Monday, 30 September 2013

CEC DAP tipu lagi? Ahli dipecat tapi boleh mengundi?



DAP didesak supaya memberikan penjelasan kepada rakyat tentang status bekas ADUN Teratai Jenice Lee yang dahulunya dipecat dari DAP ekoran bertanding sebagai calon bebas dalam PRU 13.

Setelah dipecat Jenice Lee berkempen untuk memastikan DAP bersih dari saka-saka Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Tan Kok Wai. Hasil kempen Jenice, tokong Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang telah merudum undi-undi mereka dalam pemilihan semula CEC DAP.


Keratan akhbar Sinar Harian 22 April 2013.

Namun kelibat Jenice Lee dilihat turut mengundi semasa CEC DAP  pada 29 September 2013 di One World Hotel, Damansara seperti foto di bawah ini..

Jenice Lee turut beratur mengundi...kata dah dipecat dan berpisah dari DAP tapi masih boleh mengundi...confius! (Sumber foto: minaq jinggo blogspot)
Persoalannya...


Bagaimana seorang yang telah dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dahulu boleh mengundi sebagai ahli parti?

Kalau dalam parti-parti lain seperti UMNO, PAS, PKR, PBB, MCA, MIC, SUPP, PBS dan sebagainya hatta dalam persatuan atau organisasi mana pun, keahlian seseorang itu akan terlucut secara automatik jika ia dipecat parti. Dia atau seseorang itu tidak boleh mengundi atau terlibat lagi dalam membuat sebarang keputusan dan dasar parti atau organisasi yang dahulunya pernah dianggotainya.

Adakah Jenice Lee masih ahli DAP?

Adakah pemecatannya dahulu tidak sah? 

Boleh pulak dia mengundi? 

Apakah wayang sandiwara yang cuba dimainkan DAP kali ni? 


Lihat jari ku ada warna kan? (Sumber foto: minaq jinggo blogspot)

RoS dan SPRM perlu siasat segera. CEC DAP kali kedua ini  mungkin penuh penipuan dan perlu dibongkarkan!


HarakahDaily 29 September 2013 turut menyiarkan kelibat Jenice Lee mengundi di CEC DAP

Kami hanya bertanya memohon perjelasan dari DAP. Inikan negara demokrasi dan setiap rakyat mempunyai hak asasi untuk bersuara dan bertanya, maka DAP perlu menjawab segala keraguan-keraguan ini. Jangan nak dalih ini salah UMNO pulak.

0 comments:

Post a Comment