Wednesday, 2 September 2015

Hatta Ramli Sah Cerai Talak Tiga!!


Ini Buktinya DAP Takut Bila Melayu Bersatu!!


Thursday, 27 August 2015

# Bersih Jadi Kotor Untuk Umat Islam Malaysia




Tuesday, 25 August 2015

Terkini Husam Musa Terus Serang Kelantan

Perutusan YDP Kubang Kerian untuk Majlis Penerangan Dan Dialog Isu-Isu Semasa PAS Kubang Kerian 25 Ogos 2015

Assalamualaikum wrbt

Al Fadhil Penceramah Jemputan, YB TPJ, Saf Pimpinan Kawasan & Para Hadhirin

Saya alukan kedatangan tetamu dan majlis ini. Saya masih berkeuzuran. Namun begitu memandangkan majlis ini adalah penting, sayugia saya selaku orang tua yang dimanahkan mengetuai Kawasan Kubang Kerian, adalah penting untuk memberikan sedikit kata-kata bagi majlis ini.

Pertama, saya berharap ada dialog dua hala yang terbuka antara penceramah dan ahli Pas Kubang Kerian supaya segala kekusutan dapat diselesaikan umpamanya ;

1) Akta 355 dimana dikatakan akta ini hanya satu alat politik  bersama dengan UMNO untuk memecahbelahkan parti, merosakkan imej PAS dan melemahkan kedudukan PAS. Selepas dijanjikan Akta ini dibawa sebagai Private Member's Bill yang akan dibentangkan pada Sidang Parlimen bulan April dan kemudiannya bulan Jun kemudian lagi bulan November, dua sesi Parlimen telah berlalu dengan kehampaan seakan PAS telah dipermain oleh UMNO.

Soalnya, mengapa PAS semudah itu diputar belit oleh UMNO?

Mengapa bill ini dibawa tergesa-gesa tanpa pengetahuan PAS Pusat? Akhirnya difahamkan diputuskan utk diserahkan semula kpd kerajaan Pusat.
 

Dan seribu soalan lagi !

2. Menjelang Muktamar baru-baru ini segala bentuk fitnah dan caci maki di luar adab Islam telah berlaku.

Apa pendirian Majlis Syura PAS dan PAS Pusat?
Adakah ini dibenarkan oleh Islam?

Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana PAS boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia?

3. Keadaan Pentadbiran Kelantan sekarang menjadi buah mulut rakyat. Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Al-Marhum Tok Guru dari segi:
a) Kemewahan hidup para pemimpin
b) Kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap
c) Pengagihan kekayaan negeri kepada kroni tanpa tender
d) Lain-lain perkara yang sepatutnya dipantau PAS Pusat.

Sekian,

Saudara mu seagama,seperjuangan dan separti.

Husam Musa
YDP PAS Kubang Kerian
6.05 petang, 
25 Ogos 2015 bersamaan
10 Zulkaedah 1436 H.

Monday, 24 August 2015

BERSIH 4.0 HANYA AKTIVITI MAKSIAT ADA KONDOM & LEBIH KEPADA MEMPERBODOH UMAT ISLAM


BERSIH YANG KOTOR

Cerita pasal BERSIH 4.0. sedang kami berkursus dalam Kursus Emergency dan Trauma anjuran Kor Medik dan Penyelamat Jabatan Amal Malaysia di Sg. Congkak Hulu Langat. Kehadiran Ust. Nasaruddin Tantawi amat mengejutkan kami, beliau telah diberikan kesempatan untuk memberikan sepatah dua kata.

Beliau menceritakan cerita sebenar disebalik BERSIH 4.0. Dlm BERSIH 1~3, PAS merupakan penganjur bersama. Semua syarat PAS dituruti iaitu perhimpunan aman dan bertatasusila Islamik dan tidak menggalakkan campuran lelaki dan perempuan namun penganjur tetap mengingkari segala syarat tersebut. 

Pada BERSIH 4 yg akan diadakan kali ini PAS telah ditolak awal2 drp menjadi penganjur bersama kerana mereka telah ada GHB iaitu golongan yg kecewa selepas kalah dlm Muktamar PAS yg lalu. Selain drp itu dasar PAS yang Islamik dan berpendirian tegas utk tidak mengheret rakyat kepada aktiviti mengharu-birukan keselamatan dan keamanan negara.

PAS yg telah ditolak sebagai penganjur bersama namun diminta utk mengerahkan ahlinya dan Sayap Utama iaitu Unit Amal utk turun seramai mungkin. Tindakan ini seolah2 menghina PAS kerana sikap mereka AJK BERSIH 4.0 ini hanya mahu meletakkan para pimpinan PAS dan UNIT AMAL sebagai budak suruhan mereka. Cukup2lah selama ini mereka memperkudakan PAS dlm siri demonstrasi haram BERSIH 1~3!

Islam yg sepatutnya memerintah tetapi mereka penganjur BERSIH pula nak memerintah.Mana mungkin.. Pengalaman Unit Amal menjaga program/aktiviti mereka sebelum ini yg berkhemah di Dataran Merdeka menghasilkan ketidakpuasan hati ahli Amal yg bertugas kerana mereka mengadakan aktiviti hiburan, minum arak dan berdua-duaan di dalam khemah masing2, sehingga ada terdpt kondom bertebaran di kawasan mereka berkhemah.

Bayangkan jika aktiviti yg lebih kurang sama ini nak dibuat drp 29 hingga 30 Ogos ini melibatkan ribuan yg hadir selama 36 jam.. Tiada aktiviti khusus dirancang hanya nak duduk atau occupy padang dataran tersebut selama 36 jam.. Jika berlaku kes yg sama seperti yg lepas dimana tiada kawasan khas utk perempuan dan lelaki (semua campur sekali) ini akan mendtgkan maksiat..Sudah tentu mereka yg hadir lebih berseronok kpd perkara2 yg maksiat dan melalaikan. Program tersebut juga akan disertai oleh pelbagai NGO termasuk LGBT (NGO lesbian dan gay) sanggupkah UNIT AMAL menjaga keselamatan mereka?

Ust. Nasaruddin Tantawi menegaskan tak sanggup melihat unit Amal menjadi budak suruhan lagi utk kerja2 maksiat mereka..Beliau mengingatkan seluruh ahli dan keluarga agar menjauhi perhimpunan BERSIH 4 itu kerana penganjur mempunyai agenda yg amat tidak baik disebaliknya.

Ayuh jauhi BERSIH 4!!!!!

Friday, 21 August 2015

Koleksi Poster Siri Bercakap Dengan Azmin#DEIG



Thursday, 20 August 2015

Darul Ehsan Investment Group #DEIG Kebimbangan Kita

Kenyataan YB Budiman Mohd Zohdi.
ADUN Sg Panjang
Setiausaha Adun BN Selangor

Darul Ehsan Investment Group (DEIG) - Kebimbangan Kita

Dalam keghairahan pakatan pembangkang menyerang Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya dilihat memakan diri apabila berjaya mencipta kontroversi mereka sendiri di sebalik penubuhan DEIG yang diletakkan di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang cukup meragukan.

Jika dilihat secara kasar dan dasarnya, penubuhan entiti pelaburan ini dilihat sama seperti penubuhan syarikat-syarikat lain yang mana ia tertakluk di bawah Akta Syarikat 1967. Namun penubuhan DEIG dibawah akta itu menjadikan entiti tersebut menikmati status bebas daripada diaudit oleh mana-mana pihak termasuklah membentangkan kedudukannya untuk pengetahuan atau dibincangkan di peringkat DUN Selangor. 

Seolah-olah penuh dengan agenda tersirat, kewujudan DEIG itu sendiri mencetuskan seribu persoalan dari segi keperluan sebenar penubuhannya sama ada ia benar untuk meningkatkan prestasi pelaburan negeri atau hanya untuk kepentingan pihak tertentu semata-mata.

Ini jelas menunjukkan bahawa kewujudan DEIG dilihat mencetuskan persoalan dan kebimbangan yang munasabah seperti: 

1. Mengapa DEIG ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 dan diletakkan di bawah MBI yang diwujudkan di bawah  Enakmen Menteri Besar Selangor [Enakment No : 3 1994] pada 21hb September 1994.

Perbezaan ini akan menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat yang seakan-akan ‘invisible’ yang mana akaun syarikat tidak memerlukan ia diaudit dan diserahkan laporan kedudukan kewangan termasuk aktiviti mereka kepada kerajaan negeri. 

Keadaan itu sudah tentunya akan menyebabkan DEIG terdedah kepada percanggahan dan/atau penyalahgunaan kuasa dari segi ketelusan maklumat mengenai kewangan khususnya dan lain-lain keputusan secara amnya, selain tiada pemantauan boleh dilakukan terhadap aktiviti syarikat itu dalam menandatangani sesuatu kontrak atau atas nama usahasama pelaburan. 

2. Jika benar maklumat yang diterima Menteri Besar Selangor merupakan merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah MBI dan juga DEIG. Persoalan yang timbul seterusnya adakah DEIG sudah menjadi anak syarikat MBI? 

3. Penubuhan DEIG secara langsung dilihat akan mengurangkan peranan utama MBI dalam tanggungjawab urustadbir harta dan aktiviti berunsurkan perniagaan yang di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya kerajaan negeri memperkukuh dan memperkasakan ‘vehicle’ sedia ada (MBI) dalam soal pengurusan pelaburan. 

Selain itu, kewujudan DEIG turut diliihat mencetuskan kekeliruan dan sedikit sebanyak pertindihan hak dan tanggungjawab dengan peranan Invest Selangor Berhad (sebelum ini SSIC) dalam usaha mempromosi serta bantuan teknikal melibatkan aktiviti pelaburan di negeri ini. 

4. Kewujudan DEIG sudah tentunya memerlukan pertambahan kos dalam menampung operasi entiti itu (capital expenditure) yang sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan kewangan MBI. 

5. Cadangan pemindahan asset MBI berjumlah sekitar RM6.3 bilion kepada DEIG turut mengundang kepada kos dan risiko yang amat tinggi sama ada berpunca daripada faktor ketidaktentuan pasaran atau terdedah kepada salahlaku aktivitipelaburan dan perdagangankerana tiadanya pemantauanyang khusus boleh dibuat ke atas syarikat itu. 

Sekiranya akiviti pelaburan dan perdagangan tersebut memerlukan DEIG membuat pinjaman, sekiranya prestasi pelaburan yang dijalankan berhadapan dengan risiko ketidaktentuan pasaran satu sebagainya, maka ianya akan mempengaruhi kadar hutang yang ditanggung oleh entiti itu. 

Malah, keadaan tersebut dibimbangi akan melibatkan campur tangan daripada MBI atau kerajaan negeri termasuklah kemungkinan berlaku penjualan aset milik MBI atau milik anak-anak syarikat lain bagi menampung liabiliti tersebut. Hal ini akan selanjutnya melibatkan kehilangan aset milik MBI kerana terdedah dengan pendedahan kewangan yang tidak perlu (unnecessary financial exposures).

6. Penubuhan DEIG juga dilihat merencatkan persaingan sihat di antara anak-anak syarikat kerajaan negeri ekoran pelaksanaan konsolidasi pelaburan yang diletakkan di bawah DEIG sekaligus menjadikan entity itu bersifat hegemoni dalam aktiviti pelaburan anak-anak syarikat milik negeri. 

7. Bagaimanakah status aset, sekiranya semua aset MBI berpindah dan diurus oleh DEIG (Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965) dan kemudian sesuatu di luar jangka berlaku seperti pertukaran kerajaan dan DEIG pula membuat resolusi tiada kaitan dengan MBI. Jika status DEIG berterusan seperti yang sedia ada tertera didalam rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maka sudah tentu DEIG boleh cuci tangan dan mendapat aset MBI tanpa perlu usaha yang keras.

Inilah kebimbangan kita yang sebenar.