Sunday 15 September 2013

PAS AKUI Toleransi berlebihan punca hilang sokongan Melayu?


ALOR SETAR: PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa ia mampu memainkan peranan penting dan berkesan untuk memartabatkan bangsa Melayu dan memelihara kepentingan Islam termasuklah dalam pelaksanaan syariat Islam di Malaysia.

Demikian kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Ustaz  Harun Taib sewaktu menyampaikan ucaptama di Multaqa Ulamak Se-Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS Kedah.

Menurut beliau, sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati PAS terhadap tawar menawar bukan Islam dan bukan Melayu juga amat meragukan pengundi Melayu terhadap kemampuan PAS dalam memelihara kepentingan mereka.

"Sekalipun undi Cina meningkat 14.1 peratus terhadap PAS pada PRU13 lalu, PAS tetap tidak akan dapat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya dalam parlimen.

"Adalah mustahil bagi PAS untuk terus berkembang selagi ia tidak mampu memperjuangkan haknya dalam Pakatan Rakyat bagi menambah memenangi lebih banyak kerusi parlimen, apatah lagi untuk PAS menjadi teras kerajaan Malaysia sekiranya Pakatan memerintah kelak," ujarnya.

Beliau berharap PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali tahaluf siyasi.

Ketua Dewan Ulamak itu juga menyarankan kepada kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat agar memberikan ruang yang munasabah dan sesuai kepada golongan ulamak untuk turut serta dalam kepimpinan dan pengurusan kerajaan negeri.

Mutaqa Ulamak dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat yang dijadualkan sehari suntuk hari ini, menghimpunkan perwakilan ulamak dari setiap negeri.

Antara yang disenaraikan terbabit dengan ucapan, perbahasan dan wacana ialah Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS, Dato' Haji Mahfuz Omar, Naib Ketua Dewan Ulamak, Dato' Dr. Mahfodz Mohamad, Datuk Dr. Mohamad Khairuddin at Takiri, Dato' Dr. Johari Mat, Dato' Nik Zawawi Salleh, Ustaz Zaharuddin Mohamad, Ustaz Mokhtar Senik dan Dr. Ahmad Nazri Mansor.

2 comments:

  1. betul tajuk artikel ni... aku sokong PAS dari 1986-2008 saja.. lepas tu PAS dah melencong dari landasan sebenar. aku sekarang lebih senang jadi pemerhati saja.. PKR dan DAP tiada keuntungan kepada Islam.. mudaratnya banyak.. UMNO pulak walau tak berkenan dihati.. tapi tidak mengusik syiar islam dan boleh diharapkan utk kekalkan apa yg ada dalam menjaga islam, melayu dan negara!
    PAS sekarang memperjudikan islam dan melayu.. bila PR dapat memerintah kelak, dapatkah DAP dan PKR mengikut telunjuk PAS dalam mentadbir sebuah negara islam? aku hairan, semasa PAS mendapat kerusi DUN yg byk diselangor, jawatan MB senang je ditolak.. PAS mcm tak semangat nak perintah selangor!

    isu PAS sudah memerintah kelantan sepatutnya bukan jawapannya.. PAS sudah kekal di kelantan sejak tahun 90 lagi... masa tu tak wujud PR,BA atau sebagainya dgn DAP/PKR. sebab wujudnya PKR, PAS hampir tumbang di kelantan.. parti sekular seperti PKR punya perjuangan yg jauh menyimpang dari dasar perjuangan PAS..

    aku orang kampung, ceramah2 PAS kini bukan macam dulu.. kini islam tidak diangkat sebagai sumber perjuangan bila ada penceramah dari PKR/DAP! kalau PAS parti tunnggalpun, kelantan mungkin tetap diperintah PAS tetapi jika PAS tetap dalam PR, PRU14..PAS Kelantan akan menerima nasib seperti di negeri kedah!!!

    DAP telah menjadi parti perkauman yg tidak menyukai islam dan melayu! ini bukan mesej yg baik utk PAS! PKR sebuah parti yg ingin melebarkan empayarnya dgn menarik ramai ahli PAS. jika PAS berundur sekarang, PAS masih boleh diselamatkan..jika lambat pengaruh PKR akan lebih kukuh! lama kelamaan PAS hanyalah pak turut DAP/PKR dalam menentukan hala tuju PR.PAS kena ingat,ramai lagi org seperti dr hassan ali diluar sana dan makin bertambah!!.

    ReplyDelete
  2. Aku lihat dari dua sudut.Dari kacamata Islam,PAS-UMNO adalah satu ummah,satu agama,satu bangsa walaupun berlawanan parti.Satu lagi PAS-UMNO adalah perpecahan politik dari sudut kacamata bangsa2 lain..

    ReplyDelete