Tuesday, 5 June 2012

Rogol pelancong Switzerland


ADILA SHARINNI WAHID
5 Jun 2012
dituduh merogol
Tertuduh diiringi polis keluar dari mahkamah selepas dituduh merogol pelancong
Switzerland, semalam.
KOTA BHARU - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol pelancong Switzerland, bulan lalu.

Tuduhan terhadap Muhamad Irfan Daud, 19, dibuat mengikut Sesyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh merogol setiausaha berusia 25 tahun itu dalam bilik sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP Lundang di sini, pada jam 5 petang, 10 Mei lalu.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan kes tersebut disambung 2 Ogos depan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nurhilwani Mat Riffin membantah jaminan, Peguam bela, Rosmizan Sulaiman bagaimanapun merayu supaya anak guamnya itu diberikan jaminan berikutan tertuduh masih menuntut di IPT.

”Tertuduh juga menghidapi penyakit usus yang memerlukan rawatan rapi,” katanya.

Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Irwan Suainbon kemudian membenarkan Muhamad Irfan diikat jamin sejumlah RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pada 22 Mei lalu, tertuduh atau ‘boy’ menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu selepas genap seminggu gambarnya tersebar di akhbar.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan seorang setiausaha warga Switzerland mendakwa dia dirogol, manakala, rakannya dicabul empat lelaki ketika singgah di Pejabat Konsul Thailand, di bandar ini bagi urusan visa untuk ke Bangkok, selepas balik dari Pulau Perhentian, Terengganu.

Susulan laporan polis yang diterima, seorang remaja berusia 18 tahun ditahan di rumahnya di Taman Intan, Lundang dan mengaku mencabul salah seorang mangsa ketika dituduh 23 Mei di Mahkamah Majistret di sini. Sementara, dua lagi suspek adik-beradik, Hary dan abangnya masih diburu.

Penyewa kecewa diarah keluar secara mengejut

Penyewa kecewa diarah keluar secara mengejut

5 Jun 2012
penyewa
Penyewa dan pekerja di bangunan tersebut menunjukkan salinan laporan polis
yang dibuat berhubung arahan pengosongan premis itu.
KOTA BHARU - Seramai 12 pengusaha automotif di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, kecewa kerana mereka mendakwa diarah mengosongkan premis dalam tempoh 14 hari tanpa sebarang perbincangan.

Kesemua mereka menjalankan perniagaan di bangunan Darul Naim Autocity sekitar empat dan lima tahun lalu, namun kini berada dalam kebingungan apabila dikatakan dianiaya oleh pihak tertentu yang cuba menabur pasir dalam periuk nasi mereka.

Wakil penyewa yang juga Pengurus Motorsport Performance World, Mohd Nawi Tahir terkejut apabila menerima notis 17 Mei lalu dipercayai anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang mengarahkan berpindah dengan alasan penambahbaikan bangunan dan diserahkan kepada pihak ketiga.

“Kami menerima notis menerusi anak syarikat tersebut dan sebuah syarikat swasta yang difahamkan bakal mengambil alih pengurusan serta perlaksanaan sewa beli bangunan berkenaan,” katanya kepada media ketika ditemui di bangunan tersebut semalam.

Katanya, berdasarkan tempoh yang diberikan itu sepatutnya semua penyewa termasuk 30 pekerja perlu mengosongkan bangunan pada 31 Mei lalu kerana pada 1 Jun syarikat baru akan mengambil alih untuk pengubahsuaian bangunan.

“Selagi tidak menerima perintah mahkamah kami tidak akan berganjak kerana bangunan tersebut adalah milik Kerajaan Negeri dan perjanjian untuk menduduki tempat ini antara kami dengan mereka.

“Alasan yang kami terima adalah untuk membangunkan kawasan ini dari segi pasaran dan prasarana sedangkan pelan perancangan tidak diberikan secara jelas,” katanya.

Mohd Nawi yang lima tahun berniaga di situ memberitahu, pihaknya terkilan dengan situasi tersebut memandangkan mereka adalah peniaga bumiputera yang sewajarnya dibela oleh Kerajaan Negeri.

Mohd Nawi yang turut membaiki kenderaan Sultan Kelantan dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, dia memerlukan perbelanjaan kira-kira RM50,000 untuk urusan mengosongkan premis termasuk bayaran pendahuluan menyewa tapak baru.

Sehubungan itu, Mohd Nawi bersama beberapa penyewa yang lain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada dua hari lalu untuk melindungi barangan mereka supaya tidak diganggu sesuka hati oleh pihak terbabit.

Mohd Nawi berkata, pihaknya juga sebulat suara akan memfailkan injunksi di mahkamah dalam tempoh terdekat untuk menjaga hak mereka supaya tidak dianiaya dan juga mengharapkan campur tangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikannya.

Sementara itu, pemilik perniagaan Md Noor Kusyen, Mohd Noor Mahmud dan Pemilik MMS Dianojet Performance, Mohd Amer Muzanee Mohd Yaman menyifatkan tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana dilakukan tanpa perbincangan terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah ketika diminta mengulas perkara tersebut berkata, pihaknya akan membuat semakan segera.

Monday, 4 June 2012

TERKINI VIDEO MR KELANTAN 2011 ANJURAN KERAJAAN PAS


Kononya Projek demi kebajikan rakyat


Ketua Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman
Ketua Pas Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman
KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Husin mengenai pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sebagai tidak tepat.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sepatutnya kenyataan tersebut tidak dikeluarkan kerana ia melibatkan projek kebajikan untuk rakyat Kelantan.

“Sewajarnya Awang Adek merenung kembali sebagai Timbalan Menteri Kewangan, apakah usaha yang dilakukan untuk memastikan lebuh raya yang diluluskan sejak 1986 ini dapat dilaksanakan di Kelantan.

“Beliau sepatutnya bersuara di peringkat pusat membawa projek ini ke Kelantan memandangkan ia melibatkan seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira warna politik,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Awang Adek mempertikaikan kemampuan Kerajaan Negeri bagi membina Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, bahkan menyatakan bahawa usaha tersebut hanyalah merupakan helah untuk mengaut balak di sepanjang kawasan laluan yang dirancang.

Abdul Latif berkata, pihaknya bukan sahaja kesal apabila hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak dinafikan, malah dalam usaha Kerajaan Kelantan mewujudkan projek pembinaan itu, Awang Adek seolah-olah memperkecilkan niat baik tersebut.

“Ia adalah tohmahan berniat jahat ke atas kerajaan Kelantan. Projek lebuh raya ini memang menelan belanja besar dan tidak mudah bagi Kerajaan Negeri melaksanakannya, tetapi apakah lagi pilihan yang ada bagi Kerajaan Kelantan apabila dinafikan hak rakyatnya mendapatkan kemudahan lebuhraya? ” katanya.

Bagi tujuan itu, Abdul Latiff menyeru pemimpin-pemimpin Umno Kelantan agar menutup mulut daripada usaha memperkecilkan projek itu.




HIGHWAY 1.8 BILLION... PENDAPATAN KASAR NEGERI KELANTAN.. 450 JUTA SETAHUN.... BERAPA TAHUN AGAK2 KELANTAN NGAN TAK BUAT GAPO SATU NAK KENA TOPUP ATAS HIGHWAY PENDAPATAN KASAR DIA?? JAWAPAN DIA MUDAH JAH.... DENGAN KENCING RAKYAT NAK BUAT HIGHWAY RATING MENGUNDI UNTUK PRU 13 AKAN NAIK.. TAPI HAKIKAT DIA HIGHWAY TIDAK AKAN NAIK2..SERUPA DENGAN BANDAR PELABUHAN TOK BALI... BANDAR SATELIT KALAN KUBUR..RETAK KG LAUT.. STADIUM MERBAU ( HOK TERCANGGIH ADA MASJID )...JAWAPAN PALING MUDAH PROJEK TIPU RAKYAT!!!

Gempar !! Kpop Versi Kelantan

Pas dok marah kat KBs masa himpunan sejuta belia kononnya Rm 2juta di belanjakan untuk artis KPOP.


Hakikat sebenarnya mereka marah sebab di kelantan sendiri sudah ade kumpulan Kpop.Cuma kumpulan KPOP tajaan kerajaan negeri tidak di jemput untuk himpunan sejuta belia.Jadi mereka meroyan lalu menuduh KBS bukan2. PasPisPus!! Tok Guru xmarah pon kpop ade kelantan! hidup tok guru ! takbir!

Saturday, 2 June 2012

Gempar Pic Korek DSAi

Friday, 1 June 2012

Terkini Kereta MB Hilang!