Saturday 4 July 2015

AWSJ JANGANLAH MENIPU KAMI RAKYAT MALAYSIA

AWSJ JANGANLAH MENIPU KAMI RAKYAT MALAYSIA


Perbuatan 'Pengkhinat-Pengkhianat Negara'

Tuduhan terbaharu Asian Wall Street Journal (AWSJ) yang memetik sumber penyiasat tanpa nama daripada portal Sarawak Report (SR) kononnya PM mengambil wang daripada 1MDB dan meletakkannya di dalam akaun peribadi PM merupakan tuduhan AWSJ dan SR yang sangat tidak masuk akal. Tuduhan terbaharu itu jelas meng'konfirm'kan bahawa semua cerita 1MDB selama ini adalah untuk mengaibkan PM sahaja.  Dan kami dapati tuduhan terbaharu ini jelas merupakan satu lagi titik hitam yang menunjukkan adanya permainan "pengkhianat-pengkhianat Negara"!!!

Ada pihak menuduh penangkapan Justo di Thailand juga satu konspirasi. Namun begitu, pihak Polis Thailand menyatakan Justo telah menipu bekas majikannya Petrosaudi dengan memerasugut Petrosaudi untuk mendapatkan wang sejumlah 2.5 juta Swiss Francs jika tidak mahu maklumat perniagaan Petrosaaudi didedahkan. Itulah hasil siasatan Polis Thailand. Persoalannya kini, terbukti Justo telah menjual maklumat kepada SR sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuan SR membayar maklumat itu? Dan SR pula menjualkannya kepada 'pengkhianat-pengkhianat negara'. Masihkah anda ingat awal-awal dulu SR meng'claim' kononnya mereka mempunyai beribu-ribu emel mengenai 1MDB dengan Petrosaudi, malangnya beribu-ribu emel itu sampai sekarang tidak muncul-muncul! Wah nampaknya Justo memeras wang dari Petrosaudi juga memeras wang dari SR. 

Minggu ini negara kita baharu sahaja menerima kenaikan penarafan ekonomi oleh Fitch, dan ianya seolah-olah mahu ditutup dengan kadar segera oleh 'pengkhianat-pengkhianat negara' dengan berita palsu kononnya sejumlah wang 1MDB yang besar dimasukkan ke dalam akaun PM. Jelas ianya cerita bermotif Politik, sejarah membuktikan laporan AWSJ di negara kita ialah selepas gagal membuktikan satu isu, dicipta lagi isu baharu, apabila gagal lagi dicipta lagi isu terbaharu. Inilah modus operandi AWSJ dengan bantuan 'pengkhianat-pengkhianat negara'. Kepada AWSJ dan para pengkhianat negara, janganlah Menipu kami rakyat Malaysia !!!

Adakah kamu berfikir semua menteri-menteri buta hati, buta mata dan akan membiarkan sejumlah besar wang negara yang tidak masuk akal itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM? Jika perkara itu benar-benar berlaku, sudah pasti mereka akan meletak jawatan berama-ramai. Namun, mereka tidak melakukannya kerana mereka jua tahu semua tuduhan ke atas PM adalah bermotifkan politik. 

Kita hendaklah sedar, propaganda dan niat jahat 'pengkhianat-pengkhianat negara' ini bukan sahaja hendak menjatuhkan PM dan negara. tetapi mereka mahu merosakkan institusi Islam dan Melayu yang lain. Nik Abduh Nik Aziz semalam mengakui wujudnya Konspirasi dari dalam dan luar negara untuk merosakkan politik orang Islam dengan membuat fitnah, merosakkan dan menjatuhkan kepimpinan politik umat Islam di negara Malaysia. 

Kesimpulannya, pihak 1MDB, PM sendiri dan Ihsan Perdana Sdn. BHd. telah mengeluarkan statement menafikan tuduhan-tuduhan palsu AWSJ tersebut. Terbaharu, langkah PM untuk menyaman AWSJ membuktikan PM serius menolak tuduhan jahat dan fitnah AWSJ. Kepada AWSJ, janganlah Menipu dan Memperbodohkan kami rakyat Malaysia. Kepada para 'pengkhianat-pengkhianat negara' berhentilah bersekongkol dengan AWSJ dan SR kerana ia langsung tidak membawa manafaat kepada negara !

0 comments:

Post a Comment