Sunday 18 March 2012

Demi Anwar, PAS akhirnya keluarkan FATWA HALALkan hubungan dengan YAHUDI.

DIPETIK DARI MYMASSA.BLOGSPOT.COM





  • Sebenarnya kami sudah agak yang lambat-laun, kenyataan atau fatwa seperti ini akan dikeluarkan oleh PAS jua. Yalah, apalah sangat fatwa halalkan hubungan dengan yahudi berbanding dengan menjamin tiket ke syurga dan mengampunkan dosa-dosa manusia?!!

    Namun, fatwa yang dikeluarkan kali ini sangat bijak diselindungkan. PAS membahagikan dahulu yahudi kepada dua sebelum mereka boleh menghalalkannnya demi Anwar. Mungkin persediaan buat juak-juak mereka sekiranya disoal dalam kubur kelak agaknya.



    Dan jikalau PAS boleh membahagikan yahudi kepada dua iaitu zionis (harbi) dan bangsa yang biasa, mengapa mereka tidak dapat membezakan antara kafir harbi (DAP) dan zimmi (MCA-MIC-GERAKAN) di Malaysia ini untuk berkawan?!! Malah ketika ini adalah sangat tepat jika dikatakan PAS hanya setaraf penchacai dan keldai tunggangan buat kafir harbi yang mereka anggap kawan tersebut!

    Bagaimana pula mereka ingin membezakan di antara yahudi yang boleh dibuat kawan atau yahudi-zionis?!! Adakah apa-apa tanda atau sebarang dokumen yang menandakan dan membezakan mereka dengan jelas?!! Kalau sekarang ini pun tidak tahu membezakan di antara kafir zimmi dan harbi, apakah selepas ini umat Islam boleh berharap yang PAS dapat membezakan di antara zionis dan yahudi biasa?!!



    Namun kami juga terfikir, apakah tujuan sebenar PAS mengeluarkan fatwa seperti ini?!! Adakah Hadi Awang dan PAS tolong Kerajaan untuk menjawab hubungan dagang tidak langsung Malaysia (melalui MNC) dengan Israel?!!

    *Macam sudah jadi SOP PAS, bila hendak halalkan sesuatu dosa, nama Rasulullah SAW pula dieksploitasi.

    0 comments:

    Post a Comment