Monday 12 March 2012

Mustapa layak jadi MB

Penduduk Kelantan diminta untuk memberi peluang kepada calon lain bagi memerintah Kelantan, berbanding memberikan takhta yang sama kepada Pas, sejak 22 tahun lalu.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau mengakui Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai ilmu agama yang tinggi, namun Nik Aziz masih cetek dalam ilmu pentadbiran.


Menurutnya, Nik Abdul Aziz tidak layak digelar sebagai pemimpin teknokrat kerana beliau bukan seorang yang berfikiran kritis terutama dalam bidang inovasi dan ekonomi yang menjadi kunci kemajuan sesebuah negeri.


Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berkata, pimpinan Pas Kelantan gagal menarik pelaburan baru sejak beberapa tahun lalu malah aktiviti seperti seminar ekonomi sama ada dalam atau luar negara juga tidak dianjurkan.


“Banyak calon yang dilihat berkelayakan dan salah seorangnya adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.


“Nik Aziz adalah pemimpin yang baik tetapi, jika dilihat pada sudut pengalaman, Mustapa lebih baik kerana pernah memegang beberapa jawatan menteri bersama Kerajaan Pusat,” katanya, selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kelar, semalam.


Ibrahim berkata, Mustapa mempunyai banyak pengalaman dalam bidang kewangan, keusahawanan, pendidikan dan pertanian malah kini menguruskan perdagangan Malaysia dengan negara luar.

0 comments:

Post a Comment