Gelombang Red Warriors gegarkan Putra Bukit Jalil
LEBIH 15,000 anak-anak kelahiran Kelantan di perantauan dijangka akan memeriahkan Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil 17 Februari ini, lapor ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD.
Pengarah Programnya, Datuk Dr Mohd Kaisan Ab Rahman berkata, himpunan itu diadakan bagi merapatkan hubungan anak-anak Kelantan yang berada di Lembah Klang tanpa mengira fahaman politik.
“Pelbagai acara akan diadakan bermula jam 9pagi hingga 6.30 petang. Acara kemuncaknya adalah amanat khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kami mengalu-alukan kedatangan semua anak-anak Kelantan khususnya yang berada di Lembah Klang ini. Tema kita adalah merah, kita harapkan gelombang The Red Warriors akan meriahkan Stadium Putra Bukit Jalil nanti,” katanya.
Himpunan itu disokong lebih 20 NGO anak-anak Kelantan dan turut disokong oleh NGO dari anak-anak Terengganu dan Pahang.
Program himpunan itu turut dinaungi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan mendapat kerjasama daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menurut Pengerusi Program, Azmi Alwi, pelbagai acara menarik akan diadakan antaranya pertandingan paintball, street soccer, dikir barat dan banyak lagi.

0 comments:
Post a Comment