Monday, 30 April 2012

Gempar!Taktik-taktik Bersih 3.0 yang orang awam tak tahu akhirnya dibongkar!


Bersih yang tak bersih datang lagi!Mungkin orang awam tak tahu terdapat beberapa taktik yang digunakan untuk perhimpunan Bersih.Apa yang brader maksudkan ialah bagaimana taktik-taktik itu digunakan untuk memperdaya pihak berkuasa serta pada akhirnya akan nampak kesalahan itu di pihak kerajaan.Kita sedia maklum bahawa pada Bersih 2.0,mereka telah mengeluarkan satu video 'simpati' yang diberi judul Truth That Cannot Be Covered-Bersih 2.0.Masyarakat awam cuma ingat puak-puak haramjadah cuma berhimpun sahaja.Itu cuma pengikut lah.Depa tak tau orang-orang atas dah lama buat perancangan disebalik demonstrasi itu.Apa pun jom kita tengok!

........................................

Artikel ini Keris petik dari gabungan dua blogger (truth Vaccine & Angin Perubahan ) yang disiarkan di KLXpress . Senario dia dataran merdeka dilihat sebagai satu rancangan berterusan yang meniru gaya 'Arab Spring' dan 'Tahrir Square'. Namun begitu ikuti pendedahan secara mendalam yang telah dibuat agar rakyat faham siapa disebalik 'Non Resistant Violent' ini.

1. Demonstrasi yang berlaku di Dataran Merdeka ketika ini bukanlah bertujuan untuk membantah atau memansuhkan PTPTN sebenarnya.



2. Pihak Pakatan Rakyat (PR) tahu yang isu PTPTN ini tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan dan ia juga tidak munasabah untuk dibincangkan sekalipun.

3. Tujuan utama ‘Occupy Dataran’ ini ataupun Demonstrasi Mansuhkan PTPTN ini adalah bertujuan untuk membina momentum ke arah event yang lebih besar iaitu Bersih 3.0 yang bakal dijalankan 28 April 2012.



4. Bersih 2.0 menyaksikan permulaan teknik demonstrasi yang digunapakai daripada Centre for Applied Non Violent Actions and Strategies (CANVAS) yang dipelopori oleh Srdja Popovic dan Slobodan Djinovic.




5. Bersih 3.0 akan menjalankan teknik ‘Duduk dan Bantah’ yang bertujuan untuk mendapatkan simpati melalui permainan media.

6. Terdapat 3 Metadologi yang telah disusun oleh pihak CANVAS yang diguna pakai oleh PR untuk menyusun strategi mereka.


(Sila klik pada link untuk melihat setiap penerangan untuk methodologi tersebut.)

Protest and Persuasion
Non Cooperation
Non Violent Intervention 7. Strategi Demonstrasi yang bakal digunakan

Demonstrasi akan dimulakan dengan berkumpul di ‘Rallying Point’. Untuk kes Bersih 3.0, Dataran Merdeka yang akan menjadi ‘Rallying Point’.



.

Pendemonstran akan melaungkan kata-kata untuk menaikkan perasaan marah para demonstran terhadap UMNO/BN. Kemarahan tersebut akan disalurkan kepada Pihak penguatkuasa iaitu Polis.

Polis dan FRU akan membentuk pagar manusia mengikut SOP yang ditetapkan.



Akan ada sekumpulan kecil yang akan pecah daripada kumpulan besar untuk memprovokasi pihak Polis. (Ini tidak akan dimainkan oleh media mereka).


Kumpulan ini akan membawa Polis dan FRU kearah kumpulan pendemonstran yang besar.



Ketika ini pihak media PR (termasuk media luar yang menyokong PR) akan bersedia untuk merakamkan sebarang ‘keganasan’ yang akan dilakukan oleh pihak polis.



Gambar dan video akan diambil dengan sudut untuk menunjukkan Pendemonstran dikasari, dipukul dan sebagainya.

Gambar dan Video ini akan dimuat naik ke Internet untuk paparan umum dan seterusnya dimainkan secara persepsi dan mengundang kemarahan umum terhadap pihak Polis dan FRU.

Berlaku konfrantasi antara pendemonstran dan pihak berkuasa.



Ketika ini akan berlaku kekalutan dan ramai yang akan cedera. 

PERHATIAN! TEKNIK SETERUSNYA BELUM PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA TETAPI KEMUNGKINAN UNTUK BERLAKU DI BERSIH 3.0 AMAT TINGGI BERDASARKAN TREND YANG PIHAK PR IKUTI. INI ADALAH RAMALAN MENGIKUT APA YANG BERLAKU DI NEGARA LUAR SEPERTI DI IRAN. KITA BERDOA AGAR PERISTIWA INI TIDAK SAMA SEKALI BERLAKU DI NEGARA KITA.

Planned Sympathize Death.


Kematian simpati yang dirancang.

Bersih 3.0 akan menyaksikan akan berlakunya kematian yang dirancang?




Kematian Neda sewaktu Protes di Iran. Kononnya ditembak oleh polis tetapi setelah bedah siasat didapati peluru jenis itu tidak digunakan oleh polis dan tidak dijual di mana-mana bahagian di Iran.
Kematian ini akan menjadi bahan permainan isu oleh pihak PR untuk meraih simpati sempena PRU ke-13 ini.

Kematian ini akan dirancang supaya dilihat yang melakukannya adalah tindakan Kerajaan Persekutuan. Dan kematian individu tersebut akan meraih semaksimum undi simpati yang mereka boleh.

Jikalau media pihak Pembangkang memainkan isu ini dengan baik, Kerajaan boleh tumbang sebelum PRU ke-13 dengan cara rampasan kuasa oleh rakyat. Pertumpahan darah akan berlaku.

Persoalannya. Siapakah individu yang boleh meraih simpati dan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan sekaligus?

Adakah pendemonstran biasa? Mungkin tidak kerana tidak mendapat impak yang besar.


Ditiru dari peristiwa Neda di Iran. Cuma ini adalah lakonan. 
Adakah Mahasiswa? Boleh jadi kerana kematian remaja akan mendapat liputan oleh media.

Lihat seterusnya di K7L

P/S : Depa dah standby dah camera dan video di tempat2 strategik.Siap keluar video berlatar belakangkang lagu sedih gitu!LOL!Perlu ke semua "elemen-elemen menyentuh" hati tu???

2 comments:

  1. Mereka telah berjaya mansuhkan ISA...satu kemenangan besar PR..kini mereka boleh buat apa saja atas nama politik..kerajaan juga telah bentuk jawatankuasa bersama untuk menangani isu2 yg berbangkit dgn SPR..macam2 lapuran dan penambahbaikan telah dibuat dan bila hendak dibincangkan di parlimen mereka tidak respond. Sebaliknya demo Bersih tetap diadakan mengikut ajenda yg telah mereka rancang.

    Berdasarkan kepada isu diatas maka kerajaan sebenarnya telah melaksanakan perkara yg sia2 dan mereka tetap berdegil...kerana niat mereka hanya satu ialah tetap ingin menjatuhkan kerajaan walau dgn apa cara sekali pun..samada melalui PRU atau pemberontakan rakyak yg dihasut sepanjang masa.

    Teknik terakhir untuk merampas kuasa ini akan melibatkan 'kematian' sebenar mungkin akan dilakukan kerana mereka telah buat latihan semasa Bersih 2 dgn kematian olok2 tapi berjaya dibongkar. Sekiranya ajenda merampas kuasa ini benar2 melibatkan pihak luar negara, kemungkinan besar yg akan 'dikorbankan' ialah salah seorang pemimpin besar PR atau pemimpin utama PR sendiri seperti yg berlaku di Pakistan. Benazir Bhutto 'dikorbankan' untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dimana kerajaan akan dipersalahkan.

    Sebenarnya yg menimbulkan 'huruhara' dalam negara sekarang ini ialah disebabkan peranan 2 manusia Melayu/Islam sendiri iaitu seorang PERANCANG dan seorang lagi PENGHASUT yg mengaku ulama besar. Perancangan ini tidak akan berjaya setakat atas nama Anuuwar Al-Jubb..tapi mungkin akan berjaya atas sokongan hasutan oleh Nik Aziz yg menggunakan gelaran ulama dan sentimen agama Islam yg selama ini berjaya 'meliwat minda' orang PAS ketahap taksub giler.

    Islam akan terus terhina di Malaysia akibat kegilaan pemimpin Islam dalam PAS yang sanggup dibaruakan oleh Anuuwar dan DAP yang ingin merampas Putrajaya. PAS selama ini berjaya memperalatkan Islam untuk politik mereka, tapi Anuuwar dan DAP berjaya memperalatkan PAS untuk ajenda merampas Putrajaya. Sebagaimana Amerika berjaya memperalatkan pejuang Mujahidin Afghanistan mengalahkan Rusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah syabas masuk diaqal huraian ini.JUSTERU ITU SEBARKAN LAH IA SEBAGAIMANA SEBARAN SURAT BERANTAI.

      Delete