Wednesday 22 July 2015

Silakan Keluar Parti Pas Sekiranya Mahu Jatuh Talak

Sumpah bai'ah: Jatuh talak kalau keluar PAS dan sertai parti lain

Sumpah bai'ah: Jatuh talak kalau keluar PAS dan sertai parti lain
DAUD: Mana-mana individu yang melafaz sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah.
KOTA BHARU: Talak yang dilafaz secara bersumpah, bergurau atau berikrar adalah sah dan hakiki.

Mana-mana individu tidak boleh sewenang-wenang mempermainkan lafaz talak atau cerai atas apa alasan sekalipun.

Pandangan disuarakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengulas sumpah bai'ah talak tiga yang dilafaz ahli PAS sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Daud menegaskan mana-mana individu yang melafaz sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah.

Ini kerana lafaz talak yang diikrar adalah sah.

Tegas Daud, taklik talak dengan bersumpah itu tidak boleh dielakkan dengan kafarah atau bayar denda sumpah.

Beliau menasihatkan individu yang terlibat melafaz bai'ah talak tiga dan bertindak keluar parti untuk menyertai parti lain, merujuk pengesahan cerai di Mahkamah Syariah.

Jika tidak dirujuk ke Mahkamah Syariah, mereka boleh dianggap bersekedudukan secara haram.

0 comments:

Post a Comment