Wednesday 17 September 2014

#Pengkalan Kubor, Nik Abduh Marah Jentera Pas Guna Nik Aziz

 
   

   


Harini ini di Pantai Seri Tujuh Tumpat Mursyidul Am Pas sekali lagi di heret berkempen bagi menarik sokongan orang ramai menyokong calon mereka.

Seperti sedia maklum TGNA sudah uzur dan tidak larat namun terpaksa turun berkempen bagi memenangkan calon Pas untuk merampas kerusi tersebut dari BN sebelum ini.

Walaupun TGNA datang merasmikan majlis namun dapat dilihat sokongan terhadap calon Pas semakin merosot berbanding dengan Calon BN. Majlis di hadiri oleh orang luar bukan orang tempatan ataupun bukan pengundi Dun Pengkalan Kubor.

Ceramah yang berkelompok di adakan setiap malam di setiap PDM juga sangat kurang sambutan. Dipercayai akibat dari boikot geng anwarinas dan beberapa individu yang tidak bersetuju dengan perlantikan calon Pas ini untuk bertanding di Pengkalan Kubor. 

Ketidakhadiran TGNA di Muktamar Pas kali ini juga menimbulkan keanehan oleh perwakilan kerana biasanya ucapan Mursyidul Am yang di tunggu oleh perwakilan Pas yang pergi Ke Muktamar.

TGNA sangat uzur dengan membawa beg air kencing kehulu kehilir akibat penyakit yang beliau hadapi namun kejamnya jentera Pas Kelantan kerana terpaksa hadapi kempen ini walaupun beliau sakit. 

Sumber dalaman Pas berkata anak TGNA amat marah kerana ini adalah satu penderaan fizikal terhadap TGNA, mereka berpendapat supaya jentera Pas Kelantan di bawah kepimpinan  baru perlu melahirkan ikon Politik lain dalam Kelantan supaya TGNA tidak penat dan berada dalam keadaan sihat sentiasa.

0 comments:

Post a Comment