Monday, 26 March 2012

Cuepacs mahu anggota suruhanjaya gaji diumum sebelum 31 Mac



25 Mac 2012
logo cuepacs
KOTA BHARU Cuepacs hari ini menggesa kerajaan mengumumkan senarai anggota suruhanjaya khas yang dibentuk bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik skim saraan perkhidmatan awam.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, senarai tersebut diharap akan dikemukakan dlm ms terdekat dan selewat-lewatnya 31 Mac ini.
"Perkara ini mula dipersoalkan anggota dari Cuepacs yang sehingga kini ternanti-nanti masa suruhanjaya berkenaan akan bersidang," katanya kepada media pada Seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam serta Taklimat Penambahbaikan SSM di Dewan Besar Kampus Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini, hari ini.
Seminar itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas.

Najib juga turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Mengulas perkara itu, Omar yang dipetik Bernama berkata, Cuepacs juga telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan penjawat awam itu.

"Cuepacs harap penubuhan suruhanjaya ini dapat dilakukan segera dan esok akan diadakan mesyuarat penambahbaikan SSM ini dan jawatankuasa mesyuarat itu akan membuat laporan kepada pihak kerajaan selepas itu," katanya.

Omar berkata draf pekeliling mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diteliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin.

"Kita tidak mahu timbul lagi masalah seperti yang berlaku dalam SBPA sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu menahu langsung dan ini yang akan kita pastikan tidak akan berlaku," katanya.

Beliau berkata Kelantan adalah negeri yang pertama diberikan taklimat oleh Cuepacs berhubung penambahbaikan SSM itu sebelum ke seluruh negara secara berperingkat.

Sunday, 25 March 2012

NAJIB TERKELUAR DARI AKIDAH???


HARAM KE HALAL???

CACAMARBA ...... SORANG KATA HARAM ....... SORANG LAGI KATA HALAL ........

Berurus Niaga Dengan Yahudi Tetap Haram .....


Kata Ketua Dewan Pemuda PAS berurusniaga dengan Yahudi tetap haram ....... Hadi kata halal ...... Pok Nik kata halal .......


Keliru dah puak neh dengan patwa suka hati ketua2 mereka yang dah jadi pak turut al-juburi .........

KUALA LUMPUR – Haram untuk umat Islam berniaga dengan Yahudi Israel walau apa fahaman yang mereka anuti, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.


Beliau mendakwa, berurus niaga dengan individu atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat seperti Yahudi dari Eropah dan lainnya pada hukum asalnya harus kerana Rasulullah juga pernah berurus niaga dengan bangsa Yahudi.


“Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini iaitu Yahudi yang membunuh umat Islam Palestin, merampas tanah Palestin dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan umat Islam Palestin adalah haram walau apa fahaman yang mereka anuti termasuk zionis.


“Yahudi ini yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan keatas umat Islam Palestin malah membunuh sewenangnya umat Islam maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anuti,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.


Nasrudin mendakwa, ramai ulama telah memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas umat Islam dan ia masih berlarutan hingga hari ini.


Malah, dakwanya, fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para ulama berasaskan kesan dan perkembangan politik serta ekonomi umat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga menghasilkan peluru yang bakal membunuh umat Islam Palestin.


Pada 17 Mac lalu media melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.


“Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia,.


Abdul Hadi menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS atau pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Kenapa Gereja Menyokong DSAI

KENAPA SAMPAI GEREJA MENYOKONG ANWAR???????TAHUN 2008 PERNAH AKU WAT POSTING SAL SURAT INI..DI MANA KORANG BOLEH BACA APA ISI KANDUNGAN SURAT DI MANA SOKONGAN GEREJA DI SABAH TERHADAP ANWAR IBRAHIM..

KENAPA TIDAK ADA MANA2 ORGANISASI ISLAM..?????ADAKAH KAFIR AKN TERIME PEMIMPIN ISLAM????ATAU ANWAR BKN SEORG PEMIMPIN YG AKN TEGAKKN ISLAM..MAKA PERTUBUHAN2 ATAU GEREJA2 BANGKIT TUK MEMBERI SOKONGAN ITU...

APAKAH TERDAPAT DALAM AL QURAN DN HADIS YG MENYATAKAN KAFIR AKN TUNDUK PD ISLAM???ATAU TERIME ISLAM???MARI KITA SAKSIKAN DALAM FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 120

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”
(Surah Al-Baqarah: 120)

JELAS DAN TERANG!!!JD PEMIMPIN SPT ANWAR BKNLAH ORG YG AKN TEGAKKN ISLAM!!!ANWAR TERPAKSA MENGGUNAKAN PAS UTK TUTUP KEJAHATANNYA...PAS BERSUBAHAT...!!!!ATAS SBB ITU LAH APABILA ISLAM DI CABAR OLEH DAP,PAS TDK PERNAH SEKALI PN LANTANG BERSUARA ISU2 SPT PERTIKAIAN LAUNGAN AZAN,JUALAN ARAK DI KAWASAN ORG ISLAM,PUSAT PELACURAN, PERTIKAIAN BACAAN QURAN DI WAKTU SUBUH DN BYK LAGI....

PAS HANYA NAMPAK APABILA CHUA SOI LEK KATA MCA XKN SOKONG HUDUD DI LAKSANAKAN DI MALAYSIA...MAKA MUNCUL2 LAH GOLONGAN2 YG KONON2 ISLAMIK NK HENTAM CSL!!!LAWAK..!!!CHUA SOI LEK XPERNAH PERTIKAIKAN AKIDAH ORG ISLAM SPT MANA DAP PERTIKAIKAN..!!!!!INI LAH NAMANYA SPIN ISU..!!!!!ANWAR BERJAYA!!!!JD YG MENGUASAI PAKATAN RAKYAT ADALAH KAFIR!!!!!!!!!!BKN ISLAM!!!!!!!!!TIADA SATU SOKONGAN ORGINISASI ISLAM TERHADAP ANWAR!!!TIADA!!!!!!!!

Friday, 23 March 2012

Haji Hadi Dakwa Pas Parti Allah

Monday, 19 March 2012

BUKTI !!! CERAMAH PAS/PKR X LAKU DI KB

BUKTI!!!Antara gambar2 ceramah yang diadakan di Parlimen Kota Bharu.....orang dah tak berminat untuk ke ceramah PAS dan PKR walaupun promosi bukan main lagi tampal jemputan di pokok2 dan tiang lampu tepi jalan seminggu sebelum majlis diadakan.Orang kampung ckp mereka dah tak berminat sbbnya penceramah PAS/PKR ni asyik perbodoh2 kan warga emas dengan cerita2 basi...mereka ingat warga emas ni tak ada otak ke tak tahu mana betul atau rekaan?....kebanyakannya warga emas cakap...PENCERAMAH PAS/PKR ADALAH PEMFITNAH BESAR.melaga-lagakan orang dan wujudkan perasaan saling membenci.

                                           
Ceramah PAS -Anak muda tolak UMNO pada 29 Jan 2012 di DUN Tanjong Mas - 36 orang


 Ceramah PAS - Ceramah Isu-Isu Semasa pada 3 Mac 2012 di DUN Tanjong Mas - 44 orang

                 
 Ceramah PKR - Ceramah Isu-Isu Semasa pada 4 Feb 2012 di DUN Kota Lama - 21 orang

Jika dilihat pada gambar2 diatas...apa pandangan anda tentang sokongan rakyat yang sebelum ini yang akan memenuhi setiap ruang bagi mendengar ucapan dari 'ulamak-ulamak' PAS mahupun pemutar alam PKR? Jawapannya..rakyat dah jemu dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan masa ucapan 'ulamak-ulamak' PAS mahupun pemutar alam PKR .Ternyata PAS/PKR dah TAK LAKU dan rakyat tak berminat lagi.nwohahahaha.

CUBA BANDINGKAN dengan gambar-gambar dibawah. Antara majlis anjuran UMNO/BN dan NGO di Parlimen Kota Bharu.

                                      
 Para belia menunggu ketibaan KJ di Kubang Kerian pada 3 MAC 2012 (ni gua x tunjukkan gambar kat
 padang bola lagi ni,kalau tunjuk rasanya juak2 PAS yang x hisap rokok terus jadi penghisap rokok
 tegar sbb risau.huk..huk..huk)

           
Ceramah UMNO di Pengkalan Chepa pada 18 MAC 2012.Pengkalan Chepa kubu kuat ke PAS ke?? kalau kubu kuat mcmana boleh sampai 2000 orang hadir di majlis UMNO? Chegu Bard
datang ceramah kat DUN yang sama ni pun tak sampai 200 orang hadir...

                  
Ceramah NGO JATI pada 29 FEB 2012.....bersama Datuk Hasan Ali...tak kurang 10 ribu...puak2 totok PAS yang datang tak terkata apa dan melopong mendengar pendedahan oleh Datuk Hasan Ali.Muslimat pula ada yang menangis.Mereka dengar,diam dan senyap...dan lepas majlis tamat..mereka cakap....TUKAR..TUKAR..keno TUKAR kalu lagunih.....TUKAR gapo terrrr.......nwohahaha......
                                      

salam mesra,
Guruh Badai

TERKINI!!!! PANAS MEMBARA!!! SERAMBI MEKAH KE SERAMBI APA???



Nite Of Leopard!!!


Wooo!!! Membangun dan menonjol!!! Gadis2 seksi!!!
(Date : 02/03/2012 Time : 10:27 PM VANUE : PCB)

Walaupun Kelantan di bawah kekuasaan pentadbiran Pas memperjuangkan konsep membangun bersama Islam, peningkatan gejala sosial dan juga aktiviti maksiatnya semakin membimbangkan. 

Terbaru ada satu majlis yang dinamakan NIte Leopard dianjurkan dan dihadiri oleh ramai pengunjung2 dan dikenakan bayaran. Bertempat di salah sebuah Chalet tersohor di Pantai Cahaya Bulan. Pengacara pula adaah seorang selebriti lawak yang agak terkenal la jugak????



Woo!! Poco-poco!!!
(DATE : 02/03/2012 TIME : 11:15 PM VANUE : PCB)

Pemimpin-pemimpin Pas sibuk menuduh kerajaan pusat menggalakkan maksiat dan membiarkan gejala sosial berleluasa didalam negara, tetapi mereka lupa bahawa negeri Kelantan di bawah pentadbiran mereka lagi teruk keadaannya.


Irama Padang Pasir!!!!
(DATE : 02/03/2012 TIME : 11:30PM VANUE : PCB)

Apa masalah gejala sosial serta maksiat yang tiada di Kelantan? Layakkah negeri ini di gelar Serambi Mekah? Jika ada kelapangan, pergilah sendiri menyelusuri sekitar lorong-lorong malam di Kota Bharu untuk melihat sendiri "ketenangan" malam negeri "Serambi Mekah" ini. 

Di manakah simbol "tadahan wahyu" yang diwar-warkan oleh Nik Aziz kepada negeri Kelantan jika kegiatanpelacuran masih lagi PANAS di Jalan Hamzah, kegiatan rempit di setiap malam Jumaat serta Majlis Tarian "Nite Leorpard" di Pantai Cahaya Bulan? 

Satu persoalan timbul di kepala PT dimanakah Penguatkuasa MPKB semasa majlis ini berjalan??? Takkan la pihak PMKB tidak tahu langsung atau sengaja mengunci mulut mereka???
Mungkin staff MPKB bercuti kot memandangkan mjalis itu berjalan pada hari Jumaat yang merupakan cuti hujung minggu.

Nik Aziz pernah berkata didalam temuramahnya dengan media mengenai peningkatan gejala sosial dan juga aktiviti maksiat di Kelantan, 

"Kita akan lakukan dakwah termasuk khutbah dan ceramah. Apa yang penting adalah kesedaran masyarakat di dalam hati mereka terhadap Islam bukannya polis". 

Apakah dengan khutbah serta ceramah sahaja sudah cukup bagi menangani semua salahlaku manusia didalam negeri Kelantan itu seperti mana kata Nik Aziz? 

Apakah dengan memberi label Serambi Mekah kepada Kelantan dan mewar-warkannya sebagai negeri tadahan wahyu dapat melindungi segala maksiat dan salahlaku moral didalamnya?

Sikap pemimpin-pemimpin Pas kini tak ubah seperti kata pepatah, "kuman diseberang laut nampak, tetapi gajah didepan mata pura-pura tak nampak". 

Inilah akibatnya apabila terlalu sibuk nak "melondehkan" kesalahan pihak lain sedangkan jubah sendiri terselak hingga menampakkan "anu" pun tidak disedari oleh puak-puak Pas ini.
 
KREDIT TO  http://perigitimur.blogspot.com