Tuesday 27 March 2012

BAGAIMANA MPKB KUTIP DUIT CUKAI BABI DAN ARAK.

  MPKB KUTIP DUIT CUKAI BABI DAN ARAK.

Di dalam bandar Kota Bharu ada banyak premis-premis orang bukan Islam yang menjalankan kegiatan jual beli arak dan salah satu tempat penyembelihan babi yang terletak di lorong penjaja dekat stesen bas dan teksi pusat bandar. Maafkan ambo, ambo inI orang yang kurang arif dan ingin sangat tahu sangat berkenaan dengan perjalanan aliran pitis dan Standard Operation Procedure kaedah kutipan cukai, tapak premis dan sebagainya oleh pihak berkenaan samada MPKB atau pengutip cukai kerajaan PAS yang di lantik?

Ambo orang Islam sewajibnya mengambil tahu secara sehalus-halusnya berkenaan hal hasil kutipan hasil babi dan arak ini kerana kerajaan PAS yang memerintah Kelantan selama 21 tahun ini semestinya sudah mempunyai kaedah Islam yang canggih dalam mengatasi percampuran antara hasil yang halal dan yang haram.


Jadi, permasalahan kutipan cukai ini bukannya masalah di Kelantan sahaja bahkan di seluruh Malaysia dan sebahagian besar negara Islam seluruh dunia. Tetapi apa yang paling utama di sini adalah ambo nak tanya pemimpin PAS dan kerajaan negeri Kelantan yang mendabik dada lebih Islamik dari orang lain dan  yang lainnya adalah jahil  untuk menjawab persoalan ini sehalus-halusnya berpandukan syarak yang sebenar-benarnya.  

Di dalam akaun manakah cukai signboard arak ini di letakkan  ? Apakah masuk bersama-sama dalam akaun signboard biasa? kalau tak silap RM60 setahun. Bagi ahli bijak pandai ugama dan ulama sebetul-bertulnya(bukan ulama politik) sila rungkaikan kemusykilan semua ummat Islam di bumi Kelantan ini.

Berkenaan dengan hasil duit kutipan tapak pasar dan premis menjual babi , penjual sayuran dan ikan di sekitar lorong penjaja stesen bas Kota Bharu , apakah pengutip hasil cukai menggunakan satu beg ataupun 2 beg berasingan bagi mengasingkan pitis halal dan pitis yang haram.   

Sebagai orang Islam yang masih jauh lagi dari mencapai kecemerlangan Islam , ambo ingin benar jika pihak berkenaan dapat menjawab persoalan yang ambo tanya ini. Daripada penjelasan pihak berkenaan dapatlah pihak ambo dan seluruh ummat Islam di Kelantan  merasa amat bersyukur kerana tiada lagi was-was antara halal dan haram pitis kerajaan yang menyara bumi Kelantan dengan slogan Membangun Berssama Islam benar-benar praktikal ataupun hanya sebagai retorik penyedap angin sahaja. 

Read more: http://amboorangkampung.blogspot.com/#ixzz1qHiFDQss

0 comments:

Post a Comment