Monday 19 March 2012

TERKINI!!!! PANAS MEMBARA!!! SERAMBI MEKAH KE SERAMBI APA???



Nite Of Leopard!!!


Wooo!!! Membangun dan menonjol!!! Gadis2 seksi!!!
(Date : 02/03/2012 Time : 10:27 PM VANUE : PCB)

Walaupun Kelantan di bawah kekuasaan pentadbiran Pas memperjuangkan konsep membangun bersama Islam, peningkatan gejala sosial dan juga aktiviti maksiatnya semakin membimbangkan. 

Terbaru ada satu majlis yang dinamakan NIte Leopard dianjurkan dan dihadiri oleh ramai pengunjung2 dan dikenakan bayaran. Bertempat di salah sebuah Chalet tersohor di Pantai Cahaya Bulan. Pengacara pula adaah seorang selebriti lawak yang agak terkenal la jugak????



Woo!! Poco-poco!!!
(DATE : 02/03/2012 TIME : 11:15 PM VANUE : PCB)

Pemimpin-pemimpin Pas sibuk menuduh kerajaan pusat menggalakkan maksiat dan membiarkan gejala sosial berleluasa didalam negara, tetapi mereka lupa bahawa negeri Kelantan di bawah pentadbiran mereka lagi teruk keadaannya.


Irama Padang Pasir!!!!
(DATE : 02/03/2012 TIME : 11:30PM VANUE : PCB)

Apa masalah gejala sosial serta maksiat yang tiada di Kelantan? Layakkah negeri ini di gelar Serambi Mekah? Jika ada kelapangan, pergilah sendiri menyelusuri sekitar lorong-lorong malam di Kota Bharu untuk melihat sendiri "ketenangan" malam negeri "Serambi Mekah" ini. 

Di manakah simbol "tadahan wahyu" yang diwar-warkan oleh Nik Aziz kepada negeri Kelantan jika kegiatanpelacuran masih lagi PANAS di Jalan Hamzah, kegiatan rempit di setiap malam Jumaat serta Majlis Tarian "Nite Leorpard" di Pantai Cahaya Bulan? 

Satu persoalan timbul di kepala PT dimanakah Penguatkuasa MPKB semasa majlis ini berjalan??? Takkan la pihak PMKB tidak tahu langsung atau sengaja mengunci mulut mereka???
Mungkin staff MPKB bercuti kot memandangkan mjalis itu berjalan pada hari Jumaat yang merupakan cuti hujung minggu.

Nik Aziz pernah berkata didalam temuramahnya dengan media mengenai peningkatan gejala sosial dan juga aktiviti maksiat di Kelantan, 

"Kita akan lakukan dakwah termasuk khutbah dan ceramah. Apa yang penting adalah kesedaran masyarakat di dalam hati mereka terhadap Islam bukannya polis". 

Apakah dengan khutbah serta ceramah sahaja sudah cukup bagi menangani semua salahlaku manusia didalam negeri Kelantan itu seperti mana kata Nik Aziz? 

Apakah dengan memberi label Serambi Mekah kepada Kelantan dan mewar-warkannya sebagai negeri tadahan wahyu dapat melindungi segala maksiat dan salahlaku moral didalamnya?

Sikap pemimpin-pemimpin Pas kini tak ubah seperti kata pepatah, "kuman diseberang laut nampak, tetapi gajah didepan mata pura-pura tak nampak". 

Inilah akibatnya apabila terlalu sibuk nak "melondehkan" kesalahan pihak lain sedangkan jubah sendiri terselak hingga menampakkan "anu" pun tidak disedari oleh puak-puak Pas ini.
 
KREDIT TO  http://perigitimur.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment