Wednesday 28 August 2013

Kelantan Selepas 100 Hari Makin Kalut by kickdefella

Rupa rupanya selepas 100 hari Kerajaan Baru PAS Kelantan memerintah Negeri suasana politik dalam negeri menjadi semakin kalut dan tidak menentu.

Episod bermula dari namanya tidak diperkenan dalam senarai nama nama exco yang dipohon untuk perkenan Tuanku Al- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V, sebaik sahaja PAS Kelantan sekali lagi mendapat mandat menerajui kerajaan Kelantan selepas PRU ke 13 pada 5 Mei 2013. Keadaan menjadi semakin kalut apabila Dato Husam Musa secara terbuka mempertikai kepimpinan baru kerajaan Negeri yang diketuai oleh Dato Ahmad Yaakob sebagai Menteri Besar dan Dato Nik Amar sebagai timbalanya dalam isu perlantikan yang dikatakan ada tangan ghaib yang mahu menjatuhkan kedudukan Dato Husam sebagai exco kanan.

Lalu pihak penyokong PAS yang pro kepada Nik Amar dan Pro Husam saling melondeh rahsia kepincangan kepimpinan yang dilakukan oleh kedua dua pihak, yang mana banyak sebelum ini telah diperkatakan dan dinafikan sekeras kerasnya sebelum PRU 13 lalu. Tuduhan mengenai kecekapan pentadbiran GLC, isu pengistiharan harta dan perlantikan kroni dalam beberapa badan bukan kerajaan yang bertindak sebagai ‘fundraiser’ kepada parti semuanya telah timbul kembali dan tidak dapat dipertahan sebaliknya tuduhan yang lain pula keluar dari pihak yang satu lagi.

Kini secara tidak langsung mereka sendiri mengakui kebanyakan perkara yang dipertikaikan oleh rakyat sebelumnya. Dalam keadaan yang terdesak lantaran sering ditohmah dengan berbagai tuduhan melulu maka mungkin ada dikalangan pihak yang Pro Nik Amar telah mendedahkan surat yang dipercayai telah diminitkan oleh Tuanku Al Sultan sendiri tentang pemilihan exco, bagi membuktikan nama Husam sememangnya ada dalam senarai tersebut tetapi telah ditandakan x dan ditandatangani oleh Tuanku sendiri. Tindakan itu dilihat oleh ramai pihak adalah untuk mendiamkan puak Pro Husam yang masih jelas tidak berpuas hati dengan isu Husam diketepikan.

surat-sultan-kelantan-husam

Ada pula pihak yang sengaja mengeluarkan video Ust Wan Ji dalam satu seisi penerangan sulit yang membicarakan tentang soal ‘roadmap’ penghapusan system monarki dan Sultan di Negara ini. Tidak dapat dipastikan bila video itu dirakamkan tapi didalamnya ada menyebut nama Aktivis Royalti yang disokong Husam–Aduka Taruna dan membicarakan soal pemilihan exco dengan kata kata yang kurang enak didengar dan kurang ajar di akhir video. Hanya Ust Wan Ji sahaja boleh menjelaskan kepada umum tentang niat dan maksud beliau adakah ia melibatkan isu perlantikan Husam sebagai exco.

Dalam perkembangan lain pula, untuk meredakan keadaan selepas berbagai desakan yang mahu melihat Husam kembali berperanan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Menteri Besar, Dato Ahmad Yaakob telah menawarkan jawatan Pengerusi 2 entiti GLC yang diilhamkan oleh Dato Husam sendiri iaitu Tunjung Development Coporation (TDC) dan Kelantan Golden Trade (KGT) yang terlibat dalam dinar emas Kelantan.

husamlantik

Saya melihat perlantikan untuk kedua dua jawatan itu adalah untuk Dato Husam membuktikan kebolehan beliau kepada rakyat Kelantan dan penyokongnya bahawa apa yang beliau asaskan dahulu boleh berjaya, memandangkan TDC dilantik sebagai peneraju kepada projek ilham beliau sendiri iaitu Stadium dan Bandar Sukan Bukit Merbau. KGT pula dilihat seolah olah gagal mencapai matlamat untuk menjadi matawang alternatif bagi rakyat Kelantan kerana rata rata peniaga di Kelantan dan rakyat masih kurang atau hampir tiada yang menggunakan Dinar dan Dirham sebagai ganti matawang. Jadi , Jika Dato Husam boleh meneraju kembali TDC dan KGT dengan tersergamnya sebuah Stadium Bukit Merbau dan jualan dinar KGT kembali kepada matlamat asal , maka itulah ‘benchmark’ sebenar kebolehan Dato Husam, dan boleh lah berkira kira untuk perkara yang lebih besar lagi yang dijanjikan untuk rakyat sebelum PRU 13 lalu iaitu Lebuhraya Rakyat ‘LERAK’.

Tapi, pantas Dato Husam, menolak mentah mentah perlantikan tersebut sambil menempelak kerajaan negeri dengan kisah LOMBONG BIJIH BESI DAN EMAS di Gua Musang yang berkeluasan 3000 ekar. Dato Husam mendakwa lombong tersebut tersimpan reserve bijih besi dan emas bernilai RM2.5 billion, sesuatu yang tidak diketahui rakyat sebelum PRU 13, sehingga ramai bersimpati menderma untuk melihat LERAK direalisasikan walau sedar jumlah RM2.0 billion adalah satu jumlah yang sukar dicapai hanya melalui derma. Dato Husam mendakwa lombong tersebut telah ditukar status oleh pentadbiran baru untuk diberikan kepada beberapa individu. Siapakah individu tersebut, masih menjadi tanda tanya, tapi sudah ada ura ura yang tersebar bahawa tanah 3000 ekar itu telah diberi Status SULTANATE LAND. Adakah takrifan induvidu yang dimaksudkan oleh Dato Husam adalah ‘SULTAN’? Kalau ia benar diberi Status Sultanate Land adalah amat tidak wajar bagi Dato Husam mempertikaikanya. Sewajarnya pentadbiran Kerajaan Negeri harus meneliti secara serius apa yang dituturkan oleh Dato Husam mengenai hal ini supaya hubungan Istana dan Kerajaan Negeri berlangsung baik sepanjang 5 tahun akan datang untuk kesejahteraan rakyat. Satu lagi persolan yang timbul adalah dari mana yang Dato Husam mendapat angka nilai Bijih Besi dan Emas dikawasan seluas 3000 hektar bernilai RM2.5 billion, melebihi apa yang diperlukan untuk membina LERAK, adakah beliau memberitahu berdasarkan Geological Report  atau mana mana laporan bertulis setelah kajian dibuat ?. Adakah ini sekadar sekali lagi untuk menyedapkan hati penyokong penyokong dan rakyat Kelantan sekali lagi untuk terus bersimpati kepadanya?,setelah apa yang berlaku terhadap janji janji terdahulu,  tidak cukup dengan hanya menayangkan kepingan emas yang boleh diragui dari mana asalnya. Dato Husam perlu dedahkan laporan pengesahan terhadap nilai sumber itu kepada rakyat.

DERHAKA

Ekoran dari keluarnya surat yang dikatakan mempunyai tandatangan Tuanku Sultan Muhammad V, seorang Aktivis NGOR, Aduka Taruna yang kini bergerak atas nama Aktivis Kelantan 03 (AK03) mendakwa bahawa Dato Nik Amar telah melakukan kesalahan kerana mendakwa Tuanku Sultan Kelantan terlibat dalam isu perlantikan Exco ,dan ingin membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Besar Kelantan itu. Bagaimanapun niat beliau terbantut , beliau sebaliknya bersama sama NGOR yang diketuai oleh Presiden NGOR ,Nazri Deraman untuk membuat kunjung hormat ke atas Dato Nik Amar untuk mendapatkan penjelasan TMB berkenaan dengan berbagai perkara berbangkit pada 26 Ogos 2013.

sgpicmbr26082013

Selepas pertemuan tersebut, maka salah seorang yang dipercayai menyertai rombongan NGOR itu dikenali sebagai Listen Basikal Tua, telah menulis di sebuah Group Facebook, mula menyalahkan raja (Tuanku Sultan) atas kemelut yang dihadapi oleh pentadbiran Kerajaan Kelantan sekarang. Dengan mengeluarkan beberapa ‘thread’ yang menghasut pembaca supaya mempertikaikan peranan Tuanku dengan menyatakan yang harus dilawan bukan Husam atau Nik Amar sebaliknya ‘Raja’ malah lebih mendukacitakan dia mempertikaikan tentang perbelanjaan Istana yang dakwanya untuk makan mencecah RM1 juta sebulan.

lbtkurg

Ramai yang terpinga pinga apakah yang ditaklimatkan oleh Dato Nik Amar dalam pertemuan itu sehingga pemilik akaun Facebook tersebut dengan beraninya bersikap kurang ajar kepada Tuanku Al Sultan yang dikasihi seluruh rakyat. Dato Nik Amar patut tampil untuk menjelaskan apa yang berlaku.

nazri2

Jika sebelum PRU13, NGOR dengan tanpa ada rasa malu menjaja nama Tuanku dengan membawa Slogan  ‘Tolak Penderhaka Sultan’ sebagai tanda menjunjung titah Tuanku kini ramai diantara aktivisnya sudah menunjukkan belang masing masing, adakah ianya satu manifestasi ketaksuban kepada Husam? Hingga sanggup berbuat demikian?. Atau ini sememangnya sebahagian gerakan ‘Roadmap’ yang di terangkan dalam video Ust. Wan Ji At-tajuddi menuju kepada penghapusan raja berpelembagaan menjelang 2030?.

Saya bukan mahu menyalahkan pergerakan NGOR secara keseluruhan dalam isu ini, tapi yang mengeluarkan kenyataan tersebut adalah Aktivis tegar mereka yang menjadi nadi mereka , maka tidak dapat tidak NGOR mesti bertanggungjawab memohon ampun kepada Tuanku Sultan dan seluruh rakyat Kelantan atas keterlanjuran dan kegagalan mereka menanamkan sikap menghormati Tuanku yang menjadi payung bagi keseluruhan rakyat Kelantan. Tidak perlulah menjaja keseluruh alam mengatakan mereka mempunyai hubungan baik dengan Pihak Istana , tapi dalam waktu yang sama aktivis mereka sendiri menghina Tuanku pun anda tak mampu nak kawal.(untuk rekod Listen Basikal Tua juga adalah ADMIN kepada Group Facebook Aktivis R bersama sama SU NGOR, Syam Ghaz dan beberapa individu lain)

Nik Amar Kena Jelaskan.

Nik Amar Kena Jelaskan.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bilamana dari awal lagi semasa Tuanku Al Sultan Kelantan menerima secara terbuka kaedah penyelesaian isu ini melalui Jawatankuasa Bayaran Tunai yang dicadangkan oleh kerajaan pusat. Tapi mereka bertindak menentang pendekatan yang Tuanku sudah persetujui, dengan cara menghantar memorandum ke Pejabat Menteri Besar Kelantan sedikit masa dahulu, untuk membolehkan mereka terus berkempen menuduh pihak yang tidak bersama sama mereka adalah penderhaka Sultan. Sekarang anda telanlah semula kata kata anda yang memakan diri dan rakyat Kelantan melihat serta menilai kebodohan anda dalam bertindak.

Akhir sekali setelah melihat Kerajaan Baru PAS Kelantan melalui hari hari yang sukar sepanjang lebih dari 100 hari ini dengan berbagai kemelut timbul, saya berharap sangat janganlah sampai melibatkan Tuanku Sultan kekancah polemik perebutan jawatan. Rakyat Kelantan sudah memberikan PAS membawa mandat untuk 5 tahun akan datang kerana terpesona dengan apa yang anda janjikan semasa kempen PRU13, maka lakukanlah sebaik mungkin untuk rakyat. Bukan terus membuang masa Kerajaan Negeri untuk melayan kerenah kebudak budakan NGOR yang senantiasa merengek dahagakan perhatian. Ibarat Itik Yang Kehilangan Ibu.

PATIK DAN SEKELIAN RAKYAT SAYANG DAN MENYANJUNG TINGGI TUANKU AL SULTAN KELANTAN, SULTAN MUHAMMAD V, ALLAHHUAKHBAR!

Tuesday 27 August 2013

Namewee semakin BANGSAT! NAMEWEE HINA ORANG MELAYU dalam filem terbarunya dengan AIR KENCING!





SELEPAS berjaya menghasilkan filem kontroversi berjudul Nasi Lemak 2.0, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee mengarahkan pula sebuah filem berunsur gengster yang menggabungkan tiga kaum terbesar, Hantu Gengster.


Ternyata rezeki memang berpihak kepadanya apabila kedua-dua filem ini mendapat pungutan yang tinggi jika dibanding dengan filem tempatan yang lain. Nasi Lemak 2.0 sahaja sudah mendapat kutipan sebanyak RM7 juta.

Terbaru, filem arahan ketiganya, Kara King pula menjengah panggung awal bulan lalu. Filem ini merupakan filem terbesar bagi Namewee apabila dijangka ditayangkan di beberapa negara Asia.

Bukan itu sahaja, filem ini juga dikatakan turut akan ditayangkan di Kanada. Memang pada dasarnya penghasilan serta perjalanan filem ini boleh dibanggakan kerana ia filem "buatan Malaysia".

Filem ini turut membariskan beberapa nama besar dalam industri seni antarabangsa sebagai barisan pelakon utamanya seperti seorang penyanyi Taiwan popular Gao Ling Feng dan juga pelakon senior Hong Kong yang pasti anda kenal, Ng Mang Tat yang cukup popular dan sering sahaja muncul dalam setiap filem komedi Hong Kong. Ini juga boleh dijadikan sebagai satu peluang kepada pengarahnya untuk menembusi pasaran filem di Taiwan dan Hong Kong.

Namewee sememangnya satu nama yang "terkenal" di Malaysia, bukan semata-mata kerana penghasilan filemnya malahan melalui kontroversi yang dicipta untuk menyampaikan agendanya.

Jika diperhatikan memanglah filem Kara King tidak mempunyai apa-apa masalah, malahan kita sendiri cukup suka apabila filem-filem seumpama ini diterbitkan, tidaklah kita terpaksa menonton filem-filem lawak bodoh tempatan seperti yang dihasilkan selama ini.

Filem yang menjadikan muzik sebagai alat penyatuan dua hati ini merupakan satu perkara baru dan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.

Tidak mahu pergi jauh mengenai filem ini sekadar babak pertama sahaja kita sudah faham apa yang pengarah ini ingin sampaikan.

Seawal babak pertama filem ini sahaja sudah ada agenda tersendiri apabila Namewee (anak kepada Ng Mang Tat) kencing di tepi jalan. Selepas cuba merasuah polis, Namew ee pusing badannya ketika kencing dan air kencingnya terkena pada pakcik dan makcik yang Melayu, yang sedang menunggang motosikal.

Apa yang ingin disampaikan oleh Namewee terhadap babak ini? Rasuah dan air kencing (kurang ajar) kepada orang Melayu, adakah ini sememangnya budaya orang Cina di Malaysia?

Sekiranya ada filem Melayu yang memaparkan perkara seumpama ini, semestinya ada sahaja pihak yang tidak berpuas hati akan memperbesarkan isu ini sehingga ditunda ke beberapa tarikh seperti yang berlaku terhadap filem Tanda Putera arahan Suhaimi Baba sebelum ini.

Perkara ini seakan-akan menjadi bahan lawak bagi Namewee sedangkan ini adalah satu cara baginya untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap orang Melayu. Perbuatan ini memanglah satu lawak baginya namun isu ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang kecil.

Walaupun sudah merangkul anugerah Best Asian New Director di Osaka, Jepun, janganlah dijadikan anugerah itu sebagai tiket untuk menghasilkan filem sampah seumpama ini. Bukan menaikkan isu rasis namun, inilah kenyataan yang dibawakan oleh anak muda yang berasal dari Muar, Johor ini.

Melalui Kara King yang dikatakan bercita-cita ditayangkan di beberapa negara luar ini, sememangnya akan membawa imej Malaysia yang terpesong di luar sana. Penonton luar akan menganggap apa yang dipaparkan dalam filem tersebut adalah Malaysia padahal itu hanya agenda pengarahnya.

Malaysia yang digambarkan dalam filem Kara King didominasi oleh kaum Cina. Walaupun ada diselitkan beberapa watak Melayu dan India namun secara keseluruhannya ini adalah Cina. Ini dijangka akan merintis fenomena baru di mana filem tentang bukan Melayu yang mendominasi negara ini.

Kebiasaannya filem yang sudah siap perlu melepasi Lembaga Penapisan Filem (LPF) terlebih dahulu sebelum ditayangkan. Namun adegan Cina kencing Melayu terlepas dari tapisan LPF seperti terlepasnya filem kontroversi The New Village. Kemungkinan besar LPF masih "buta" dalam membaca wacana dalam setiap filem. Adakah terlalu sukar untuk membaca agenda Namawee yang menghina orang Melayu dalam filem ini? Adegan Melayu dikencing Cina dilepaskan dan adakah ini tidak difikirkan oleh LPF?



Artikel Penuh: 


http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130825/hi_08/Kenapa-masih-buta?#ixzz2d2RzT4Zl © Utusan Melayu (M) Bhd 
*Sepatutnya yang naik motor kena kencing itu, Nedim dengan bapanya!

Monday 26 August 2013

Surat Terima Kasih Kepada PM @NajibRazak Lancar Ops Piramid



Berikut email Surat ucapan Terima Kasih atas jasa baik Kerajaan Malaysia menghantar pulang pelajar dari rusuhan di Mesir. 

Buat kali kedua selepas melakukannya pada kali pertama tahun 2011.

Walaupun majoriti pelajar Mesir sebenarnya ramai cenderung pembangkang.

Namun atas dasar kemanusiaan mereka tetap dibawa pulang dengan pembiayaan oleh Kerajaan.

Harap jangan ada pihak kritik Ops Piramid yang dibuat demi masa depan anak bangsa kita.

Ada juga katanya yang akan menjalani peperiksaan di Malaysia hasil usaha kerajaan.

Jangan kita mencemuh orang yang bersusah payah bantu kita.







بسم اللرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.

 

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam dan selawat dan salam ke atas semulia Nabi dan Rasul dan keluarga baginda serta sahabat semuanya.

 

أولا أريد أن أشكر لحكومة ماليزيا على مساعدتنا بكل الجهد حتي نستطيع أن نعود الي ماليزيا بالسلامة والعافية


وخصوصا الي رئيس الوزراء السيد داتوء سري نجيب ابن عبد الرزاق لمرة الثانية

 


Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menolong sepenuh tenaga sehingga mampu kami pulang ke Malaysia dengan selamat dan sihat tanpa cedera. 

Terutama kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Bin Abd Razak buat kali kedua (operasi Ops Piramid ini)

 


لو لا مساعدة ما كنا نمكن أن نعود ألي بلاد ماليزيا.

Sekiranya tanpa pertolongan maka tidak mungkin kami akan mampu pulang ke negara Malaysia.

 


فأرجو من شعب ماليزيا كلهم أن تشكروأ نعمة الأمن والاستقرار.

Maka saya harap rakyat Malaysia semuanya akan bersyukur dengan nikmat aman dan sejahtera (di negara kita)

 


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 


أخوكم

محمد ذول  عثمان ابن عبد الرحيم

26 أغسطس 2013 بوم الاثنين

 

 

 

 


Sunday 18 August 2013

Surat Terbuka Kepada Pak Lah, KENAPA BENARKAN KALIMULLAH PERALAT PAKLAH LAGI?


Surat Terbuka Kepada Pak Lah,
KENAPA BENARKAN KALIMULLAH PERALAT PAK LAH LAGI?
Assalamualaikum Pak Lah,
Terlebih dahulu saya mohon maaf mencoret warkah tak seberapa ini, 
tatkala saya masih bernyawa, saya masih berfikir untuk memberi 
sumbangan buah fikiran demi survival umat Islam dan bangsa Melayu di 
tanah air tercinta ini.
Pak Lah, saya sungguh sedih mengapa Pak Lah mantan seorang Perdana 
Menteri, dikenali sebagai “Mr. Cleen” malah dihormati sebagai cucunda 
kepada ulama tersohor tanah air, masih lagi membenarkan diri Pak Lah 
dipergunakan oleh individu-individu yang sudah lama mengkhianati Pak 
Lah.
Ketika Pak Lah menjawat Perdana Menteri, Pak Lah lantik dia sebagai 
peneraju akhbar perdana NST. Pak Lah tahu kah apa yang dia buat di 
NST? Ketika kami berjuang dengan mata pena mempertahankan kerajaan 
Pak Lah (2008), dia dengan sesuka hati membuang kami, mengganti 
kami dengan orang-orang yang lebih ‘liberal’ sesuai dengan pemikirannya
yang liberal itu. Malah pada tahun 2009, dia membawa masuk orangorang media dari portal pembangkang. Semuanya semata-mata kerana 
wang.
Sebab itu, di akhir tulisannya selepas Pak Lah kalah di beberapa negeri 
dan tidak berjaya memperolehi 2/3, dia terang-terang menyalahkan Pak 
Lah.
Sifat pembelot manusia bernama Kalimullah ini sudah lama terbukti, 
malah semasa tapisan keselamatan untuk memohon menjadi pegawai 
khas kepada Tun Ghafar Baba, beliau gagal kerana dia dikesan berfungsi 
sebagai ‘agen kepada negara asing’!
Semasa Pak Lah sebagai Perdana Menteri, saya diberitahu dengan bukti 
yang sangat jelas, bagaimana Kalimullah seringkali bertindak berlebihlebihan, dengan menggunakan “budak tingkat 4” bermesyuarat beberapa 
kali di luar waktu pejabat untuk mempengaruhi malah memperbodohkan 
Pak Lah, yang akhirnya kerajaan Pak Lah merosot terok pada tahun 2008.
Mereka turut memperbodohkan menantu Pak Lah yang masih mentah itu.
Isunya Pak Lah, mengapa sesudah Pak Lah berhenti hari ini, Pak Lah 
masih membenarkan Kalimullah berada di sekeliling Pak Lah lagi?

ANTI UMNO, ANTI MELAYU, ANTI ISLAM, PRO PEMBANGKANG
Pak Lah tak tahukah Kalimullah inilah orangnya yang rapat dengan Prof.
James Chin dan Bridget W di mana mereka berdua ini Anti UMNO, Anti 
Melayu, Anti Islam dan Pro Pembangkang! Sekarang mereka berdua 
jugalah yang memerangkap Pak Lah dan memperbodohkan Pak Lah 
dengan mengutip beberapa “kata-kata” Pak Lah lalu dijadikan “headline
issues” dalam himpunan tulisan dalam buku “Awakening” itu! Di mana 
maruah Pak Lah kerana membenarkan diri Pak Lah dipergunakan lagi oleh 
si Kalimullah Pembelot dan agen negara Singapura!
Soalan saya Pak Lah sebagai orang lama dan rakan lama, kenapa Pak Lah 
pergi kepada mereka berdua yang Anti UMNO, Anti Islam, Anti Melayu 
dan Pro Pembangkang? Adakah Pak Lah lupa Pak Lah dari parti mana? 
Tidak adakah lagi wartawan-wartawan yang lebih berjatidiri yang Pro 
UMNO, Islamik, Pro Melayu?
Saya kasihan dengan Pak Lah, seumur hidup Pak Lah semasa menjadi 
Perdana Menteri dan selepas bersara masih menggunakan orang yang 
salah!
Sedarlah dirimu wahai Pak Lah, bahawa Kalimullah itu agen Singapura! 
Pak Lah tak percayakah? Pak Lah boleh periksa berapa kali Kalimullah 
hadir dalam perjumpaan dengan pegawai-pegawai PAP dan DAP di 
Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang? Pergilah Pak Lah periksa 
betapa kerap Kalimullah berulang-alik Pulau Pinang ke Singapura 
membawa mesej kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan PAP Singapura! 
Ini bukan soal bisnez semata-mata Pak Lah, tetapi Kalimullah itulah agen 
dan spy negara Singapura sejak zaman Tun Ghafar Baba lagi!
Sedarlah wahai Pak Lah, betapa Kalimullah memperalat Pak Lah sepenuhpenuhnya untuk memenuhi agenda asing khususnya melalui negara
Singapura. Penasihat-penasihat Pak Lah seperti Kalimullah masih 
meneruskan memperalatkan Pak Lah dengan menjadikan Pak Lah alat 
kepada keperluan Singapura walaupun pak Lah bukan lagi Perdana 
Menteri! 
Lihatlah serangan mereka minggu ini, bermula dengan hal TPPA yang 
suami KSU MITI sendiri journalist kanan bisnes di NST Singapura (hmm 
NST, Kalimullah & Singapura macam tak boleh dipisahkan)! Kemudian isu 
Lee Kuan Yew mengkritik dasar Negara kita, kemudian buku “Awakening”
yang digunakan sepenuhnya untuk memalukan Pak Lah sendiri, juga 
akhbar Singapura memperlekeh kejadian tembak-menembak di Negara
kita dan terkini rakyat Singapura berugama Buddha solat di Surau umat 
Islam! Apakah semua ini berlaku dengan sengaja? Apakah semua perkara 
yang berlaku dalam bulan yang sama ini tidak dengan perancangan? 

Mengapa Pak Lah sanggup diperalatkan lagi oleh Kalimullah, 
Bridget W dan yang lain yang semuanya agen asing ini?
Cukuplah surat terbuka saya ini kepada Pak Lah, jika Pak Lah betul 
sayangkan UMNO janganlah percaya lagi kepada penyunting dan penulis 
yang anti UMNO. Jika Pak Lah betul sayangkan orang Melayu dan Islam, 
sedarlah bahawa Bridget W itu anti Islam dan anti Melayu. Mereka semua 
Pro Pembangkang. Jauhkanlah dirimu dari hasutan Kalimullah agen asing 
kerana dia adalah manusia kapitalis separuh komunis yang bertuhankan 
Cent dan Dollar. Malah dia tidak kesah menjual negaranya, bukankah 
sudah dibuktikan? Tarik balik kerakyatan Kalimullah dan tarik balik
gelaran Datuk dia, supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang 
menjadi agen kepada negara asing!
Sekian, kepada Tuhan saya memohon Ampun.
Sahabat Seperjuangan,
Pak Min, Kuala Lumpur.
13 Ogos 2013.

Thursday 15 August 2013

Artikel Terbaik : Berapa Kali UMNO Perlu Diajar?


Pak Lah Masih Berdendam Dengan Tun Dr Mahathir....?

Penulis hampir terlepas pandang isu buku yang menjadi kontroversi iaitu "Awakening", yang dikatakan mampu mengganggu kemeriahan Hari Raya.....
Tetapi, setelah membaca dan "mengorek-ngorek" ceritanya, inilah dimaklumkan bahawa buku itu tidak menjadi gangguan langsung, malah tidak membawa apa-apa makna atau perubahan pun kepada rakyat Malaysia.

Pak Lah berdendam dengan Tun Mahathir bukanlah sesuatu yang baru kita dengar......
Begitu juga dengan hakikat bahawa Bridget Welsh dan James Chin yang menjadi pengarang buku tersebut, kerana kedua-dua mereka ini memang kerjanya membantai UMNO setiap hari.   

Berita bahawa Nurul Izzah dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura juga bukan sesuatu yang mengejutkan kerana umum sedia maklum bahawa Pak Lah dan kumpulan tingkat empatnya sememangnya meletakkan sebelah kaki di dalam Pakatan Pembangkang, sementara sebelah lagi di dalam UMNO sebagai "jaminan".

Justeru, apa yang dikatakan "kontroversi" di dalam buku tersebut bukanlah kontroversi pun, tetapi sekadar usaha mencipta publisiti oleh para penulisnya, selain usaha beberapa pihak untuk mengucar-kacirkan UMNO dan mungkin juga usaha beberapa pihak lain untuk memenuhi "keperluan hidup" mereka untuk terus menghentam Tun Mahathir.

Apapun jua motifnya, UMNO wajar bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas satu lagi pengajaran, atau mungkin lebih tepat,"ulangkaji pelajaran".  Dari apa yang penulis lihat, buku 'Awakening' seharusnya membantu menyedarkan UMNO mengenai kewujudan musuh dalam selimut...!

Berapa kali UMNO perlu "diajar" ?
Pembabitan Singapura, hakikat bahawa para penulis buku tersebut punya hubungan dengan SUARAM dan bahawa Pakatan Pembangkang terlebih 'mesra' dengan Pak Lah dan kumpulan tingkat empatnya, dan bahawa kesemua mereka menentang seorang individu iaitu Tun Mahathir - sepatutnya sudah mampu menyedarkan UMNO.

Baca seterusnya di sini : http://medan-info-kita.blogspot.com/2013/08/pak-lah-masih-berdendam-dengan-tun-dr.html

*Satu lagi karya terbaik dari Beruang Biru.

Wednesday 14 August 2013

Perlukah Ada SURAT DR MAHATHER BIN MUHAMMAD Yang Kedua?

Lupakan dahulu kisah Buku Pak Lah tapi bukan ditulis oleh Pak Lah sendiri.


Kali ini MyMassa mengajak pembaca untuk meneliti surat bersejarah yang ditulis oleh seorang anak muda kepada kepimpinan  negara pada masa itu.

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu.

Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces".

Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu.

Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.



Patek Yang Ikhlas,



(Dr. Mahather bin Muhammad)

Kredit kepada : http://theunspinners.blogspot.com/2013/08/surat-dr-mahathir-masa-tunku-lemah.html

*Sejarah mungkin berulang....

Friday 2 August 2013

HARAMKAN "THE NEW VILLAGE" KERANA KESALAHAN FAKTA SANGAT TEROK & ANGKAT CHIN PENG HERO


Rakan kami di LPF, di mana LPF pada mulanya memberi kelulusan penayangan filem kontroversi "The New Village" yang diterbitkan oleh Astro Shaw telah menceritakan banyak isu berbangkit yang amat memeranjatkan kami. Dikongsikan kepada pembaca...

Sebelum itu, sedikit latar belakang Astro Shaw ialah berkait dengan company Shaw Brothers yang banyak mendapat keuntungan hasil lakonan P.Ramlee dan rakan-rakan seangkatan di Singapura dan Kuala Lumpur dahulu.

Berbalik kepada filem The New Village, berikut adalah cerita panjang beliau kepada kami.

A. LATAR BELAKANG :
1. Backround sosial filem ini seawalnya cuba menghidupkan suasana "good komunis", suasana kehidupan awal pendatang Cina generasi kedua, ditunjuk surat si abang yang telah berjaya bekerja di negara China. Adegan surat orang Cina di Malaya menunjukkan Kerajaan China Komunis di Tanah Besar China mempunyai hubungan dengan elemen Komunis di Malaya. Dalam keadaan Darurat bagaimana surat dari negara China boleh sampai tanpa diperiksa oleh Kerajaan British?

2. Babak penting berlaku apabila keluarga Cina Pro-Komunis ini menyembunyikan seorang gerila Komunis (Ah Nam yang membawa watak Chin Peng) dan diselit adegan jatuh cinta  di antara Ah Nam dengan anak gadis Lim yang menyelamatkannya dari ditangkap tentera British.

3. Bermulalah propaganda Cina Komunis bahawa penjajah British dan Jepun kedua-duanya adalah Penjahat sebaliknya Cina Komunis (PKM) digambarkan baik dan mulia. Perkara ini dibuktikan semasa insiden rumah keluarga Lim diroboh & diarah pindah ke petempatan baru yang berpagar. Plot filem ini didapati sengaja menunjukkan propaganda bahawa sesiapa yang tidak mahu berpindah dituduh sebagai penyokong Gerila Komunis (PKM). Akhirnya dengan air mata kemarahan, kebencian dan dendam kepada "kerajaan', keluarga Lim terpaksa berpindah.

Nota : Sepatutnya Produser memberi gambaran yang lebih tepat bahawa peristiwa berpindah itu dikenali sebagai Rancangan Briggs yang bertujuan menghalang kegiatan Komunis yang mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di pinggir hutan. Malangnya Prosedur memberi gambar sebaliknya, iaitu perpindahan tersebut sebagai suatu kekejaman kepada masyarakat Cina Komunis.

4. Gambaran suasana petempatan baru yang serba daif seperti pondok beratap kain/nipah & dipagar dawai berduri. Ditunjukkan juga bendera Union Jack, malah pegawai British berbangsa Cina digelar pengkhianat oleh talibarut Komunis (PKM) di dalam kem itu. Sebenarnya, Produser patut memberi gambaran yang lebih jelas seperti pegawai-pegawai tentera dan polis British ketika itu kebanyakan adalah askar Gurkha dari India dan Singapura.

B. PERWATAKAN BERELEMEN CINA KOMUNIS
5. Pada topi Gerila Komunis (PKM) ditunjukkan dengan jelas lambang Bintang Komunis, malah terdapat babak tidak logik ketika pegawai British bernama William berucap menggunakan B. Ingggeris disambut spontan oleh orang-orang Cina Komunis dengan aksi "ooooooh' walhal mereka tidak faham bahasa Ingggeris ,sebab itu mereka menggunakan penterjemah.

6. Filem ini menyelitkan dialog pegawai tentera British berbangsa Cina sebagai Pengkhianat dalam dua tiga kali insiden. Jika hendak dibandingkan dengan suasana sekarang, kelihatannya gambaran pengkhianat itu ditujukan kepada  MCA, wajah pegawai itu saling tak tumpah seperti wajah Dr. Chua Soi Lek badan berisi dan fesyen rambutnya. (hampir serupa ketika Dr. Chua Soi Lek muda di Universiti Malaya). Kami tidak jelas sama ada hal ini kebetulan atau memang dirancang?

7. Gambaran berlebih-lebihan dibuat untuk menunjukkan betapa Cina Komunis ini tersiksa di petempatan baharu seperti suasana malam ditunjukkan mereka sedang tidur bergelimpangan di atas tanah, ini tidak menggambar keadaan sebenar, ianya seolah-olah sengaja menunjuk penyiksaan dan derita yang mereka alami. Tujuannya sangat mudah iaitu supaya generasi muda Cina sekarang akan memberi belaskasihan dan bertambah benci kepada Kerajaan.  

8. Gambaran "We Are The Chinese" terserlah dalam filem ini dimana walaupun petempatan itu dikawal dalam pagar berduri, talibarut Komunis dalam kem itu masih menyeludup makanan dan ubatan kepada gerila Komunis.
 
9. Watak Ah Nam dalam filem ini adalah Watak Chin Peng yang dijulang sebagai Hero Malaya menentang Jepun dan menentang British. Ah Nam atau Chin Peng dijulang dalam filem ini sebagai Hero sebenar Malaya bukannya Tunku Abdul Rahman, Sarjan Hassan atau Leftenan Adnan!

10. Propaganda Filem ini ke arah "Good Komunis" atau "Ah Nam @ Chin Peng" adalah Pejuang Kemerdekaan sebenarnya terbukti apabila Prosedur "menyalahgunakan" peristiwa bersejarah Rundingan Baling, Rundingan Damai PKM 1989 dan Lawatan Tun Razak ke China untuk membenarkan "KeHeroan dan Perjuangan Ah Nam@Chin Peng".

Digambarkan Kononnya Ah Nam@Chin Penglah yang berusaha memerdekakan Tanah Melayu melalui Rundingan Baling 1955. Digambarkan pula "Ah Nam@Chin Peng"lah yang membawa Keamanan kepada Malaysia melalui Rundingan Damai PKM 1989. Kejahatan Prosedur filem ini ialah apabila menggunakan Lawatan Tun Razak di China untuk menguatkan hujah filem ini bahawa Tun Razak pun mengiktiraf Komunis.

Soalan: Apakah Produser filem ini sudah menemui Profesor Ubaidullah, yang menjadi jurucakap semasa Lawatan Tun Razak ke Beijing? Apakah Profesor Ubaidullah akan bersetuju dengan pemaparan peristiwa Lawatan itu dalam filem Propaganda Komunis ini?

11. Propaganda yang sangat positif diberi kepada Chin Peng (Ah Nam) bahawa mereka masuk Hutan untuk menghalau penjajah Jepun dan British dari 'tanah air kita'. Mesej mereka ialah sama ada Jepun atau British mereka adalah penjahat, sebaliknya gerila Komunis diberi gambaran Penyelamat kepada orang Cina dari penjajahan Jepun dan British.

12. Saya melihat filem ini berjaya mengangkat Chin Peng dan Cina Komunis (PKM) sebagai Pejuang Sebenar kemerdekaan Malaya.

C. PENAMAT
13. Penamat story filem ini ialah Happy Ending dengan gambaran Alangkah Bahagianya kalau Ah Nam@Chin Peng balik ke "tanah airnya Malaysia" dan sembahyang di depan gambar bapanya dan ditunjuk betapa Malaysia yang aman sekarang adalah hasil perjuangan Cina Komunis (PKM) dan Chin Peng.

*Lagu tema "Perjalanan Yang Panjang" menggunakan saxophone dimainkan dua kali semasa di dalam gua dan ketika Ah Nam@ Chin Peng balik ke sekolah bertemu kekasihnya yang terpisah ketika zaman darurat. Lagu itu adalah lagu perjuangan Komunisme, saxophone adalah elemen Komunis dalam muzik dan lagu.

D. KESAN JIKA FILEM INI DITAYANG
14. Chin Peng dan Komunis Cina (PKM) akan dijulang sebagai Hero Sebenar Tanah Melayu mendapat Kemerdekaan, bukannya Tunku Abd. Rahman, Leftenan Adnan, Sarjan Hassan, perajurit di Bukit Kepong, di Kalabakan dan sebagainya.

Filem ini adalah jawapan kepada filem-filem Patriotik seperti Bukit Kepong, Hati Malaya, Leftenan Adnan, Sarjan Hassan dan Tanda Putera. Filem ini adalah untuk mengubah sejarah negara ini dan mengubah persepsi generasi baru.

15. Dalam konteks moden, tujuan sebenar filem ini adalah untuk mengangkat DAP sebagai parti orang Cina sebenar, sebab itulah Lim Guan Eng merah padam mukanya apabila filem ini menjadi isu besar dan hendak diharamkan. DAP digambarkan sebagai pejuang orang Cina sebenar dan MCA digambarkan sebagai Pengkhianat. Apa sebabnya LGE marah sangat?

16. Di dalam filem ini juga, Tun Razak dan Tunku Abd Rahman diberi gambaran pemimpin yang hidup senang-lenang dan hanya menikmati kesenangan hasil perjuangan gerila Cina Komunis dan Chin Peng.

17. Di penghujung filem ini juga, diberi gambaran keamanan Malaysia hasil kesusahan, penderitaan dan pejuang gerila Komunis (PKM) dan Ah Nam@Chin Peng.

E. KESIMPULAN
18. Filem ini tidak boleh ditayangkan di Malaysia kerana fakta-fakta yang tidak tepat, menyalahgunakan peristiwa sejarah dan berpotensi membangkitkan kemarahan dan "amuk" pejuang-pejuang Melayu yang masih hidup ketika menentang kejahatan gerila Komunis (PKM).

19. Siasatan perlu dibuat bagaimana Lembaga Penapis Filem (LPF) boleh meluluskan penayangan filem ini pada bulan Ogos tanpa meneliti fakta-fakta songsang dan propaganda Komunis yang dimainkan dalam filem ini! Kita tidak faham apakah berlaku kes lepas tangan atau makan gaji buta.

20. Penerbit Filem ini Astro Shaw yang susurgalurnya Shaw Brothers perlu memberi penjelasan mengapa menerbitkan sebuah filem anti nasional, anti perpaduan dan anti sejarah negara! Pembikinan filem ini dibuat dalam keadaan sedar dan sengaja dibuat, tidak wujud kes terlepas pandang. Ianya jelas disengajakan untuk membina propaganda "good Komunis" kepada perjuangan gerila Komunis (PKM) dan Chin Peng!

21. Isu besar di sini ialah kesalahan Fakta Sejarah yang sangat terok,  penggunaan Muzik dan Filem untuk membenarkan Fakta baharu dan kesan-kesan negatif kepada "nation building" negara kita.