMPUR - Ketika tinggal empat hari lagi, badan-badan NGO di bawah Bersih 2.0 mengumumkan pendirian mahu mengadakan perhimpunan Duduk Bantah pada Sabtu ini di Dataran Merdeka meskipun tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis.

"Kelmarin, polis telah memberi jawapan menolak pengunaan Dataran Merdeka.

"Kami akan berunding lagi dengan Datuk Bandar dan PDRM untuk menetapkan Dataran Merdeka sebagai lokasi Bersih. Walaupun dihalang, Dataran Merdeka adalah muktamad," kata Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang media di sini hari ini.






Gempar Banner Adam Adli Di Cincang Pagi Ini.














Banner Kedatangan Mahasewel Adam Adli telah di cincang dan ada yang di bakar serta ada yang hilang terus dari pandangan mata masyarakat di Pasir Puteh Kelantan. Kedatangan beliau sepatutnya pada 25 hb esok nampak tidak disenangi oleh masyarakat bahkan Ahli Pas sendiri. Kedatangan beliau atas program Speaker Corner anjuran Pas dan PKR telah di rancang tetapi mengikut sumber beliau datang tidak melalui ketua pemuda Pas Pasir Puteh. Desas desus juga mengatakan program ini akan di boikot oleh ahli Pas sendiri. Begitulah nasib mahasewel Adam Adli di Pasir Puteh dan kita tunggu kedatangan beliau besok di Pasir Puteh.