TUMPAT – Masalah sistem perparitan tersumbat dan ditumbuhi semak samun
didakwa tidak mendapat perhatian pihak berkenaan dan menyebabkan
penduduk di Kampung Kepulau, di sini, dibelenggu masalah banjir kilat.
Seorang penduduk yang ditemui, Sheikh Abdul Rahim Sheikh Hussin, 57 berkata, setiap kali hujan melanda, penduduk akan terdedah kepada risiko kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat.
Menurutnya, masalah banjir kilat berlaku berikutan air dari dalam longkang sepanjang dua kilometer yang tersumbat itu akan melimpah keluar.
“Ia berlaku kerana longkang tersebut tersumbat, dipenuhi tanah, rumput dan sampah sarap. Langsung tidak diselenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan,” dakwanya.
Tambahnya, ketika hujan melanda dua minggu lepas, kawasan kediamannya dinaiki air dan nyaris melimpah masuk ke dalam rumah.
Katanya, banjir kilat pasti berlaku setiap kali hujan lebat melanda dan kali ini penduduk tidak pasti kali ke berapa masalah tersebut berulang.
“Sekarang kami cukup risau memikirkan ketibaan musim tengkujuh yang mana banjir boleh berlaku pada bila-bila masa, sedangkan keadaan longkang belum diselenggarakan,” katanya.
Peniaga, Mohd Norizan Puteh berkata, kedainya turut dimasuki air ketika hujan lebat melanda dua minggu lalu dan ia mengundang rasa tidak selesa.
Menurutnya, selagi longkang di depan kedainya tidak diselenggarakan, selagi itu masalah banjir kilat akan berlaku di kawasan Kampung Kepulau.
“Antara masalah utama adalah limpahan air akan mengambil masa agak lama untuk kembali surut dan biasanya selepas tiga jam hujan berhenti baru air mulai surut,” katanya.

0 comments:
Post a Comment