Thursday 23 July 2015

Jangan Terperangkap Dengan Agenda Dap


Sah! GHB Barua Dap!


Wednesday 22 July 2015

Mat Sabu Yang Tidak Relevan! Bukannya Pas!

SHAH ALAM - Majlis Syura Ulama Pas membidas bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhubung kenyataannya semalam yang menyebut Pas sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masa ini.
 
Setiausahanya, Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh berkata, kenyataan Mat Sabu itu yang tidak relevan bukan parti itu.
 
“Dia nak tubuh parti baharu, tubuhlah. Ucapan dia (Mat Sabu) yang sudah tidak relevan. Apabila dia tubuh parti lain, dia nak campur dengan Pas, itu yang tidak relevan.

“Sebab ucapan dia yang tidak relevan mutakhir ini menyebabkan perwakilan menolak dia dalam Muktamar Pas. Itu sahaja. Dia yang tak relevan bukan orang lain tak relevan,” katanya kepada Sinar Online, semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta memberi respons terhadap laporan yang menyebut Mat Sabu mendakwa Pas sudah tidak relevan lagi dan penubuhan Gerakan Harapan Baru cara untuk membuat pembaharuan terhadap parti Islam itu.
 
Mengulas soal kemungkinan penyokong Pas terbahagi dua susulan penubuhan Gerakan Harapan Baru, Nik Zawawi segera menafikan perkara itu.
 
“Tak. Tak mungkin. Pas ada kekuatan sendiri dan sejarah orang yang keluar Pas ini sudah lama...insya-ALLAH orang yang betul-betul memperjuangkan Islam akan duduk istiqamah dalam perjuangan Pas,” katanya. - SINAR HARIAN

Silakan Keluar Parti Pas Sekiranya Mahu Jatuh Talak

Sumpah bai'ah: Jatuh talak kalau keluar PAS dan sertai parti lain

Sumpah bai'ah: Jatuh talak kalau keluar PAS dan sertai parti lain
DAUD: Mana-mana individu yang melafaz sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah.
KOTA BHARU: Talak yang dilafaz secara bersumpah, bergurau atau berikrar adalah sah dan hakiki.

Mana-mana individu tidak boleh sewenang-wenang mempermainkan lafaz talak atau cerai atas apa alasan sekalipun.

Pandangan disuarakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengulas sumpah bai'ah talak tiga yang dilafaz ahli PAS sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Daud menegaskan mana-mana individu yang melafaz sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah.

Ini kerana lafaz talak yang diikrar adalah sah.

Tegas Daud, taklik talak dengan bersumpah itu tidak boleh dielakkan dengan kafarah atau bayar denda sumpah.

Beliau menasihatkan individu yang terlibat melafaz bai'ah talak tiga dan bertindak keluar parti untuk menyertai parti lain, merujuk pengesahan cerai di Mahkamah Syariah.

Jika tidak dirujuk ke Mahkamah Syariah, mereka boleh dianggap bersekedudukan secara haram.

Saturday 4 July 2015

AWSJ JANGANLAH MENIPU KAMI RAKYAT MALAYSIA

AWSJ JANGANLAH MENIPU KAMI RAKYAT MALAYSIA


Perbuatan 'Pengkhinat-Pengkhianat Negara'

Tuduhan terbaharu Asian Wall Street Journal (AWSJ) yang memetik sumber penyiasat tanpa nama daripada portal Sarawak Report (SR) kononnya PM mengambil wang daripada 1MDB dan meletakkannya di dalam akaun peribadi PM merupakan tuduhan AWSJ dan SR yang sangat tidak masuk akal. Tuduhan terbaharu itu jelas meng'konfirm'kan bahawa semua cerita 1MDB selama ini adalah untuk mengaibkan PM sahaja.  Dan kami dapati tuduhan terbaharu ini jelas merupakan satu lagi titik hitam yang menunjukkan adanya permainan "pengkhianat-pengkhianat Negara"!!!

Ada pihak menuduh penangkapan Justo di Thailand juga satu konspirasi. Namun begitu, pihak Polis Thailand menyatakan Justo telah menipu bekas majikannya Petrosaudi dengan memerasugut Petrosaudi untuk mendapatkan wang sejumlah 2.5 juta Swiss Francs jika tidak mahu maklumat perniagaan Petrosaaudi didedahkan. Itulah hasil siasatan Polis Thailand. Persoalannya kini, terbukti Justo telah menjual maklumat kepada SR sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuan SR membayar maklumat itu? Dan SR pula menjualkannya kepada 'pengkhianat-pengkhianat negara'. Masihkah anda ingat awal-awal dulu SR meng'claim' kononnya mereka mempunyai beribu-ribu emel mengenai 1MDB dengan Petrosaudi, malangnya beribu-ribu emel itu sampai sekarang tidak muncul-muncul! Wah nampaknya Justo memeras wang dari Petrosaudi juga memeras wang dari SR. 

Minggu ini negara kita baharu sahaja menerima kenaikan penarafan ekonomi oleh Fitch, dan ianya seolah-olah mahu ditutup dengan kadar segera oleh 'pengkhianat-pengkhianat negara' dengan berita palsu kononnya sejumlah wang 1MDB yang besar dimasukkan ke dalam akaun PM. Jelas ianya cerita bermotif Politik, sejarah membuktikan laporan AWSJ di negara kita ialah selepas gagal membuktikan satu isu, dicipta lagi isu baharu, apabila gagal lagi dicipta lagi isu terbaharu. Inilah modus operandi AWSJ dengan bantuan 'pengkhianat-pengkhianat negara'. Kepada AWSJ dan para pengkhianat negara, janganlah Menipu kami rakyat Malaysia !!!

Adakah kamu berfikir semua menteri-menteri buta hati, buta mata dan akan membiarkan sejumlah besar wang negara yang tidak masuk akal itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM? Jika perkara itu benar-benar berlaku, sudah pasti mereka akan meletak jawatan berama-ramai. Namun, mereka tidak melakukannya kerana mereka jua tahu semua tuduhan ke atas PM adalah bermotifkan politik. 

Kita hendaklah sedar, propaganda dan niat jahat 'pengkhianat-pengkhianat negara' ini bukan sahaja hendak menjatuhkan PM dan negara. tetapi mereka mahu merosakkan institusi Islam dan Melayu yang lain. Nik Abduh Nik Aziz semalam mengakui wujudnya Konspirasi dari dalam dan luar negara untuk merosakkan politik orang Islam dengan membuat fitnah, merosakkan dan menjatuhkan kepimpinan politik umat Islam di negara Malaysia. 

Kesimpulannya, pihak 1MDB, PM sendiri dan Ihsan Perdana Sdn. BHd. telah mengeluarkan statement menafikan tuduhan-tuduhan palsu AWSJ tersebut. Terbaharu, langkah PM untuk menyaman AWSJ membuktikan PM serius menolak tuduhan jahat dan fitnah AWSJ. Kepada AWSJ, janganlah Menipu dan Memperbodohkan kami rakyat Malaysia. Kepada para 'pengkhianat-pengkhianat negara' berhentilah bersekongkol dengan AWSJ dan SR kerana ia langsung tidak membawa manafaat kepada negara !